innity

pages

Saturday, August 19, 2017

UMNO Johor TERKESAN jika tidak mohon maaf kepada TMJ - Penganalisa

Seorang penganalisis politik berkata Umno Johor akan terkesan jika individu Umno yang menjadi sasaran teguran Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak memohon maaf diatas perbuatan mereka.
Prof Madya Awang Azman Awang Pawi di Universiti Malaya berkata parti Umno mesti berlapang dada dan tidak menganggap teguran sebagai cubaan menjatuhkan pemimpin Umno tertentu, kerana pandangan TMJ “mengatasi kepentingan politik”.
“Ia lebih bersifat teguran kepada sesetengah pemimpin politik Umno yang cepat melatah,” kata Awang Azman ketika dihubungi FMT.
“Sekiranya pihak dimaksudkan oleh TMJ tidak memberikan perhatian serius dalam apa yang diperkatakan TMJ, dan tidak memohon maaf, ia bukan sahaja boleh memberikan kesan kepada sukan negara, malah kepada pihak Umno Johor, lebih-lebih lagi nama disebut oleh TMJ.”
Awang Azman menambah isu ini sekiranya diperbesar-besarkan pasti tidak baik untuk Umno dan perkembangan sukan negara.
TMJ hari ini membidas Pemuda Umno kerana menggunakan “cybertroopers” untuk mempersoalkan ketiadaannya sewaktu 2 perlawanan bola sepak Kumpulan A Sukan SEA baru-baru ini yang menyaksikan kemenangan Malaysia menewaskan Brunei dan Singapura.
“Kepada Encik Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan ‘cybertroopers’ awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang ‘bos’ awak,” tulis TMJ di Facebook hari ini, dipercayai merujuk kepada Ibdillah Ishak, ahli exco Pemuda Umno yang mempengerusikan Biro Media Sosial sayap itu.
TMJ yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini pernah mengkritik Menteri Kebudayaan dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana tidak menghadiri perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam, Mei lepas.
Khairy, yang juga ketua Pemuda Umno, baru-baru ini turut menjadi sasaran TMJ yang menyindir kebolehannya dalam skuad polo negara Sukan SEA.
“Tiada sesiapa yang nak jatuhkan ‘bos’ awak,” kata TMJ kepada Ibdillah dalam catatannya hari ini. “Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari negeri Johor.”
Awang Azman bagaimanapun berkata teguran TMJ itu tidak perlu disalahtafsir sebagai ketidakselesaan pihak TMJ dengan Umno.
Ini kerana pihak Istana Johor juga pernah menegur pemimpin politik lain, seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Ini bermakna pihak istana Johor cuba bersifat neutral dan objektif,” kata Awang Azman.
“Suara TMJ mewakili suara majoriti rakyat namun mereka hanya mendiamkan diri kerana bimbang dianggap cuba bermusuh dengan parti politik tertentu.” - FMT

Komen Netizen Sambung Lagu Tepuk Amai-Amai Belalang Kupu-Kupu Mencuit Hati


Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu... (tolong sambung)
***
Gambar sekadar hiasan


Antara komen netizen:

Abdul Hamid Rahim Pok amai amai lalang kupu.kupu
Menteri punya lah ramai.perangai mcm.kutu
Menteri kutu ckp manis

Tak kira muda tua
Jibby jgn nangis sg buluh dah tunggu.dia....


Ajoe Tok Din tepuk amai2 belalang kupu
undi umno ramai2, smpi ke anak cucu ko kena tipuuu...


Hairurozy Zie .....tepok amai2 belalang kupu2...kelompok ramai2 sambil jilat bontot aku...
....susu lemak manis santan kelapa muda...sapa jilat smpi abis aku naikkan pangkat dia...haaaa


Sa'ari Saari Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Menipu org ramai

Najib buat muka x malu...


Ruzlan Mohamed Tepuk amai2 belalang kupu2...pakat ramai2...kita undi parti baru.

