innity

pages

Tuesday, July 25, 2017

[VIDEO] DUN Selangor panas isu 'pemakan dedak'



Persidangan DUN Selangor kecoh apabila beberapa ADUN pembangkang mencadangkan supaya perkataan 'dedak' tidak boleh digunakan di dalam dewan, pada petang semalam.

Pada mulanya, ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim menemplak golongan dinamakan sebagai ‘pemakan dedak’ yang dipercayai merujuk kepada pemimpin Umno dan BN yang menerima imbuhan bagi mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1MDB.

Bagaimanapun, perkataan 'dedak' dibantah ADUN BN yang mengatakan dedak juga merupakan bahan penting dalam sektor penternakan makanan haiwan.

Kemudian, ADUN pembangkang kemudiannya meminta supaya Sue Lim memberikan definasi sebenar perkataan ‘dedak’.

Bagaimanapun, permintaan pembangkang ditolak Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berikutan Sue Lim bukanlah pihak yang mempunyai kuasa menjelaskan makna perkataan itu sebaliknya pihak bertanggungjawab dalam isu Bahasa Melayu seperti pakar bahasa.

Susana kecoh itu akhirnya dileraikan Hannah Yeoh dengan meminta Sue Lim meneruskan perbahasan usul dengan tidak menujukan kepada ADUN lain.

3 comments:

  1. betullah dedak tu makanan yg ditabur utk haiwan.. so what the problem?

    ReplyDelete
  2. Betullah dedak tu makanan hewan, persoalannya kenapa "dedak" nih, manusia pun "telan" apabila ianya ditabur oleh najib yg merompak dan menyamun wang rakyat?

    Bukankah dedak ini dikategorikan haram jadah? Tak takut ke mereka balasan menunggu di akhirat? Bersubahat merompak wang dan harta rakyat tidak izinkan!

    Ya Allah bukakanlah hati2 mereka yg gelap gelita ini.

    ReplyDelete
  3. Macam nielah...maksud "dedak" yg dimaksudkan adalah apabila wang rakyat dirompak disamun melalui 1mdb, felda fgv, tabunghaji, kwap dan digunakan pula wang tersebut untuk membayar penyokong beliau,termasuklah adun umno najib yg bersyubha ini, maka ianya bukan sahaja tidak di izinkan malah diHARAMkan samada didunia mahupun diakhirat oleh rakyat bukan negeri selangor sahaja malahan rakyat diseluruh negara malaysia.

    Ya Allah! selamatkanlah negaraku dari lanun2, perompak, penyangak dan mereka2 yg menyokong, bersyubha, yg sedang memerintah negaraku ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com