innity

pages

Wednesday, July 26, 2017

Suruhanjaya Tenaga: Kenaikan tarif elektrik, pengguna perlu bersedia dikenakan surcaj


Suruhanjaya Tenaga (ST) berkata, biarpun kerajaan amat prihatin dengan kenaikan tarif elektrik, pengguna seharusnya menyedari bahawa rebat yang dinikmati sekarang tidak akan berterusan selamanya dan perlu bersedia dikenakan surcaj.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kanan Pembangunan Industri dan Kawal Selia Pasaran Elektrik suruhanjaya itu, Ir Azhar Omar berkata memandangkan pemberian rebat itu bukan bersifat kekal, rakyat perlu bersedia dengan kemungkinan itu dan menggunakan tenaga elektrik secara berhemah.
“Walaupun kita sepatutnya mengenakan mengenakan surcaj, tetapi atas sikap keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat, kerajaan masih menggunakan wang yang ada untuk menampung kenaikan.
“Ini kerana duit yang ada mungkin tidak dapat menampungnya pada masa hadapan. Rakyat perlu bersedia,” katanya dalam temu bual program “Santai Ekspresi” Bernama Radio, baru-baru ini.
Program bertajuk “Tarif Elektrik Kekal” ini telah disiarkan pada 6.15 petang, 11 Julai 2017 di frekuensi radio FM 93.9 MHz serta melalui platform media sosial Facebook live.
ST merupakan badan kawal selia industri bekalan elektrik di negara ini.
Mengulas selanjutnya, Azhar menjelaskan, kerajaan bukannya tidak dapat menanggung kenaikan kos tersebut, sebaliknya sumber kewangan itu sewajarnya digunakan bagi tujuan pembangunan ekonomi dan negara memerlukan banyak sumber kewangan untuk pembinaan hospital, jalan raya dan sebagainya.
“Peranan suruhanjaya ini ialah memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap pada harga munasabah dan telah mengambil kira kos-kos membekal elektrik serta pulangan munasabah untuk pihak utiliti, kos-kos bekalan api dan sebagainya,” katanya.
Azhar berkata, ST juga tidak mahu syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraih keuntungan secara berlebihan, malah ia sedang melakukan audit ke atas TNB serta semua akaunnya bagi memastikan kos-kos yang ditanggung pada tempoh regulatori pertama adalah munasabah serta efisyen, sebagaimana yang ditetapkan.
“Tempoh regulatori pertama untuk proses semakan tarif akan berakhir pada 31 Disember 2017. Mulai 1 Januari, 2018, kita akan mulakan semakan kedua untuk tempoh regulatori kedua,” katanya.
Beliau berkata, dalam perjanjian pembelian tenaga (PPA) generasi pertama, kebanyakan pengeluar penjana bebas (IPP) mencatat sedikit keuntungan.
Atas dasar itu, kerajaan telah merundingkan kadar yang ditetapkan sebelum ini dan kebanyakan IPP bersetuju untuk mengurangkan harga.
“Kita telah kumpul sebanyak RM1.8 bilion. Selama ini, kita menggunakan dana ini untuk memberi rebat dan sebagainya.
“Sehingga Disember 2017, kita masih mempunyai baki (daripada RM1.8 bilion), tetapi untuk Januari dan seterusnya, saya kena tengok semakan sama ada (berlaku) peningkatan atau tidak,” katanya. 
Menurutnya, ST juga telah menggunakan RM1.3 bilion daripada jumlah dikumpul itu.
Inisiatif lain yang diguna pakai sejajar dengan perubahan persekitaran global itu adalah rebat Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).
“Dasar rebat ICPT itu ialah untuk mengimbangi kos-kos yang tidak boleh dikawal oleh pihak utiliti.
“Ia berkait rapat dengan kos-kos bahan api dunia. Jika ianya tidak dapat dilepaskan dari segi rebat atau surcaj, kos ini terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan,” katanya.
Azhar berkata, bagi membolehkan TNB memberi perkhidmatan yang baik, ia juga memerlukan pendapatan yang boleh digunakan bagi menampung kos.
“Sekiranya kos asyik meningkat tetapi pendapatan masih tidak dapat diperolehi secara mencukupi, lama-lama ia (TNB) akan tutup, perkhidmatan akan merosot dan kerajaan terpaksa menyelamatkannya,” katanya. –  Bernama

2 comments:

  1. Selain kenikmatan kenaikan surcaj harga elektrik ini, rakyat juga bakal menerima pembentangan syarikat cina CGN EDRA didalam bursa saham malaysia.

    Pembiayanya adalah Maybank yg merupakan memberi khidmat menjadi penanggung liabiliti syarikat CGN EDRA china.

    Maksud mudah disini adalah, CGN china menggunakan wang rakyat malaysia untuk membiayai pembelian EDRA kepunyaan 1mdb suatu masa dahulu.

    Timakasih Najib, pendedak plak makan dan sumbat duit haram pemberian najib.

    Ya Allah selamatkanlah negaraku!

    ReplyDelete
  2. Tutub TNB kemudian tender kan mengikut peraturan yg di persetujui sepaya ada sykt lain yg boleh ambil alih TNB, biar ada tiga empat sykt yg berlawan yg mana akan di awasi oleh NGO atau satu jabatan bebas yg mengawal tarif yg mana mungkin akan lebih murah dari tarif TNB,, TNB perlu kan untung besar dan duit besar utk tanggung BN biawak hidup

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com