Bumi Pulau Tepuk amai2 belalang kupu2, kita ubah ramai2, jgn lg kena tipu.....

GAMBAR2 STAFOC Buat Kawalan Sekitar Kuala Lumpur


#KL2017: PASUKAN Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Polis Diraja Malaysia sedang membuat kawalan dan rondaan dalam Ops Cantas Rimau bagi memperketatkan kawalan keselamatan sempena Sukan SEA 2017 di sekitar Kuala Lumpur. - Foto Adi Safri



[BUNUH POLIS] Anggota polis D7 Bukit Aman maut ditembak

Mangsa, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail maut dengan sekurang-kurangnya empat das tembakan pada bahagian belakang badan. - http://www.kosmo.com.my
ALOR SETAR - Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor dari Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Bukit Aman maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, Napoh di Changlun dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, maut dengan sekurang-kurangnya empat das tembakan pada bahagian belakang badan.
Kejadian tembakan itu dikatakan berlaku ketika mangsa sedang berbual dengan seorang rakannya di pekarangan rumah tersebut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat. - K! ONLINE

CABUTAN BERTUAH budaya Baru UMNO - Risau Tak Ramai Hadir Program







VIDEO,Gambar2 Tun M di Kepala Batas Malam Tadi, "Seperti Biasa HANYA 10 Orang Hadir"











Friday, August 18, 2017

[BONGKAR] Mantan Ketua Polis Negara: Mahathir TIDAK ganggu tugas Polis, Dia Profesional


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah masuk campur dalam urusan kerjanya ketika beliau menjawat jawatan sebagai ketua polis negara.

Katanya, beliau senang bekerja dengan Mahathir kerana beliau seorang yang profesional.

"Semasa saya 10 tahun sebagai Pengarah SB dan KPN, saya berasa senang tidak ada ganggu gugat tidak ada campur tangan Tun Mahathir faham apa yang saya nak cuba ketengahkan demi keperluan negara, keselematan.

"Termasuk dalam Operasi Lalang  sebagaimana saya telah mengusulkan kenapa kita perlu habiskan saki baki komunis ini...," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-39 akan diadakan hari ini di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam dengan tajuk ‘Siapa lebih berkuasa: Pentadbir atau ahli politik?’

- Sinar Harian

MENTERI KPDNKK: Ada ke netizen marah minyak naik?


