innity

pages

Thursday, August 10, 2017

BERSATU: Ada ADUN Umno akan lompat parti


Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno di Johor dikatakan akan melompat parti ke serpihannya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Perkara itu didakwa susulan tidak puas hati dengan kepimpinan BN negeri apabila dia dikatakan tidak akan dicalonkan semula untuk bertanding dalam pilihan raya.

Rundingan ke arah penghijrahan itu juga dikatakan sedang giat dijalankan, yang antaranya melibatkan ketua bahagian BERSATU Batu Pahat Dr Mohd Zaid Mohd Yusof.
"Ada tanda-tanda beliau berminat mahu sertai BERSATU atas alasan tertekan ekoran ada pihak cuba keluarkan beliau dari jawatan yang disandang beliau kini," kata Mohd Zaid kepada Malaysiakini.
Zaid berkata beliau sudah dua kali mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat tersebut pada awal bulan ini.
Pertemuan dikatakan berlangsung di Bukit Perdana, Batu Pahat sepanjang minggu lalu.

Bagaimanapun, masih belum jelas bila tindakan itu akan dibuat kerana masih belum ada kata putus setakat ini.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi wakil rakyat itu dan kepimpinan Umno Johor berkaitan perkara itu.
Jika langkah itu diambil, wakil rakyat itu akan menjadi ADUN kedua Umno yang berpaling tadah kepada BERSATU di Johor.
Oktober tahun lalu, ADUN Jorak Datuk Shahruddin Md Salleh telah meninggalkan BN sebelum dilantik sebagai setiausaha agung BERSATU.
Sementara itu, BN juga boleh hilang penguasaan dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya perkara itu benar-benar menjadi kenyataan.
Pembangkang kini mempunyai 19 daripada 56 kerusi dalam dewan negeri.

5 comments:

  1. Menang ph pemerintah baru malaysia amin ya allah

    ReplyDelete
  2. lawa cun tajuk posting kali ini. rupanya nak lompat parti sebab ada desas desus beliau tak dicalonkan, bukanlah atas sebab prinsip. its ok beb. lompatlah setinggi mana nak lompat. orang macam ini kalau tak kuat lompatpun perlu dibantu untuk melompat supaya saki baki hipokrit begini cepat2 meninggalkan parti. dalam bersatu pulak nanti, bila peluang jadi calon pru akan datang juga tiada, jangan lompat balik ke parti asal. jaga sikit air muka, jangan sampai orang gelar muka tak malu.

    ReplyDelete
  3. Lompat sebab kecewa. Itulah standard politik negara. Pusing2 org sama yg dah ada rekod buruk memimpin.
    Nampak gayanya minta ISMA, PERKASA, PPIM tubuh parti utk anak-anak muda. Penat dah ikut perangai hodoh org org lama.

    ReplyDelete
  4. Org cmni xyah amik , hanya fikir pangkat je, ibarat amik taik calit kat muka

    ReplyDelete
  5. Parti bunga raya mesri amek ler.... sebab nak guna millage koninnya org tu pernah pegang kerusi..... tapi sian gak lompat si katak lompat neh..... ahli pakatan lain nak kasi kerusi ker????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com