innity

pages

Thursday, August 10, 2017

'Apa istimewanya Riza, Khairy berbanding anak Mahathir?'



Anggota Parlimen Kuala Terengganu mempersoalkan mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak menyiasat anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terkenal di luar negara, serta menantu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Riza Aziz boleh dianggap begitu muda untuk memiliki kekayaan seperti yang dimilikinya ketika ini berbanding ahli perniagaan lain yang lebih veteran.

Katanya, begitu juga dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang terlepas daripada siasatan LHDN ketika agensi berkenaan menyerbu syarikat milik anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggota parlimen mewakili Parti Amanah Negara (AMANAH) itu mengulas tindakan LHDN menyiasat sebuah syarikat Datuk Mokhzani Mahathir.

Mokhzani pernah tersenarai sebagai antara tokoh paling kaya di negara ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan serbuan itu dilakukan pihak berkuasa kelmarin.

Bagaimanapun, tidak ada maklumat mengenai tempat kejadian atau firma yang terlibat.

Kata Raja Bahrin selain LHDN, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga tentu mengetahui segala kerja harian keluarga Najib dan Abdullah, termasuk nilai harta yang dimiliki mereka berbanding Mahathir yang tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.

Beliau juga mempersoalkan tindakan LHDN itu kerana dilakukan setelah Ahmad Zahid dan menteri lain membuat gesaan mengenainya.

Beliau turut menyifatkan LHDN dan SPRM seperti gagal melihat "gajah besar” di depan mata ketika badan antarabangsa termasuk Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat melihat kesalahan tersebut. - MK

7 comments:

  1. Inilah sundalan najib sprm Dan lhdn

    ReplyDelete
  2. Shame on you LHDN

    ReplyDelete
  3. Depa nak usik emosi Tun M. Perangai buruk dah muncul. Tanduk dah tumbuh seinci.

    ReplyDelete
  4. KJ TAK PERNAH MIS BAYAR CUKAI,RIZA AZIZ BERNEGO LUAR NEGARA..TAKKAN NAK BAYAR CUKAI KAT LHDN...MABOK KER

    ReplyDelete
  5. Puak2 ni semua ikut arahan ja...telur mereka semua dah kena pegang. Takpe lepas pru14 jika PH menang..jgn lepas le puak2 ni..

    ReplyDelete
  6. Kalau nak tau itu lah munafiq namanya

    ReplyDelete
  7. anon 3.45
    kalau dorang tak bayar cukai kenapa tak dari dulu lagi depa serbuuu....
    apa selama ni LHDN tido ke? ni baru tersedar bila kena gegar dan terus dapat hidu ada bau busuk kat kompeni anak2 TUN.6

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com