TMJ bidas ‘cybertroopers’ Umno KJ, Isu Duit KBS RM100 juta Belum Jawab

Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini membidas Pemuda Umno kerana menggunakan “cybertroopers” untuk mempersoalkan ketiadaannya sewaktu 2 perlawanan bola sepak Kumpulan A Sukan SEA baru-baru ini yang menyaksikan kemenangan Malaysia menewaskan Brunei dan Singapura.
“Kepada En. Ibdillah, tidak perlulah sibuk-sibuk dengan ‘cybertroopers’ awak untuk menghentam-hentam saya dan menjulang ‘bos’ awak,” tulis TMJ di Facebook hari ini, dipercayai merujuk kepada Ibdillah Ishak, ahli exco Pemuda Umno yang mempengerusikan Biro Media Sosial sayap itu.
TMJ yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini pernah mengkritik Menteri Kebudayaan dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana tidak menghadiri perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam Mei lepas.
Khairy, yang juga ketua Pemuda Umno, baru-baru ini turut menjadi sasaran TMJ yang menyindir kebolehannya dalam skuad polo negara Sukan SEA.
“Tiada sesiapa yang nak jatuhkan ‘bos’ awak,” kata TMJ kepada Ibdillah dalam catatannya hari ini.
“Awak perlu ingat sokongan terbesar parti politik awak datangnya dari negeri Johor.”
Walaupun tidak menyebut Khairy secara khusus, TMJ berkata beliau tidak boleh dibandingkan dengan ahli politik seperti menteri sukan itu.
Menurutnya, tidak seperti sesetengah orang yang “hanya tunjukkan muka di stadium”, beliau tidak mempunyai kepentingan politik.
“Saya bukan orang yang ingin menjadi popular tetapi ghaib apabila bola sepak negara memerlukan sumbangan,” kata TMJ, sambil menyentuh dana RM4 juta yang diberikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim kepada FAM untuk membantu struktur skuad kebangsaan dan liga tempatan.
Menurutnya, beliau tidak berniat mengungkit sumbangan ayahnya.
Sebaliknya, TMJ berkata beliau bukan ahli politik yang cuba meraih populariti, sambil mempersoalkan sumbangan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika FAM bergelut dengan masalah kewangan.
“Saya tidak salahkan pihak KBS yang tidak berikan duit kepada FAM. Maklumlah, isu duit berjumlah RM100 juta duit rakyat pun tidak dijawab lagi macam mana mereka nak bagi duit kepada kami,” tambahnya merujuk seorang pegawai kanan kementerian itu yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dana RM100 juta tahun lalu.
TMJ turut membidas sikap “busuk hati” sesetengah orang Melayu yang menurutnya lebih banyak menghina raja-raja Melayu “jika dibandingkan dengan India atau Cina”.
“Tetapi apabila susah dan tersempit dengan ahli politik barulah bangsa Melayu ini mencari raja-raja mereka,” kata TMJ dalam kenyataan dimuat naik di Facebook hari ini.
Mengenai ketiadaannya ketika pasukan Malaysia menentang Brunei dan Singapura baru-baru ini, TMJ berkata ia kerana beliau bercuti di luar negara.
“Dari awal tahun hingga sekarang, saya belum bercuti lagi bersama keluarga saya wahai encik-encik yang saya hormati sekalian. Tetapi usah risau, kerana saya sudah menghantar wakil saya iaitu Menteri Belia Sukan yang bersemangat berkhidmat untuk negara dah datang memberi sokongan,” katanya. - FMT

Pintu rundingan dengan PKR, Bersatu mungkin dibuka kembali: Pemuda PAS


Pintu rundingan dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) bersama PAS mungkin boleh diwujudkan kembali.
Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, cadangan itu dibuat susulan tindakan PKR yang mengekalkan lantikan politik di Kelantan.
Bagaimanapun, ianya hanya boleh berlaku dengan syarat tidak melibatkan DAP dan PAN.
“Saya secara peribadi mencadangkan (membuka) pintu rundingan dengan PKR dan Bersatu, syarat yang paling penting ialah tidak berkaitan dengan DAP dan PAN. Saya optimis dengan perkara tersebut,” katanya.
Semalam, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir mengesahkan 67 lantikan politik PKR di Kelantan dikekalkan dalam satu tempoh yang tidak dinyatakan.
Aziz berkata, keputusan yang dibuat Mesyuarat Biro Politik Pusat itu berdasarkan alasan keperluan kerjasama parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang telah dinyatakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Fadhli yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pusat merakamkan tahniah kepada kepimpinan PKR negeri ini dalam mengekalkan lantikan politik mereka di Kelantan.
Katanya, tindakan itu melambangkan kematangan parti itu dalam membuat keputusan yang tepat untuk perjuangan menjelang PRU14.
Malah, katanya, keputusan itu juga membuktikan yang PKR tidak menjadi ‘pak turut’ kepada parti-parti lain dalam Pakatan Harapan yang sudah pastinya menekan mereka dalam isu tersebut.
Lantikan politik PKR Kelantan melibatkan Penyelia Dun, Penyelia Parlimen, Anak syarikat GLC, Penghulu dan Ahli Majlis.

