innity

pages

Monday, August 7, 2017

JET VVIP: Agong guna 89 kali, Najib guna 181 kali, TPM guna 10 kali - Azalina



Yang Dipertuan Agong menggunakan perkhidmatan Pesawat Eksekutif Kerajaan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri sebanyak 89 kali bermula tahun 2014 sehingga 2016.

Dalam tempoh yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan perkhidmatan pesawat terbabit sebanyak 181 kali manakala Timbalan Perdana Menteri pula sebanyak 10 kali.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata secara keseluruhan sebanyak 280 penerbangan dilaksanakan oleh Pesawat Eksekutif Kerajaan untuk kegunaan Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang meminta Perdana Menteri menyatakan bilangan berapa kalikah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggunakan jet peribadi VVIP Kerajaan Malaysia sepanjang tahun 2014, 2015 dan 2016. - MK

1 comment:

  1. Juga guna nama dipertuan agung tetapi keluarga najib yg pakai harta rakyat ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com