innity

pages

Friday, August 11, 2017

AS Mohon Gantung Rampasan Harta, mulakan siasatan jenayah terhadap wang curi 1MDB

DoJ memohon menggantung permohonan rampasan harta supaya tidak menjejaskan siasatan jenayah terhadap wang dilarikan daripada 1MDB.
LOS ANGELES: Pihak berkuasa Amerika Syarikat kini memulakan siasatan jenayah terhadap dana dilarikan daripada 1MDB, dan memohon menggantung sementara permohonan sivil membekukan aset mewah dan wang dilarikan daripada syarikat milik kerajaan Malaysia itu.
Dalam permohonan di mahkamah oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) semalam, pihak berkuasa negara itu kini memanjangkan siasatannya untuk mengesan dana 1MDB di seluruh dunia yang sepatutnya untuk tujuan pembangunan tetapi disalah guna untuk membeli hartanah mewah, barang seni, penerbitan filem dan lain-lain.
Pegawai DoJ memohon seorang hakim di sebuah mahkamah di Los Angeles semalam untuk menggantung sementara permohonan sivil merampas aset diperolehi ahli perniagaan kelahiran Malaysia Low Taek Jho, atau Jho Low.
Menurutnya, meneruskan permohonan itu akan menjejaskan usaha melakukan siasatan jenayah.
Dalam permohonannya, DoJ mendakwa di antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion daripada 1MDB diselewengkan kepada beberapa pegawai tinggi 1MDB dan rakan mereka.. - FMT

1 comment:

  1. Hari ini adalah hari bersejarah kepada rakyat Malaysia.

    Kafir harbi Doj Amarika akan memulakan kes jenayah terhadap mo1 dan akan berusaha mendapatkan, merampas dan memulangkan semula segala aset yg telah dicuri dan disamun milik rakyat dan negara malaysia.

    Jika perang uhud, tentera islam meninggalkan kedudukan mereka untuk merebut rampasan perang, engkar mendengar sahutan Nabi SAW...

    Kafir harbi Doj Amarika pula akan menggunakan sistem undang2 mereka untuk memulangkan semula harta milik rakyat dan negara ini.

    Kami rakyat marhaen sungguh berasa hairan dan pelik kenapa kafir harbi doj amarika ingin melakukan perkara sebegini? Billion2 plak tuh?

    Pendedak2 mo1 pasti berasa amat marah kerana kafir harbi doj amarika mencampuri urusan pentadbiran negara seterusnya cuba mencampuri sistem demokrasi ciptaan (?) dan cuba menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat.

    Impian mo1 dan pendedak2, alangkah indah dan bagus jika malaysia menjadi seperti kerajaan negara arab yg terdiri dari kalangan bangsawan atau negara china yg hanya punyai 1 parti 1 ideologi? Bagaimana pula dengan doktrin 1 malaysia?

    Ya Allah selamatkanlah negaraku!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com