Tun M: MAI Jumpa Saya 9.00 Malam Ini di Kepala Batas


*JELAJAH SEMARAK PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG* 

"Selamatkan Malaysia Selamatkan Rakyat"

Tarikh: 18 Ogos 2017 / Jumaat
Masa: 9.00 malam - 12.00 tengah malam
Tempat: Kompleks Sukan MPSP Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang

*PENCERAMAH*
*Y. A. Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad*
*YB Tan Sri Muhyiddin Yassin*
*YB Dato' Seri Mukhriz Mahathir*

Semua dijemput hadir beramai-ramai

[GILO APO] Netizen BANTAH bayaran ‘permit ibadah korban’


Satu arahan memohon permit bagi melaksanakan ibadah korban sempena perayaan Aidiladha telah mencetuskan kemarahan netizen dan bantahan daripada mereka.
Rata-rata netizen berpendapat arahan itu tidak munasabah apatah lagi apabila permohonan itu perlu disertakan bayaran RM35 bagi setiap ekor sembelihan.
Bercakap mengenai arahan itu, Exco Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Ismail Mohamed berkata, permohonan Permit Kebenaran Sembelihan Untuk Tujuan Adat itu adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan haiwan sembelihan mereka berada dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang gagal berbuat sedemikian akan didenda RM15,000.
“Tak boleh ka kalau orang yang nak buat korban tu pergi pejabat haiwan minta staff pejabat haiwan datang check haiwan tu samada sihat ke tidak? Kan itu kerja jabatan haiwan. Kenapa nak dikenakan bayaran bagai? Tahu nk perah duit rakyaaat saja,” kata pengguna laman sosial Facebook, Musa Saidin.
Nak sembelih korban kena minta permit dan bayaran nya RM35.Kalau tidak kena denda RM15k. Ni ibadah korban kot. Kena bayar juga? Kita boleh pakat nilai sendiri,” kata seorang lagi pengguna laman sosial itu.
Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa permohonan permit itu perlu dilaksanakan secara percuma bagi memudahkan urusan ibadah yang dituntut dalam Islam.
“Cukup-cukup la kutip duit. Sekiranya benda ni memang untuk kebaikan sekali pun, buat lah secara percuma, Mudahkan lah urusan kami nak jalankan ibadah, bukan adat. Sampai nak jalankan ibadah pun macam-macam hal permit bayaran bagai.
“Kalau betul untuk kebaikan, tak kan tak boleh buat secara percuma? Tak kan lapar sangat RM35 tu? Korban la sikit. Ni tak mohon permit siap denda bagai. Jangan ingat denda dunia boss. Ingat denda Allah kat sana nanti sama. Permudahkan lah wahai pemimpin. Hal ibadah ni..IBADAH,” tulis Mohd Izzat Faez.
“Allahuakbar. Orang yang korban semestinya ikhlas, ternakan yang nak dikorban yang paling sihat, dalam kondisi terbaik, jabatan veterinar pun datang cek. Even nak sembelih pun dibersihkan dahulu. Nak kena bayar RM35 untuk permit. Pastu mesti keluarkan dalil aqli naqli korban lembu mampu, RM35 berkira. Kalau takde, denda ribu-ribu. ‘Sangat Islamik’ cara ni. Tersangatlah ‘mulia’ kau nak kerah titik peluh rakyat. Hinanya korang wa na’uzubillah,” tulis Hadi Al Jufri.
Mungkin Exco berkenaan perlu menilai semula arahan itu selepas kritikan pelbagai pihak. - ismaweb

[VIDEO] 1MDB : Penjelasan Yang MANTAP


Thursday, August 17, 2017

Rupanya Tun Mahathir dah Jawab Isu Memali di blognya pada 2014.


Rupanya Tun Mahathir dah Jawab Isu Memali di blognya pada 2014.

1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.

3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4 anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

6. Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

7. Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

8. Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya merestui tindakan.

9. Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

10. Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan tidak akan berkompromi………..”

11. Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

12. Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

13. Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.


