innity

pages

Tuesday, August 1, 2017

‘Dari mana Zahid dapat RM230 juta masa jadi Ketua Pemuda UMNO’

Dalam memperjelaskan isu berkaitan nama beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dari mana beliau memperoleh RM230 juta ketika membuat perisytiharan apabila dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO.
“Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.
“Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas. Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak,” kata bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu.
Zahid menjadi Ketua Pemuda UMNO sejak 1996, sebelum ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 21 September 1998 kerana menyokong kegiatan reformasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jawatan beliau kemudian dipangku oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussien.
Tun Dr Mahathir berkata, kita boleh mengetahui kaum seseorang di Malaysia dengan nama mereka, seperti orang keturunan India yang beragama Hindu yang diletakkan perkataan ‘anak lelaki’ (a/l) atau anak perempuan (a/p) menggantikan ‘bin’ atau ‘binti’ bagi orang Melayu.
Tetapi, katanya, orang India Muslim tidak perlu menggunakan ‘a/l’ atau ‘a/p’ kerana nama mereka biasanya mempunyai dua perkataan dan jarang sama, berbanding orang India.
“Tidak ada orang keturunan India Muslim yang bernama “Sipolan a/l Sipolan”. Nama seperti yang disebut oleh Zahid Hamidi tidak ada. Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa oleh pakar akan kesahihan dakwaan Zahid.
“Sebenarnya kad lama tidak pernah saya serah balik kepada pendaftar apabila kad baru dikeluar,” katanya menulis dalam blog beliau, hari ini.
Sebelum ini, Zahid mendakwa beliau dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa nama asal Mahathir ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty.”
Kenyataan Zahid itu mendapat kecaman rakyat Malaysia, kerana sanggup bertindak demikian semata-mata untuk memalukan dan menghina Perdana Menteri Malaysia suatu ketika dahulu yang lebih banyak menabur jasa kepada negara dan rakyat.
Malah, ada di kalangan mereka yang turut mendedahkan Zahid juga bukan berketurunan Melayu. -ismaweb

12 comments:

  1. 2hari ini senyap je TPM..dah tersampuk penyakit bisu dr MO1 agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia diam sebab tengah berfikir idea dan auta yg lain untuk menghina tun mahathir..

      Delete
  2. Chedet jawab sejelasnya

    Kena serang balas !!!!

    Bila dah tak ada jawapan, kena terus membohong lagi.

    Orang Melayu kenal zahid hamidi ni.
    Orang Malsysia pun kenal.

    ReplyDelete
  3. jatuh tersembam..rakyat dah tahu yg dia tu keturunan jawa. TP RAKYAT NAK TAHU YANG RM230 JUTA TU...kita pakat2 tunggu jawapannya.

    ReplyDelete
  4. baru jd ketua pemuda umno dah ada rm230 juta..tu baru ketua pemuda..kalau jawatan atas2 tu berapa pulak agaknya ya? no wonder org nak masuk umno..mashukkk..so cash is king tu betul la...?

    dah terang lg bersuluh la perjuangan diorg ni mcm mana..

    ReplyDelete
  5. Zahid dapat rm230 juta? Aku happy sangat2 pasai bertambah lah lagi satu melayu menjadi jutawan, kan3. Cina/india jutawan tak tanya2 pulak kan tapi bila melayu jadi kaya melayu juga yg kecoh2 satu donia, buat2 senyap je lah, kik3. Anak2 madey bertaraf billionair pula madey tak kecoh2 pun, meluat pulak aku, kik3

    ReplyDelete
  6. pelik aku tun m ni duit zahid berjuta juta dia ingat walaupun bertahun tahun, bila orang tanya anak anak dia kaya jadi bilionaire dia lupa lak. rupanya nyanyuk dia ikut soalan. ha3X

    ReplyDelete
  7. Jolok sarang tebuan..tula bikin malu jawa jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dimana-mana negeri pun kalau nak menjadi kaya kenalah berniaga tapi di negara ni lain sikit cukup setakat jadi ahli politik da boleh jadi jutawan.cara halal ke tidak blakang kira kerana tentu ada yang kurang cerdik macam mamat kat atas tu menyokong dgn sepenuh jiwa dan raga.

      Delete
  8. Dulu anwar dah dok kutok2 madey kutty yang separa melayu ni tapi puak2 pembangkang happy giller, tetapi la ni bila zahid buat hal yang sama depa kecoh2 pulak kat zahid, tak aci lah macam ni kan2

    ReplyDelete
  9. Pendedak najib ni x faham kot?

    Anak2 Tun ker atau kroni2 tun seperti vincent tan, ananda krishna atau sesiapapun kroni dia, mereka ini menghasilkan...

    1.ratusan ribu pekerjaan untuk rakyat malaysia lihat astro, berjaya group dan lain2.
    2.cukai dan zakat bernilai beratus juta SETIAP TAHUN untuk rakyat dan kerajaan malaysia.
    3.Biasiswa dan khidmat bakti kemasyaraktan untuk untuk rakyat.

    Bagaimana pula dengan kroni najib?

    1.zahid hamidi songlap 230 juta ada batar cukai?
    2.jho lo dan reza aziz (duit curi) ada bayar cukai?
    3.rosmah(duit curi) beli berlian permata ada bayar cukai?
    4.najib berbelanja melebihi pendapatan ada bayar cukai?

    Cukai tu milik rakyat, dan bukan milik peribadi najib dan keluarga beliau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com