innity

pages

Wednesday, July 26, 2017

Tulisan Terbaru Tun M: Kami tahu dan Tuhan lebih tahu, Jika berani bersumpahlah

1. Ada komen bahawa saya tahu isi kandungan laporan-laporan oleh Bank Negara, MACC dan Auditor General kepada Apandi. Ya. Saya tahu. Saya memang tahu.

2. Saya tahu isi kandungan laporan Bank Negara kerana A.G. Gani Patail telah menunjuk laporan itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa dia masih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam ucapan Muhyiddin sebagai Presiden PPBM, dia sering menyebut berkenaan laporan-laporan yang ditunjuk kepadanya oleh A.G. semasa A.G. belum dipecat oleh PM. Dan kepimpinan PPBM, termasuk saya telah bincang laporan-laporan ini. Sebab itu saya tahu. Saya tidak akan cabar Apandi bersumpah jika saya tidak tahu kandungan laporan. Saya tahu A.G. Apandi bohong, sebab itu ia letak laporan itu di bawah Akta Rahsia Rasmi.

3. Kami tahu dan Tuhan lebih tahu. Jika berani bersumpahlah.

4. Wang tidak boleh dipindah dari satu tuan punya kepada tuan punya yang lain tanpa surat menyurat. Wang berbillion bahkan bermillion pun tidak boleh disimpan sebagai wang tunai. Ia perlu disimpan dalam bank. Jika melalui bank, bank juga akan masuk dalam buku akaunnya semua butir-butir berkenaan tuan punya, jumlah, matawang, haribulan, cek, bahkan kedudukan kewangan dan punca kekayaan orang yang menderma, atau membayar, atau membeli. Juga akan disebut nama penerima, haribulan, dan segala transaksi yang melibat wang berkenaan. Tidak mungkin wang tunai sebanyak itu diguna. Semua transaksi mengguna cek. Dan segala-galanya ditulis dalam cek berkenaan, dan buku akaun bank.

5. Satu surat dari pemilik asal tidak mencukupi. Siapa sahaja boleh tulis surat seperti ini. Dokumen-dokumen lain perlu ditunjuk sebagai bukti kebenaran kenyataan kedua-dua pihak, pemilik, penerima, bank yang mengeluar dan bank yang menerima. Setakat ini dokumen-dokumen ini tidak ditunjuk sebagai bukti.

6. Sesungguhnya pemidahan wang yang begitu banyak perlu direkod dalam berjela-jela kertas. Paper trail memang ada untuk pihak berkuasa menyelidiki akan kebenaran dakwaan oleh mana-mana pihak. Orang lain juga boleh mendapat maklumat jika mereka membuat kajian.

7. Tetapi dalam kes US$681 million bersamaan RM2.6 billion yang ada dalam akaun Najib di Ambank, selain dari kononnya pengakuan oleh penderma Arab, tidak ada dokumen lain untuk bukti kesahihan pemindahan wang yang begitu banyak kepada Najib. Kita juga perlu diberitahu bagaimana duit ini diperolehi oleh Arab kaya ini. Tentulah ia memiliki jauh lebih banyak dari duit yang diberi. Cakap mulut Arab, Najib dan A.G. tidak cukup untuk menyakini mahkamah atau orang ramai berkenaan punca USD 681 million yang masuk dalam akaun Najib. Juga bahagian yang kononnya dikeluar.

8. Sebaliknya Dept. Of Justice Amerika Syarikat memberi keterangan yang cukup berkenaan dengan pengaliran wang dari 1MDB kepada beberapa syarikat dan bank di Cayman Island, British Virgin Islands, Singapura dan akhirnya ke dalam akaun Najib di Ambank yang kemudian melalui beberapa bank dan syarikat kepada Jho Low. Jika DoJ membohong, samanlah jabatan ini. Tetapi Apandi atau Najib tidak saman walaupun tuduhan itu kena pada batang hidung mereka.

9. Jikalau Apandi tidak tahu semua ini ia patut berhenti dari jadi Pendakwa Raya (AG). Bahawa dia masih pegang jawatan penting ini ialah kerana dia melindung dan dilindungi oleh Najib.

10. Sesungguhnya satu lagi Royal Commission of Inquiry perlu diadakan untuk selidik kes ini. Jikalau isu tiga puluh tahun dahulu perlu disiasat kenapakah jenayah terkini disembunyi.

11. Berani kerana benar. Jika takut menubuh RCI untuk ini, sebabnya tentulah kerana salah.

17 comments:

  1. gelabah terok madey sejak RCI Forex mendapat perkenan YDP Agong!

    Apa pasal sibuk sgt nk menuduh duit derma itu bukan derma..berapa billion org nak kasi Najib pun lantak dia lah..rezeki dia.. selagi takde bukti boleh dibuktikan Madey konon duit curi/imdb.

    yg lesap terang2 100billion Forex kenapa tak concern pulak? lepas tu sembunyi tak berani sentuh.. telus kepala hotak mamak kot?

