innity

pages

Thursday, July 20, 2017

Wakil Buruh kemuka usul 1MDB di Parlimen UK


Seorang ahli politik United Kingdom (UK) mengemukakan usul mengenai isu 1MDB di parlimen negara itu hari ini.
Usul dikemukakan anggota pembangkang itu menyatakan, parlimen bimbang dengan dakwaan berlaku salah laku dalam 1MDB, dan menggesa kerajaan Malaysia membenarkan pemerhati antarabangsa memantau perjalanan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
"(Ini) untuk menunjukkan komitmen untuk berlakunya pilihan raya yang bebas dan adil, terutama apabila mengambil kira Malaysia akan menjadi pengerusi Komanwel pada 2020.
“(Parlimen) menggesa kerajaan memastikan dakwaan berlaku penyelewengan dana dari Malaysia untuk membeli aset di UK disiasat sepenuhnya," kata usul itu.
Bagaimanapun, usul awal itu hanya mendapat sokongan kecil sejak ia dikemukakan pada 18 Julai.
Setakat berita ini ditulis pada jam 4 petang ini (waktu Malaysia) hanya tiga orang anggota parlimen menyatakan sokongan terhadap usul dikemukakan oleh wakil Parti Buruh, Ann Clwyd itu. - MK

1 comment:

  1. Sikit pun najib tak peduli. Kejap nanti tengku sharifudin panglima najib akan jawab. Lepas tu rahman dalang pulak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com