innity

pages

Wednesday, August 9, 2017

Mereka PUNCA BANGSA BANGSAT di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir


Anggota kerajaan, termasuk menteri, yang tidak lagi mempunyai rasa malu dan tidak bermaruah, walaupun rakyat memandang hina dan jijik, menyebabkan bangsa menjadi bangsat di negara sendiri.
“Perasaan malu sudah tidak ada lagi di kalangan ramai anggota Kerajaan hari ini. Mereka tak tahu malu walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh mereka, walau apa pun kebiadaban mereka.
“Mereka didapati mencuri tetapi mereka tidak sedikit pun berasa malu. Didakwa mencuri, dibukti mencuri – tak mengapa. Dunia panggil mereka pencuri, perasuah, penyangak – tak apa. Senyum sahaja,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, disebabkan perbuatan itu, negara dihina dan dilaporkan sebagai antara 10 negara yang tahap rasuahnya paling tinggi.
“Negara dipanggil kleptokrasi, negara yang dipimpin oleh pencuri yang mencuri duit Kerajaan – negara yang tidak lagi demokratik – tak mengapa. Perdana Menteri, isteri, anak, kawan, didakwa selewengkan duit negara – okay.
“Menteri, pegawai tinggi dituduh mencuri duit – tak apa. Tak ada sedikit pun malu walaupun tak dapat bertindak dengan saman malu ke atas yang menuduh. Ugut untuk ambil tindakan undang-undang tetapi tidak buat apa-apa, tak malu,” katanya menulis dalam blog beliau.
Tun Dr Mahathir berkata, pegawai kerajaan yang dinaikkan pangkat atau mendapat jawatan, sedangkan mereka tidak layak, tidak mengikut peraturan dan bercanggah dengan undang-undang, juga tidak berasa malu.
“Menerima duit yang dicuri, apa salahnya? Terima kasih. Cium tangan pemberi durian runtuh. Diketahui mendapat pangkat atau jawatan kerana cekap membodek, sanggup melaksanakan arahan yang salah oleh boss, pun tak malu. Maruah sudah tidak dijunjung lagi. Biarlah dihina, biarlah dipandang rendah, asalkan dapat duit, dapat tempat, dapat pangkat. Pedulikan maruah.
“Masyarakat pandang jijik, menyampah – pedulikan. Sesungguhnya kerana mereka ini, bangsa menjadi bangsat di negara sendiri. Tak lama lagi bangsa bangsat ini kehilangan negara, menjadi penumpang di negara sendiri, anak cucu jadi kuli. Ini pun tak mengapa kerana yang tak tahu malu tidak akan berasa malu menjadi pengemis, kuli di negara sendiri. - ismaweb

13 comments:

  1. apa bezanya kekayaan negara di berikan kepada keluarga tersayang? Macam mana boleh jadi Biliioaire? Kehilangan wang negara RM30 Billion dalam forex sapa nak jawab? Paku dulang paku serpih kata orang dia yang lebih. Kutty dah kaya selama 22 tahun..Cuba kutty belajar untuk bersyukur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. TDM sepatutnya bersyukur diri sendiri anak dan seisi kaum keluarga adalah billionwan. Apa hendak lagi. Cukup sudah dengan apa yang telah dikaut selama ini sehingga rakyat dan pentadbiran Kerajaan sekarang pula yang terpaksa menanggung beban hasil dari keputusan TDM semasa menjawat jawatan Perdana Menteri berlatar belakang ISA sebagai perisai untuk mengekalkan kuasa dan pangkat. Itu sudah jadi rezeki TDM dan keluarga untuk jadi billionwan. Duduk diam-diam adalah lebih baik buat beliau sebelum lebih banyak yang terbongkar.

      Delete
    2. Hilang 30bil rakyat kena tanggung ka? Ada tanah yg tergadai ka? Dulu mana ada org pertikai pasai xdak yg duk bawah akta rahsia. Jumlah duit yg rugi pun jelas, pasai account semua dah di audit.
      La ni ramai anak2 menteri yg jutawan sibuk nak kawin artis tu hang xnak tanya ka depa meniaga apa?
      Selama 22 taun hidup hang xpernah bersyukur ka? Kekayaan tu dikurniakan bersama tanggunhjawab. Bila hang dah kaya, tanggungjawab hang lagi besaq la. Bukan duk umah sujud syukur ja sampai mati. Bukannya macam boss hang, bila kaya dia pi suruh rakyat yg pi pikui hutang.

      Delete
    3. Duit 1mdb hilang adalah benar mengapa kamu hendak membela perkara yang salah kalau ianya benar tolong umumkan kepada rakyat malaysia dan tunjukan surat surat sebenarnya

      Delete

    4. Hanya orang-orang Yang benar-benar bonggok tahap maximum Akan membela MO1 & Jho Low,,sebab seluruh dunia pun sedia maklum bahawa se nya MO1 adalah kerajaan Kleptokrasi ..!!!

      Delete
  2. Yg bangsat yg mudah lupa.... malay dilema tu auta mamak jer.... yg bangsat pemimpin dari utara.. pulau sttategik bagi kuan yu.. pulau pinang bagi francis light. .. slogan islamik madani kepimpinan.ulamak dan fundmentalis Islamic state kat bibir jer yg diamalkan ajaran syiah... pluralist murtad...lgbt dan gay..... bangsat kan...

    ReplyDelete
  3. 30 / 22 = 1.4
    40 / 8 = 5.2
    8 + 5 = 13
    5.2 X 13 = 67.6?

    ReplyDelete
  4. Nampaknya kempen pandang ketimur dan nilai-nilai Islam yang Tun cuba terapkan telah gagal. Kalau tidak tentu mereka telah melakukan harakiri atau meletak jawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dasar pandang timur x gagal bro. rata2 mereka sayangkan tun.. yg x tau malu dan tak tau letak jawatan ialah mereka yg x pernah belajar atau bekerja di jepun or korea..

      Delete
  5. 8.58, anak TDM jadi billionaire melalui perniagaan yang sah, bukan macam anak beranak jibbo jubo yang dapat kongsi wang haram hasil songlap 1MDB.

    Kerugian forex kerugian perniagaan bukannya macam hasil menyamun dan menipu 1MDB, SRC, Tabung Haji, KWAP, yang dilakukan oleh jibbo jubo dan lanun-lanunnya.

    Ada otak tapi bangang berlapis-lapis, bodoh bertingkat-tingkat.

    Sampai ke cucu -cicit kamulah kena tipu oleh lanun, pencuri dan penyangak.


    ReplyDelete
  6. agama pun dah kata rasuah itu salah. haram. yg lebai angguk dok takut dgn umno/bn pehal da..

    ReplyDelete
  7. Bila x de hujah..mula lah cari dan dedah aib orang lain..kannn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com