    Guna nama Tuhan.. untuk perdaya manusia.. org ini akan terima hukuman berat dr Allah SWT.. munafik tua yg anaknaya sendiri pun sesat tak kenal Agama.. penyokong LGBT.. tak malu langsung mahu hisab orang lain!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni gila ker apa klu mcmni pnya komen baik anu ko tu potong beri makn itik... baik x yah tulis x nmpk bodo...

      Delete
    2. anon 2:34 ni mmg ciri2 umat akhir zaman..duit masuk akaun sendiri dia boleh tak kisah.forex issue bukan masuk akaun mahathir dia nak bising.tu pon takda paham..?

      tuduh org munafik..???jelas umat akhir zaman..label tu kembali kpd org yg nmenuduh tu..Marina Mahathir mmg tak sebulu dgn Mahathir dari zaman dia masih dlm kerajaan lg.. baca buku dia n buat kajian baru la komen..

      bila masak pulak dia nak hisab org lain..dia suruh sumpah bang..jgn la pusing ckp..tu pasal org byk buat rausah skrg..suka putar n pusing..

      btw anak dia dah besar dosa pahala tanggung sendiri la..

      gua tak ckp pon Mahathir ni maksum..dia mmg ada buat salah..tp takda la songlap berbiliun bang..tu duet rakyat..

      kalau ada masa baca cerita kisah nabi isa dan mayat tidak amanah, link kat bawah ni..
      maybe kau boleh insaf..

      http://www.ukhwah.com/ukhwah/print.php?sid=1457

      Delete
    3. Dia ni cyber trooper upahan Najib. Dia gadai maruah sebab dapat upah. Mana boleh lawan orang yg berjuang demi kebenaran.
      Aku bukan peminat PH sebab ada DAP tapi apa yg Tun M kata tu ada kebenarannya.

      Delete
  2. Perdebatan dan kehebatan sebenar Tun Mahathir Mohamad boleh dilihat nanti apabila beliau diseret bagi menjawab skandal wang milik rakyat yang lesap pada perjudian matawang FOREX.

    Tun Mahathir yang tiada rekod berdebat dengan sesiapa pun sepanjang umurnya, kini dengan angkuh mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengannya dalam forum Nothing to Hide 2.0 .

    Keberanian Tun Mahathir itu adalah selepas beliau mendapat maklumat daripada `leftenan-leftenan tuanya' bahawa Najib tidak akan melayan kehendaknya itu.

    Sebab itulah Tun Mahathir berani membuat cabaran itu disebabkan political mileage beliau sendiri.

    Ketika mahu diadakan perdebatan antara Nazri Aziz dulu pun, Tun Mahathir tidak bersungguh-sungguh untuk menyahut debat itu dan kemudian menggunakan beberapa kaedah pintu belakang untuk membatalkannya.

    Banyak cara dilakukan beliau termasuk membuat cerita akan berlaku kekecohan, lalu debat itu terpaksa dibatalkan oleh polis.

    Dan semalam, di PWTC segerombolan `lembu' Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang jahil dan berkemungkinan tidak tahu sejarah Tun Mahathir menyangka mereka telah membuat kerja hebat apabila mahu menyerahkan surat jemputan debat nothing to Hide 2.0 kepada ibu pejabat UMNO.

    Kumpulan itu bagaimanapun dihalang oleh sekumpulan Pemuda UMNO. Apa yang menyedihkan mereka yang masih berhingus itu tidak tahu pun idola mereka sepanjang umur 90+ tidak pernah berdebat dengan sesiapa pun.

    Apatah lagi jika berdebat untuk menjawab penyelewengannya. Jika surat diterima atau pelawaan diterima, tentu sekali ada pihak tertentu di kalangan Tun Mahathir akan membuat kerja licik untuk membatalkannya.

    Ketika Tun Mahathir dicabar debat pada era Anwar Ibrahim pun beliau tidak pernah melayan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah

      tun pernah berdebat dalam parlimen dan pernah berdebat di siaran TV negara asing.

      Tanya kit siang, Tanya mat sabu, Tanya anwar ibrahim...betul atau tidak?

      Najib ader?

      Ini soklan disediakan JASA ke? Cakap ngan puad oku, panjangkan skit lidah tu.

      Delete
  3. Anuar Ibrahim sampai la ni x bersumpah pun!

    ReplyDelete
  4. Ya Allah! Selamatkan kami rakyat negara ini dari golongan penyamun, perompak dan lanun yg sedang memegang kuasa dan memerintah negara ini.

    Selamatkan kami ya Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lanun dan perompak tu ada dalam PH lah lol.