Harga MINYAK DUNIA JUNAM 7 minggu berturut-turut, di MALAYSIA NAIK 4 minggu berturut-turut



Tatkala laporan mengatakan harga minyak mentah dunia terus menjunam tujuh minggu berturut-turut, timbul persoalan kenapa harga petrol di negara ini terus naik, malah kenaikan berlaku empat minggu berturut-turut.
Semalam, harga runcit bahan api petrol bagi produk RON95 dan RON97 sekali lagi diumumkan naik masing-masing sebanyak 3 sen dan 4 sen, mulai hari ini sehingga 23 Ogos depan.
Harga petrol pada Januari lalu naik, kerana minyak dunia meningkat dari AS$51.48 kepada AS$56.73 pada Disember tahun lalu.
Hari ini, Berita Harian memetik laporan Reuters mengatakan harga minyak jatuh lebih satu peratus semalam walaupun stok simpanan minyak Amerika Syarikat (AS) mencatat penurunan lebih besar bagi tempoh tahun ini.
Menurut laporan itu, data berkenaan sekali gus mencadangkan pengeluaran kekal berada pada paras tinggi dan lebihan bekalan akan berterusan memberi tekanan kepada harga minyak dunia.
Harga minyak Brent turun 53 sen atau sekitar satu peratus kepada AS$50.27 setong.
Minyak mentah WTI turun di bawah AS$46.78 setong atau sebanyak 77 sen iaitu 1.6 peratus berbanding kedudukannya sebelum ini.
Pentadbiran Maklumat Tenaga AS, berkata inventori AS meneruskan kejatuhan untuk tempoh tujuh minggu berturut-turut menyaksikan kekurangan 8.95 juta tong minggu lalu kepada 466.5 juta tong iaitu paras terendahnya sejak Januari 2016.
Jika termasuk dengan rizab kecemasan, simpanan minyak berada pada 1.15 bilion tong iaitu paras terendahnya sejak Oktober 2015.
Namun, apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya apabila harga minyak petrol, khususnya yang paling ramai digunakan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana – RON95 – terus melonjak sejak empat minggu berturut-turut.
Pada 29 Mac lalu, kerajaan telah melaksanakan kaedah pengapungan terkawal penetapan harga jualan runcit minyak petrol dan diesel secara mingguan, berbanding sebulan sebelum ini.
Malah, sebelum kerajaan menarik balik subsidi minyak, harganya kekal bertahun-tahun di bawah paras yang tidak membebankan rakyat, seperti sekarang.
Mungkinkah, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, harga minyak petrol akan diturunkan dan jika kerajaan yang ada sekarang kekal memerintah, harganya akan naik semula – itulah satu persoalan yang perlu diingati. - ismaweb

Haji Hadi PATUT MALU nak sebut MEMALI kerana DOSA BESAR Kafirkan UMNO

Kisah benar TRAGEDI MEMALI
Ayahanda Zahari Bin Mat Taib merupakan salah seorang anggota Polis yg bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman beliau antara anggota yg terlibat secara langsung semasa TRAGEDI MAMALI .....

Komen terbaik dari Ayahanda Zahari
inilah FAKTA sebenarnya yg belaku ketika itu serta keratan akhbar- akhbar membuktikan Tun Dr Mahathir Mohamad sama sekali tak terlibat dlm TRAGEDI MAMALI 32tahun yg lepas ....
Terima kasih Bob Oziel Johar. 

