innity

pages

Thursday, July 20, 2017

[WAKIL DAP, TS LE LAM THYE JADI CONTOH] Wakil Rakyat Dulu-Dulu Vs Wakil Rakyat Sekarang


Oleh: Syahril A. Kadir 

WAKIL RAKYAT YANG AKU RINDUKAN...

Aku pernah tulis pasal ini dan aku tak jemu untuk terus tulis mengenainya.

Tak lama lagi pilihanraya umum akan diadakan.

Serius aku tengok ramai wakil rakyat sekarang ini, tak kiralah parti apapun, tak boleh pakai seh, memang tak boleh pakai. Kerja diaorang kalau tak sibuk dengan 'puak-puak sendiri', depa sibuk nak bagi komen sana sini, berceramah tak habis-habis dan melalut tak tentu arah dalam media sosial.

Kalau isu nasional dan dunia punyalah jaguh, tapi dalam kawasan ADUN atau Parlimen sendiri, semua lintang-pukang. Memanjang ada kat Kuala Lumpur, balik kawasan jarang sekali, bila ditanya - meeting kat Putrajaya. Bila ditanya - meeting kat ibu pejabat. Bila ditanya - ada kat Dewan Rakyat.

Yang depa tau bila time perayaan, tak kiralah Aidilfitri ke, Deepavali ke, Gawai ke, Gong Xi Fatt Choy ke, kain sepanduk atau banner mesti pasang kat segenap penjuru dan ceruk kampung...letak gambor diaorang besar-besar pastu wish itu, wish ini. Tapi bayang depa pun tak nampak!

Sebab itu dalam bab ini, mau tak mahu, aku terpaksa angkat topi pada Tan Sri Lee Lam Thye. Tahun 70an, 80an, 90an dulu kalau orang KL tak pernah dengar nama dia maknanya 'something wrong somewhere'.

Bekas Setiausaha Agung DAP itu jadi wakil rakyat masa umur baru 22 tahun! Beliau memegang jawatan Setiausaha Agung DAP selama 30 tahun setelah dilantik pada Oktober 1969 sebagai setiausaha agung ketiga selepas Goh Hock Guan dan Fan Yew Teng.

Walaupun dalam tempoh itu, beliau berkali-kali berhasrat meletak jawatan tetapi semua tidak pernah kesampaian. 



Dia korban masa muda dia untuk 'tanggung' 1,001 macam masalah rakyat tak kira kaum dan agama. Kita umur macam tu dok merempit lagi rasanya.

Selama empat penggal jadi wakil rakyat Bukit Bintang iaitu sampai tahun 1990, dia sampai digelar Mr. Typewriter kerana siang malam usung mesin taip Olivetti Lettera 25 dan beg berisi borang.

Dalam kereta dia macam-macam borang ada...borang minta bantuan, borang minta permit teksi, borang minta lesen DBKL etc.

Siapa yang nak kena halau DBKL sebab tak dapat bayar sewa rumah, siapa yang kena saman dengan penguatkuasa, siapa nak minta bantuan kebajikan, tukar sekolah, nak masuk universiti, nak rayu biasiswa semua datang jumpa dia dan dia akan taip segala rayuan MASA ITU JUGA!

Mana ada rumah terbakar, mana ada longkang tersumbat, mana ada banjir kilat, mana ada sampah yang tak diangkat - di situ Lam Thye akan berdiri dan tak akan berganjak selagi masalah tak selesai.


Lam Thye tak masuk universiti, takde ijazah berjela-jela, tapi kesungguhan dia menjadi wakil rakyat TAK SIAPA BOLEH lawan sampai sekarang!

Walaupun dia dulu wakil rakyat DAP, dia tak sibuk dok hentam orang sana sini, hina mayat orang yang dah meninggal, melalak terpekik terlolong kat Dataran Merdeka sebagainya. Ini kerana baginya sebagai wakil rakyat, MASALAH KEBAJIKAN DAN KESUSAHAN RAKYAT di kawasannnya yang perlu beliau tangani terlebih dahulu dan menjadi keutamaan berbanding isu-isu lain.

Sekarang ni mesin typewriter Lam Thye telah diambil untuk dijadikan pameran oleh kerajaan sebagai mengenang kesungguhannya membela nasib rakyat sewaktu menjadi wakil rakyat.

Ini baru lejen, ini baru champion...bukan baru sehari jadi wakil rakyat dah sibuk nak pi tempah sut Salvatore Ferragamo for God sake!

Errr...wakil rakyat lu sekarang agaknya camner?

1 comment:

  1. Soalan pasal wakil rakyat gua?
    1. Mcm sial
    2. Batang hidung tak pernah nampak
    3. Tinggal jauh dari kawasan,nak jumpa pun payah walau dah buat appointment
    4. Sibuk diusung kroni beliau
    5. Bodoh
    6. Dulu masa exco pakai perdana,kereta kerajaan. Dah dibuang exco terpaksa tebal muka bawak balik merz yg selama ini disorokkan dari org kampung.
    7. Kesimpulannya beliau mmg haramjadah,wakil dari bn.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com