innity

pages

Wednesday, July 26, 2017

[VIDEO] ARMADA-Umno bertembung lagi di parkir, ini kesudahannya



Beberapa anggota Pemuda Umno dan ARMADA Bersatu bertembung di tempat parkir kereta di sebuah pusat beli belah ibu negara, selepas kekecohan di hadapan PWTC berjaya dileraikan pihak polis.

Petang tadi, kira-kira 30 anggota ARMADA mahu menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertukar kecoh apabila mereka dihalang oleh Pemuda Umno.

Kali ini, keadaan hampir kecoh di tempat parkir apabila Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Hanifah 'berperang mulut' dengan Ketua Penerangan ARMADA, Ashraf Mustaqim bagi meminta penjelasan mengenai isu dakwaan memukul.

Bagaimanapun, Ashraf menafikan perkara itu.

Rakaman tersebut dimuat naik di Facebook Armand Azha.

Terdahulu, kira-kira 30 anggota ARMADA pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyampaikan jemputan kepada perdana menteri untuk berdebat dengan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun mereka dihalang kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan berlaku tolak menolak.

3 comments:

  1. Takut betul umno ye ..beria betul pertahan penyamun. Kesian aku tengok armand. Dari dulu bodoh dam masih lagi bodoh. Lingkuplah negara kalau species macam arman ni jadi pelapis. Rakyat bangkitlah ..jgn biarkan negara punah

    ReplyDelete
  2. armand elok masuk armada. nama pun dah hampir sama.. x payah kecoh2, setakat exco pemuda x kemana. next ketua pemuda is jamal jamban..!

    ReplyDelete
  3. Confirm 200% lingkup Negara andaikata Najib & Rosmah masih berkuasa selepas PRU14

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com