Begitulah jawapan saya Bob. Tetapi sebagai manusia biasa kita kita tidak tahu 100% setiap saat kejadian itu berlaku. Selain dari bertugas menjalankan tanggungjawab, secara peribadi, saya juga diberi taklimat oleh pegawai atasan dan mendapat maklumat dari kawan-kawan. Bahkan saya dan kawan kawan diberi taklimat khas berkaitan kejadian satu persatu dari awal hingga akhir. Termasuk rakaman penuh video. Kami tidak boleh diberikan taklimat sebagaimana orang politik. Tetapi kami perlu diberi dan taklimat penerangan bagaimana kejadian berlaku di "on the ground". Kami sebagai anggota Polis atau "Tentera" tidak boleh diberi maklumat salah kerana akan menjejaskan penugasan kami. Sekiranya kami diberi taklimat salah maka kami tidak dapat melakukan tugas dengan sempurna. Secara ringkasnya kejadian perlanggaran undang-undang negara yg dilakukan oleh Ibrahim Libya telah pun di hidu oleh pihak Polis terutamanya Cawangan Khas kerana itulah sebabahagian dari tugas kami. Seperti yg diajarkan kpd kami tugas utama Cawangan Khas antaranya adalah merisik, mengumpul dan membandingkan maklumat dan membuat lapuran penilaian tahap keselamatan sesuatu maklumat itu kpd pihak atasan. Bukan hanya tertumpu kpd jenayah sahaja. Tetapi termasuklah ancaman kpd negara, pelampau perkauman dan agama, politik, kumpulan xtreme, jenayah, ancaman penyakit, penyeludupan dan apa juga maklumat berkaitan keselamatan samada ianya jadi tugas hakiki polis atau membantu jabatan dan ketua ketua masyarakat yg lain. Rasanya tidak cukup ruangan yg sedikit ini untuk mengulas semua penugasan Cawangan Khas atau lebih terkenal dengan SB. Manakala anggota SB ini berada dimana mana samada di Balai Polis kecil hingga ke Bukit Aman dan juga diseluruh negara. Jika lapuran kami salah atau bertentangan dengan majoriti maklumat lain, maka kami akan "dibelasah" oleh boss kami. Jadi kami mesti buat lapuran yg benar dan sahih. Bahkan kami ada darjah atau peringkat tahap penilaian kami sebagai rujukan ditahap mana quality lapuran kami. Mudah kata kami tak boleh buat silap akan lapuran kami berbanding dengan keadaan sebenar.
Pada masa peristiwa Memali dahulu, Polis termasuk SB sudah pun dapat mencium bau ancaman yg lakukan oleh kumpulan pelampau agama yg diketuai oleh Ibrahim Libya. Tetapi SB tidak boleh beritndak seperti anggota Polis Bhg Jenayah kerana pada peringkat permulaan ianya berkaitan dengan minda, perancangan dan sebaran pengaruh sahaja. Tak ada bukti fizikal. Jika penjenayah senang sedikit walaupun "bukan mudah". Ianya berkaitan tangkap, buka kertas siasatan, dapatkan reman, buat pertuduhan, dapatkan bahan bukti, saksi dll. Seterusnya mendakwa di mahkamah. SB bukan begitu tugas hakikinyanya. Sebab itu ISA diletak dibahu SB. Bila maklumat telah terkumpul bahawa kumpulan Ibrahim Libya sedang merancang kekerasan melawan kerajaan telah dihidu oleh SB dan Polis Biasa (tugas am) maka pihak Polis dari IPD dan Balai akan segera untuk bertindak memeriksa secara fizikal. Kawasan IPD (Daerah Polis) dan Balai (daerah Balai Polis) terletak dibawah perintah KPD atau lebih terkenal dengan OCPD. Polis telah mempunyai cukup bukti tetapi ingin menyelesaikannya secara tindakan seminima yg boleh tanpa membahayakan nyawa manusia atau penduduk. Tetapi apa yg berlaku pengikut Ibrahim dengan arahan Ibrahim Libya menghalang Pihak Berkuasa termasuk OCPD dari memasuki "kawasan mereka". Kononnya dengan air jampi Ibrahim Libya, mereka memiliki kuasa luarbiasa dan istimewa termasuk kebal dari peluru. Bila pihak Polis memberi amaran akan masuk juga dengan apa cara sekali pun, mereka membuat persiapan "peperangan". Membina kubu sekatan menggunakan kayu dan buluh. Memperlengkapkan ahli mereka dengan panah, lembing dan parang. Yang lebih malang lagi salah seorang anggota RELA yg diberi selaras senjatapi shot gun juga turut menjadi pengikut Ibrahim Libya. Bila Ketua Polis tempatan cuba masuk ke markas, mereka mereka menghalangnya. Lalu pihak PDRM menghantar FRU atau Polis Pencegahan Rusuhan dengan andaian mereka akan merusuh jika polis masuk dgn kekerasan. Tetapi mereka melawan dengan tindakan yg lebih drastik. Seorang anggota RELA penyokong mereka yg mempunyai senjata shot gun membuat serangan hendap ke atas lori FRU. Ini mengakibatkan 4 orang anggota FRU terkorban. 