      Delete
  5. Orang yg telah merompak wang rakyat melalui skendel2 BMF/FOREKS dll tu lah yg patut bersumpah junjung AlQuraan. Jika tidak pulangkan wang rakyat 100 - 200 bilion yg dirompak sebagaimana ditulis dalam buku Malaysian Mervik oleh Berry Wein.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyatakan bila dan bagaimana tun m merompak duit forex? Masuk akaun sendiri ka,masuk akaun bini ka atau memang kerugian sebab forex semata-mata? Lesap dan kerugian satu benda yang jauh bezanya.Cukup2 la nak makan dedak, satu hari nanti korang juga yang akan maki hamun si najib tu

      Delete
    2. Kekayaan berbilion Mahadir anak beranak, kroni dan proksi2 datang dari mana hai anon 449? Itulah sebab dia perlu bersumpah yg sepatutnya. Kenapa tak saman Barry Wein jika tak benar?

      Delete
    3. anon 3:40..

      terang2 masuk akaun dgn kerugian tu lain..yg aku heran kenapa time pru lepas Mahathir dok sokong BN n siap tolong kempen utk BN, time tu takda pulak keburukan dia?takda pulak isu forex..kenapa time tu diam? isu ni bukn baru..dah lama...kenapa skrg baru nak siasat..apa kerajaan skrg buat time mahathir dok sokong BN..kenapa tak siasat???

      Delete
    4. 6.52,

      Knapa plak tun nak saman barry waine? Apa yg tun dapat? Perlu saman untuk dapatkan balik billion2 dari barry waine ka?

      Kalau tun menang kes saman, Bary waine boleh bayar balik billion2 ka?

      Citer skit proksi tun?

      Proksi tun ni juga ke yg bayar cukai kepada kerajaan beratus juta ringgit setiap tahun? Proksi tun juga yg bayar zakat berpuluh juta ringgit setiap tahun, proksi tun juga yg beri beribu ribu peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia.

      Kalau ini proksi tun, kami rakyat malaysia mengalu alukannya supaya ada lebih ramai lagi proksi tun ini kerana mereka beri peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia.

      Berbanding najib yg mempunyai beribu billion ringgit dalam akaun peribadinya yg tidak dibayar cukai.

      Hasil dari mencuri duit harta rakyat inilah najib gunakan untuk membeli DEDAK dan disogokkan kepada geng pemakan dedak termasuk adun umno selangor yg marah2 tempohari itu.

      Delete
    5. mantap bro..ur komen really 1st class.

      Delete
  6. Apalah tun ni. Kejap lagi salleh biawak dan rahman jalang akan jawab secara selamba je. Najib dgn puak2 dia ni akan melalut dan kebodohan puak ini akan diterima oleh penyokong umno. Lebih keraplah ugutan dan hujah menakutkan rakyat akan keluar lepas ni. Nak jatuhkan kerajaanlah ..boneka daplah ..sarawak ribut tipu dan memacam lagi. Tunggulah PRU. Rakyat tak bodoh

    ReplyDelete
  7. Pandi, hari ni ko bleh cakap ko hanya takut Allah, mulut cakap lain hati cakap lain,

    Ingatlah,

    Bersubahat,menyembunyikan fakta adalah sama besar, sama taraf dosanya dengan si ketua penyamun.

    Dedak umno tak paham ker? Kalau ada salah laku Tun bawa la ke mahkamah, najib kan ke berkuasa? Apa masalahnya?

    Bawa la barry waine tu ke mesia, kenapa? Najib tak der kuasa?

    Minta barry waine berikan bukti seperti rekod urusan perbankan ke? Ada jejak ke mana wang tu pergi? Ada wang billion2 dlm akaun peribadi tun tak?

    Sumpah dan junjung Quran, kalau nak suruh tun lakukan bila2 masa jer...

    Najib brani atas kebenaran lakukan perkara yg sama?

    Najib nak menang PRU tak? Suruh dia bersumpah, boleh? Ada brani?
    Teloq ada?

    Korang nak bersubahat dengan najib di akhirat ker?

    Stakat diupah 20-50 hinggit sorang buat keje haram sokong ketua perompak
    negara dan provok pemuda armada....berbaloi ke? Armada datang nak hantar surat jemputan jer, knapa plak nak minta maaf?

    Berbaloi ke terima azab dunia dan akhirat bersubahat dengan ketua perompak negara, wang rakyat dicuri, masuk billion2 dalam akaun peribadi bijan...berbaloi ke? Bahagia ke korang dunia akhirat terima duit haram rakyat tidak izinkan?

    Kenapa tak ramai datang buat provok tu? Mungkin ketua dah ambik bahagian korang kot?

    Kesian, kesian semata mata nak 20-50 hinggit, boss korang da songlap dulu.

    Jika begini cara umno najib mentadbir, hancur negara!

    Ya Allah selamatkanlah negaraku.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com