innity

pages

Saturday, August 5, 2017

Akhirnya Agong TETAP lantik Md Raus sebagai Ketua Hakim Negara walau PH Bantah

TAN Sri Md Raus Sharif (kiri) mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kanan) pada istiadat mengangkat sumpah Ketua Hakim Negara di Istana Negara malam ini. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.- Foto BERNAMA

Tan Sri Md Raus Sharif malam tadi mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara selama tiga tahun, berkuat kuasa hari ini.

Md Raus menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said; Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.
Pada 1 April lalu, Md Raus dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-14 bagi menggantikan Tun Arifin Zakaria yang bersara pada usia 66 tahun dan 6 bulan pada 31 Mac lalu.
Umur persaraan bagi para hakim ialah 66 tahun.

Warkah Dari Pakatan Harapan Kepada Agong
Majlis Presiden Pakatan Harapan beberapa hari lalu menyembahkan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk membawa ke perhatian baginda mengenai beberapa perkara.

Dalam satu kenyataan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan Datuk Dr Mujahid Yusof dikeluarkan mengenai perkara tersebut.

"Antara perkara yang ingin membawa ke perhatian Tuanku ialah isu perlantikan semula jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan dan perlanjutan semula jawatan Ketua Hakim Negara yang akan berkuat kuasa dua hari lagi.

"Didapati isu perlantikan jawatan tersebut adalah mencabuli Perlembagaan Persekutuan dan sekiranya tidak ditangani segera, akan mewujudkan satu krisis kehakiman," katanya dalam satu kenyataan bersama tersebut.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang juga hakim tambahan, dibuat mengikut Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya lagi, dibawah perkara 130 Perlembagaan Persekutuan, cuma Tuanku yang boleh membuat rujukan permasalahan Perlembagaan  untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

"Justeru, kesemua kami yang mewakili keempat-empat parti gabungan dalam Pakatan Harapan menyeru agar Tuanku melaksanakan budi bicara Tuanku untuk membuat satu rujukan ke Mahkamah Persekutuan berkenaan soalan sama ada perlantikan semula itu sah atau tidak.

"Ini adalah untuk menjamin Tuanku dapat memelihara keluhuran Perlembagaan Malaysia daripada dicemari, demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara," katanya lagi.

Hakim mahkamah tinggi disyaratkan bersara pada usia 66 dan enam bulan tetapi peruntukan dalam Artikel 122(1A) menyatakan hakim tambahan tidak ada had umur.

Raus, yang juga bekas presiden Mahkamah Rayuan pada awalnya dijadualkan bersara kerana mencapai usia persaraan wajib pada 4 Februari.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram pernah mengingatkan bahawa dua perkara yang mungkin berlaku jika Ketua Hakim Negara itu diberikan lanjutan dua tahun.

"Pertama, ini akan mengugatkan badan kehakiman.

“Kedua dan yang lebih penting, lanjutan itu boleh dicabar, dan ini mungkin memalukan penyandangnya (Hakim Raus). Ini mesti dielakkan pada sebarang kos," katanya.


"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, tempoh maksimum seseorang ketua hakim atau mana-mana hakim lain mahkamah persekutuan boleh berkhidmat adalah hanya sehingga 66 tahun, ditambah dengan lanjutan enam bulan. 

“Sebenarnya, peruntukan itu merangkumi semua hakim," katanya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com