Saya sendiri adalah salah seorang anggota SB bukit aman yg turut menyambut keranda mereka di masjid PULAPOL Jln Gurney KL. Sungguh sedih sekali. Mereka ke sana untuk jaga aman tetapi kembali sebagai jenazah. Berikutan dengan insiden itu, FRU di tarik keluar. FRU hanya diperlengkapkan dengan peralatan menyuraikan rusuhan sahaja. Bukan untuk pertempuran bersenjata.

Dengan penilaian bahawa pengikut Ibrahim Libya telah menjadi pemberontak bersenjata, pihak Polis menghantar PPH (Jika sekarang di namakan PGA yg dilengkapi dengan kereta perisai) menyerbu ke Kem Haram Ibrahim Libya tersebut. Pihak Polis telah memberi amaran supaya menyerah diri dan menyerahkan semua senjata yg mereka miliki. Tetapi mereka ingkar. Disebalik pagar buluh mereka menjadikan wanita dan kanak2 perisai. Sebahagian dari mereka yg menyangka mereka kebal kerana meminum air jampi Ibrahim Libya telah menyerbu anggota PPH dan kereta kebal dengan menghayun pedang dan bersenjatakan lembing hingga sampai rapat dengan anggota keselamatan (Polis). Bahawa dengan ancaman sedemikian rupa, pihak Polis tiada pilihan melainkan terpaksa melepaskan tembakan. 14 Orang pengikut Ibrahim Libya terkorban.
Kepada generasi baru, kejadian itu sudah lama berlaku. Banyak versi cerita yg pelik pelik tersebar terutamanya pihak Pembangkang. Ada yg baru berumur 4 ke 5 tahun ketika kejadian turut sama menjaja dakyah yg mereka belum mengertti apa2 ketika kejadian. 

PM, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, KPN atau atau General Tentera sekalipun sudah tentu tidak berada di Memali pada masa itu. Mereka hanya bergantung lapuran semasa para Pemerintah Tentera dan Polis. Yg dilatih menghadapai suasana kecemasa bersenjata adalah Polis dan Tentera. Mereka bermesyuarat, merancang dan membuat cadangan atau plan tindakan. Lalu mensihatkan PM atau Menteri dll. Itulah peraturan kita. Oleh itu tindakan keselamatan yg dilakukan terhadap pengikut Ibrahim Libya berdasarkan penilaian pendapat pakar "on the ground" pada masa itu iaitu Polis dan Tentera. 

Saya percaya jika juru pengkritik yg cuba menunjuk pandai dengan memberi komen negatif terhadap PM, Menteri dan Anggota Tertinggi Tentera dan Polis boleh terkencing dalam seluar bila berhadapan suasana hidup mati yang dihadapi Anggota Keselamatan pada masa itu.
Seperti kata pepatah "Menyalak bagai nak terbelah bukit, tetapi bercawat ekor dicelah kaki belakang". "Rumah siap, pahat berbunyi".
Seperti yg saya nyatakan lebih awal tadi, tidak semua perkara dapat diluahkan disini kerana kekuranga ruang, masa dan sumber. Ianya hanya semata mata berdasarkan pengalaman diri sendiri. Mungkin ada terdapat sedikit kelemahan disana sini. Tetapi secara keseluruhannya begitulah gambaran sebenarnya. Bukan direka reka atau khayalan penulis. Tidak ada apa apa keuntungan kpd penulis tetapi penulis tidak mahu bersubahat dengan pemfitnah dan penyebar berita palsu.
Terima Kasih Ayahanda atas penerangan ISU TRAGEDI MAMALI yg belaku 32tahun lepas ....
Sama2 kita sedekahkan Alfatihah pada mereka yg terkorban semoga roh mereka sentiasa dilimpahi rahmat Allah ...

