innity

pages

Wednesday, July 26, 2017

Sudah-sudahlah perjuangkan Anwar jadi PM ketujuh


Pakatan Harapan seharusnya tidak lagi memperjuangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, kata penganalisis Politik Ideas, Wan Saiful Wan Jan.

Menurutnya, Pakatan Harapan seharusnya sedar, keadaan semasa Anwar dan harus mengangkat calon lain untuk menyandang jawatan tersebut.

"Sudah-sudahlah tu... Teruskan dengan calon lain.

"Untuk jawatan perdana menteri, fikirlah orang muda," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-48 bertajuk Pakatan Harapan vs Barisan Nasional, Mari Kita Nilai.

Katanya, hari ini Pakatan Harapan dilihat lebih banyak tersangkut dengan kepimpinan orang lama.

"Daripada 1998 berlaku zaman reformasi hingga sekarang masih ada kumpulan-kumpulan yang berdebat apa nak jadi pada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Beliau dalam penjara. Beliau tidak akan jadi perdana menteri ketujuh," katanya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk PKR berubah.

"Sedangkan, kalau dilihat di kalangan orang muda ramai yang boleh memimpin.

"Dalam Pakatan Harapan sendiri, ramai orang muda," ujarnya. - SH

4 comments:

  1. Kepada penyokong anwar, beliau tidak sekali kali dibenarkan menjawat sebarang jawatan, untuk berlaku adil tun sendiri tidak mengidamkan jawatan ini untuk kali kedua.

    Berlaku adil kepada yg berada dlm pakatan harapan, ramai yg lebih berwibawa selain dari anwar ibrahim, mungkin TSMY, wan azizah, mat sabu, salahudin ayob, husam musa, tuan ibrahim parti PAS (jika mereka menyertai harapan) dan lain lain juga boleh menjadi Perdana Menteri.

    Aspirasi dan kehendak rakyat adalah, mereka berkhidmat untuk rakyat.Mereka bekerja atas sifat konsensus persepakatan keputusan bersama dalam majlis pakatan harapan.

    Hari ini najib mempunyai kuasa mutlak dan suara pemutus hingga menyebabkan rakyat disamun dan dirompak oleh beliau dan geng2 penyamun2nya.

    Ya Allah selamatkanlah negaraku!

    ReplyDelete
  2. Habis tu ko nak sape jd PM skrg? Mader ke macai? dh tak segan silu dh ye nak ckp Madir akan jd Pi Em balik? gila ke?

    Boboi mmng tak layak lngsung sbb lembap.

    Din pagoh skandal besar boleh jejas negara

    ko nk asimin jamban atau lim kit sial?

    semoga bertelagah le sesama korang PH.. pakatan haprak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Ibnu Mas’ud ra. ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Bukanlah orang Mukmin itu orang yang suka mencela, mengutuk, berbuat keji dan berkata kotor.” (HR Turmudzi)

      Delete
  3. ini semu otak sempit taksub geng refomis yang tak berpijak dalam realiti politik semasa. sekarang PRU14 sudah semakin hampir kalau menang PRU pun DSAI masih dalam penjara nak jadi PM macam mana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com