innity

pages

Sunday, July 9, 2017

Sambung Kontrak Ketua Hakim: CETUSNYA SATU LAGI KRISIS PERLEMBAGAAN TERBARU ?

Oleh: Haniff Khatri
Siri : 951

CETUSNYA SATU LAGI KRISIS PERLEMBAGAAN TERBARU !!

BAHAGIAN PERTAMA :

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada 04.05.2017, melalui Siri : 857, saya telah menyentuh isu bakal tercetusnya satu lagi KRISIS PERLEMBAGAAN, sekiranya apa yang telah diwar-warkan oleh sesetengah pihak, bahawa Kerajaan NAJIB RAZAK sedang pada masa itu, menimbangkan pelanjutan tempoh perkhidmatan KETUA HAKIM NEGARA melebihi tempoh mandatori yang sepatutnya tamat pada 03.08.2017, di mana saya terbitkan semula, Perenggan 3, 5 dan 6 pada Siri : 857, di sini secara 'copy & paste' :

" 3. Sememangnya menurut PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :
' PERKARA 125 ---
"Tempoh jawatan dan saraan hakim Mahkamah Persekutuan

125. (1) Tertakluk kepada peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh enam tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh kemudian daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh enam tahun. " ' !! ",

" 5. Justeru, TIADA LANGSUNG ruang dalam pembacaan peruntukan PERKARA 125 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, yang boleh membenarkan mana-mana perlanjutan tambahan, akan tempoh perkhidmatan TS Raus Sharif sebagai KETUA HAKIM NEGARA selepas tarikh 03.08.2017 ( selepas umur 66 tahun + 6 bulan), kelak !! ", dan

" 6. Hatta, jika benar apa yang dilaporkan FREEMALAYSIATODAY 03.05.2017 bertajuk "Retaining chief justice beyond retirement age illegal, says Bar", bahawa kononnya Kerajaan NAJIB RAZAK sedang menimbang untuk melanjutkan lagi tempoh perkhidmatan TS Raus Sharif sebagai KETUA HAKIM NEGARA, untuk tempoh lanjut dua (2) tahun lagi selepas 03.08.2017, MAKA NESACAYALAH ianya akan BERLAWANAN dengan peruntukan jelas PERLEMBAGAAN, dan akan mewujudkan lagi keparahan KRISIS PERLEMBAGAAN !! "

2. Pandangan yang sama, berkaitan ketidaksahihan pelanjutan tambahan akan tempoh perkhidmatan KETUA HAKIM NEGARA itu, telah turut diutarakan oleh MAJLIS PEGUAM NEGARA (lihat Siri : 857), PROF ABDUL AZIZ BARI, Pensyarah Undang-undang; GOPAL SRI RAM, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan; ZAID IBRAHIM, Bekas Menteri Undang-undang; PARAM CUMARASWAMY, Bekas Presiden Majlis Peguam; SN NAIR, Pengamal Undang-undang (kesemuanya seperti yang dilaporkan oleh FREEMALAYSIATODAY 04.05.2017, Link Laporan : http://www.freemalaysiatoday.com/…/cjs-tenure-extension-ch…/, sila lihat Siri : 860), dan ABDUL HAMID MOHAMAD, Bekas Ketua Hakim Negara (seperti yang dilaporkan oleh FREEMALAYSIATODAY 26.06.2017, Link Laporan : http://www.freemalaysiatoday.com/…/say-no-to-extension-for…/), sila lihat Siri : 933) !!

3. Namun, malangnya Kerajaan NAJIB RAZAK, dalam tidak mempedulikan isu kesahihan keperlembagaan pelanjutan itu, telah pada 07.07.2017 mengumumkan melalui Kenyataan Pejabat Perdana Menteri, yang dilaporkan oleh FREEMALAYSIATODAY 07.07.2017 bertajuk " Raus Sharif sandang ketua hakim negara untuk 3 tahun lagi" seperti berikut :

"Tan Sri Md Raus Sharif akan menyandang jawatan ketua hakim negara bagi tempoh 3 tahun bermula 4 Ogos ini selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.", dan
"Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan untuk tempoh 2 tahun mulai 28 September ini, pula memegang jawatan presiden Mahkamah Rayuan bermula tarikh dan bagi tempoh yang sama." !!

4. PERSOALAN : Adakah KRISIS PERLEMBAGAAN ini masih boleh diperbetulkan ataupun dielakkan, menurut peruntukan PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG ?? !!
5. IN SHAA ALLAH, saya akan menjawab persoalan itu, dalam sehari dua ini, di BAHAGIAN KEDUA nanti !!!

BERANI KERANA BENAR !!!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!
(Sila lihat Siri : 235, 236, 769, 827, 828, 839, 857, 860, 883, 893, 923, 924, 933, 947 & 949) - Kehakiman & Perundangan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com