Bibi Menangis Isa DITAHAN, Jgn Lupa 30 Tahun Saya MENANGIS Pertahankan PENEROKA

Ada orang kata ke saya, ' puas hati le, Isa Samad dah kena tangkap SPRM'.
Seolah2 saya ada masalah peribadi dan dendam dgn beliau.
Saya memperjuangkan isu Felda sejak tahun 1987 lagi. Isa Samad masih Menteri Besar Negeri Sembilan.
Bila YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak melantik Isa sebagai Pengerusi Felda pada 1 Jan 2011, saya cukup marah dan amat terkilan.
Sewaktu beliau jadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Felda Sendayan dan Labu Johnson tergadai. Beliau juga didapati bersalah dengan amalan politik wang pemilihan UMNO.
Bagaimana rekod Isa yang begitu buruk, menjadi pilihan DS Najib. Saya mengambil inisiatif melalui kenyataan media, menyerah memorandum ke Pejabat YAB PM, mengadakan siri2 himpunan dan lain2, menentang perlantikan Isa.
Saya selalu mengambil contoh, ' bagaimana seorang perompak di amanahkan jaga bank'.
Acap kali saya mengatakan, perlantikan Isa Samad suatu kesilapan besar YAB PM. Selama beberapa tahun Isa buat onar. Awal2 lagi dah bergaduh dengan Hj Samsudin Othman, Ketua Peneroka Felda, menyingkirkan Pengarah Besar Felda, Dato' Dzulkifli Abd Wahab dan beberapa orang pegawai kanan Felda.
Isa terlibat bagaimana mencaturkan pengurusan tertinggi Felda dengan menaikkan Dato' Faizoull Ahmad, sebagai Pengarah Besar Felda dan pegawai kanan lain bagi melengkapkan penguasaan beliau di Felda.
Saya bertembung dengan beliau dalam isu Koperasi Permodalan Felda(KPF) hingga kepada berakhirnya penguasaan KPF dalam Felda Holding, apabila ekuiti 51 peratus berpindah milik kepada FGV.
Saya dan rakan2 ANAK di sekat berceramah dan bertemu peneroka di Felda hingga ada pekeliling, banner yang memfitnah dan memaki hamun saya.
Saya di tahan dan di lokap atas insiden memasuki Felda Lembah Klau dan dikasari sewaktu Kembara Oren.
Amarah saya dan rakan2 terhadap Isa Samad hanya satu. Beliau adalah balaci DS Najib yang menjadi sebab utama malapetaka dan tragedi hitam di Felda.
ANAK adalah kelompok minoriti yang menentang Isa Samad, manakala gerombolan besar mempertahankan Isa.
Hinggalah, mutakhir ini krisis demi krisis, skandal dan kegagalan FGV, baru ramai yang percaya, Isa perosak Felda.
Saya tiada dendam dengan Isa. Jika Bibi Sharliza, menangis dengan penahanan Isa Samad, 30 tahun lamanya saya menangis,
mengenangkan nasib peneroka Felda yang ditindas dan dizalimi!
Adakah saya puas hati Isa di tahan SPRM?
Apalah maknanya beliau ditahan, yang belum tentu disabitkan; tika airmata peneroka masih berlinangan, mengenangkan nasib diri, keluarga dan masa depan.
Kata pepatah, ' ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua',...
Moga ianya menjadi iktibar buat kita...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com