innity

pages

Monday, July 10, 2017

[VIDEO] Kami Sokong PPIM: Kes Pemilik Kenderaan DITIPU Syarikat Pajakan Kenderaan

#Live. Rakaman mengenai kes pemilik kenderaan ditipu oleh Syarikat Pajakan Kenderaan. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan dari mangsa-mangsa penipuan sebuah syarikat pajakan kenderaan. Syarikat itu turut mendiamkan diri apabila dihubungi oleh kesemua mangsa dan tidak menjawab sebarang surat pembatalan perjanjian yang telah dihantar oleh pemilik kenderaan sehingga kesemua pemilik disenarai hitam oleh pihak bank.

Rentetan dari isu itu, Unit Tindakan Khas PPIM yang diketuai oleh En. Yusuf Azmi, telah menyerbu AGR Auto Trade SDN BHD bagi mengambil semula kesemua kenderaan yang terlibat.
Malangnya pihak AGR Auto Trade yang dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bergelar "Raja" dan seorang individu menggelar dirinya "Dato' Seri Kabi" tidak memberikan kerjasama yang baik sehingga mencetuskan perbalahan. PPIM masih lagi berusaha untuk memperjuangkan nasib pengguna yang telah dianaiya oleh syarikat terbabit.
Sekitar jam 8 malam, 5 buah kereta berjaya di keluarkan.
Teruskan sokongan dan doa semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com