innity

pages

Wednesday, August 9, 2017

'Fresh Grad' mahu gaji permulaan sebanyak RM6k sebulan?Ini caranya


Baru-baru ini terdapat satu kajian menunjukan golongan lepasan universiti atau fresh graduate ingin bekerja dengan gaji permulaan sebanyak RM6,000 dan perkara tersebut amat mengejutkan. Walaupun terdapat beberapa jenis pekerjaan yang menawarkan jumlah pendapatan tersebut, tetapi peluang pekerjaan seperti itu tidak banyak terutama dengan keadaan ekonomi yang tidak baik.

Bagi kebanyakan gaji permulaan fresh graduate, purata pendapatan asas adalah antara RM2,500 hingga RM3,500 di Lembah Klang. Namun, jika golongan ini masih mahu untuk tambah pendapatan sehingga RM6,000, mereka masih berpeluang dengan melakukan kerja sampingan seperti berikut:

Uber

Bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, Johor, Melaka dan Pulau Pinang, peluang menambah pendapatan boleh dilakukan melalui servis pemanduan Uber. Cara ini telah ramai yang lakukan secara sambilan dan mampu memperoleh pendapatan sehingga RM3,000 sebulan.


Dengan hanya 3 jam sehari pada hari bekerja, iaitu selepas waktu pejabat, anda boleh mendapat pendapatan yang sangat tinggi mencecah RM50 sehari. Manakala pada hujung minggu pula, anda boleh memperoleh pendapatan sehingga RM200 sehari sahaja.

Tidak mustahil jika anda bekerja keras, jumlah pendapatan anda sebulan boleh mencecah sehingga RM6,000 dengan hanya melakukan kerja di pejabat dan juga melalui servis Uber.


Financial consultant

Selain itu, anda juga boleh mendaftar diri anda sebagai financial consultant seperti ejen takaful dan ejen unit trust. Anda boleh lakukan kerja sampingan ini dengan mudah dan masa yang fleksibel untuk mendapatkan komisyen anda.

Sebagai seorang financial consultant, anda boleh bekerja di luar waktu pejabat seperti waktu malam dan pada hujung minggu. Kerja anda menjadi lebih mudah kerana prospek pertama anda adalah rakan sekerja anda sendiri.

Pendapatan dan komisyen yang diterima adalah sehingga 30% jika anda mendaftar sebagai ejen takaful. Dengan hanya jualan sebanyak RM10,000 sebulan, anda sudah boleh mendapat pendapatan melalui komisyen sebanyak RM3,000 sebulan.


Online business

Mulakan perniagaan anda tanpa sebarang modal. Ya, zaman internet sekarang sudah ramai yang mulakan perniagaan mereka tanpa modal dan risiko yang tinggi. Melalui konsep dropship, anda hanya perlu mempromosikan produk syarikat tanpa perlu mempunyai stok tersendiri.

Kebanyakan perniagaan pada hari ini tidak mempunyai kedai sendiri tetapi hanya menjual melalui pasaran internet. Kebanyakan rakyat Malaysia kini juga lebih yakin dengan konsep jual beli melalui internet serta memudahkan mereka.

Keuntungan melalui jualan dropship juga adalah setinggi 30% dari harga produk. Jika anda mampu mendapatkan jualan RM10,000 sebulan, pendapatan bulanan anda boleh mencecah sehingga RM3,000 walaupun secara sambilan sahaja.

Tidak mustahil untuk golongan fresh graduate pada hari ini untuk mendapatakan pendapatan sehinggan RM6,000. Cuma, anda hanya perlukan kerja tambahan atau sampingan untuk mendapatkan pendapatan tinggi tersebut.


-http://www.duitkertas.com

2 comments:

  1. Kualiti grad yg tak seberapa, dtg lambat, byk skil yg kena diajar, tak yakin diri, tak pro aktif, tak komited dgn kerja. RM600 pun bwlum tentu layak.
    Cari pengalaman dulu baru boleh minta gaji tinggi. Buat bisnes pun bukan pasti berjaya.

    ReplyDelete
  2. NAK GAJI SAMPAI 6 RIBU RINGGIT?GRADUAN PERUBATAN ATAU KEJURUTERAAN BOLEH LA DAPAT GAJI BANYAK TU (ITU PUN BELUM TENTU DAPAT).KALAU SETAKAT GRADUAN PERNIAGAAN, SASTERA DAN LAIN2 NI JANGAN KATA NAK DAPAT GAJI 6 RIBU,NAK DAPAT KERJA GAJI RM1000 PUN SUSAH..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com