innity

pages

Friday, July 21, 2017

Zaid: Kemesraan Umno-PAS bukan politik matang, tetapi politik wang

Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan alasan “politik matang” yang kerap diberikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menjelaskan perubahan sikap parti itu terhadap Umno, sambil berkata ia lebih menjurus kepada “politik wang”.
“Mereka tidak berminat untuk membela manusia yang memerlukan pertolongan, tetapi hanya memperjuangkan ideologi songsang.
“Politik matang sepatutnya dapat memperkuatkan modal insan bangsa Melayu, membasmi kemiskinan orang Melayu, dan memberi pelajaran yang baik kapada bangsa Melayu,” kata Zaid kepada FMT baru-baru ini.
Bekas menteri itu berkata perkembangan di kalangan orang Melayu kebelakangan ini menunjukkan Umno dan PAS cuba mengelirukan masyarakat itu dengan membawa agenda seperti hukuman syariah, sedangkan golongan atasan dan elit masih terlepas pelbagai tindakan pihak berkuasa Islam.
“Ia hanya drama untuk mengelirukan rakyat. Sudah berapa ramai orang atasan dikenakan hukuman ini? Siapa dari pihak atasan yang dihukum sebat kerana minum arak, berkhalwat dan mencuri harta kerajaan?”
Hadi merupakan antara pemimpin kanan PAS yang mempertahankan dasar PAS yang dilihat lebih mesra Umno, dan beberapa kali menekankan perubahan sikap itu sebahagian daripada “budaya politik matang” oleh parti Islam itu.
“Ini adalah sebahagian daripada cara politik matang yang tidak jumud dan degil tanpa perhitungan. Politik mencari kawan sebanyak mungkin bukannya berlawan secara fanatik,” kata Hadi dalam salah satu daripada penulisannya.
Zaid berkata ketika Melayu berdepan pelbagai kepincangan ekonomi dan sosial, Umno dan PAS lebih gemar memperjuangkan dasar yang tidak “konkrit dan relevan”, seperti membina lebih banyak masjid dan memperkenalkan hukuman syariah lebih berat.
“Satu pertiga pelajar universiti tidak mengetahui dan memahami nilai asas manusia sejagat,” katanya, merujuk kajian Institut Integriti Malaysia baru-baru ini yang mendapati sebahagian besar pelajar di beberapa buah universiti awam tidak menganggap perbuatan rasuah seperti sogokan hadiah sebagai satu kesalahan.
“Yang benar dan yang salah dikelirukan. Mereka menganggap rasuah itu bukan satu kesalahan yang sepatutnya dikutuk,” kata Zaid kepada FMT.
Zaid berkata majoriti yang terlibat masalah seperti pengangguran, kehamilan luar nikah, beban hutang dan salah guna dadah ialah orang Melayu.
Beliau turut merujuk kejadian seorang ayah kepada 7 orang anak, Mohd Irwan Omar, yang membunuh diri dipercayai akibat kesempitan wang dan kemungkinan terlibat dadah, di Pulau Pinang baru-baru ini.
Zaid mempersoalkan sumbangan PAS dan Umno ketika ramai orang Melayu dan Islam dibelenggu kemiskinan dan masalah sosial lain.
“Apakah yang dilakukan kedua-dua parti politik Melayu-Islam ini” soalnya.
“Sebenarnya politik Umno dan PAS tidaklah matang sama sekali. Malah kita boleh sifatkan ia politik murahan dan cetek yang tidak menonjolkan kekuatan perjuangan, tetapi hanya kekuatan wang ringgit dan kuasa.” - FMT

6 comments:


  1. Ko pun sama lah kemesraan ko dg Mahathir pun politik Wang juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulah apa Yg datuk Zaid katakan?

      Delete
  2. POLITIK MATANG PAS KEPALA BANA

    ReplyDelete
  3. Ziad..zaid..yang kau cakap pasal matang apa ke bendanya...PH tu dah matang kah belum??? Perompak wang negara di sanjung tinggi..Mana perginya duit RM30 Biliion? Anak siapa yang jadi billionaire? Keluarga siapakah yang tidur atas duit rakyat? Under Pig disanjung kononnya pandai baca alquran? Zaid oo zaid..buka la mata engkau tu..otak dok simpan kat lutut buat apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap adakah RM30 billion masuk poket TM saperti 1MDB masukmke poket MO1.Dan kena cukai gst barang pengguna naik dll.Jangann jadi buta segala nya.Disebabkan dedak.

      Delete
    2. aku x sokong si zaid ni,tapi aku pun nak tanya soalan kat ko, AnonymousJuly 21, 2017 at 4:38 PM : sekarang ko plak cakap,kenapa 1MDB tanggungbhutang lebih 42 bilion dan sekarang dah jadi hutang kerajaan?anak siapa pula yang juga jadi bilionaire kat US sampai boleh buat movie lucah Hollywood?keluarga siapa pula boleh melancong atas bot mewah bersama joe low?siapa pula yang cekik duit rakyat melalui GST?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com