innity

pages

Wednesday, July 26, 2017

Rafizi dakwa Malaysia ‘derma’ RM142 juta kepada Arab Saudi



Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa bahawa Malaysia sebenarnya yang menderma kepada negara Arab Saudi, dan bukan sebaliknya.

Beliau merujuk kepada kerugian sebanyak RM142 juta oleh Prasarana Malaysia Bhd akibat pembabitannya dalam dua projek landasan kereta api di negara ini.

"Rakyat dapat melihat dengan jelas - yang menyumbang adalah Malaysia kepada Arab Saudi, bukannya Arab Saudi kepada Perdana Menteri Najib Razak," kata Rafizi pada sidang akhbar di bilik media Parlimen hari ini.

Projek kereta api Arab Saudi yang dirujuk oleh Rafizi itu adalah Al Mashaer Al Mugaddash Metro Southern Line (MMMSL) dan Makkah Shadow Operator.

Prasarana mempunyai kontrak RM930 juta untuk mengendalikan keretapi itu dari Disember 2014 hingga Mei 2018.

Rafizi berkata, berdasarkan laporan kewangan Prasarana yang bocor, yang diterimanya, menunjukkan bahawa menjelang Mei 2018, Prasarana akan kerugian SAR125 juta (RM142 juta) apabila jumlah pendapatan ditolak dengan kos operasi.

Beliau mendakwa bahawa jawapan parlimen bertulis daripada Kementerian Kewangan menyokong dokumen bocor yang diperolehinya itu.

Dalam jawapan bertarikh 24 Julai, Kementerian Kewangan menyatakan sehingga 30 Jun tahun ini, jumlah hasil daripada kedua-dua projek itu adalah RM580 juta, manakala jumlah perbelanjaan puloa adalah sebanyak RM679 juta.

Ini bersamaan dengan kerugian sebanyak RM99 juta.

Rafizi berkata laporan kewangan yang bocor itu menyatakan sehingga Mei 2017, jumlah hasil Prasarana daripada kedua-dua projek itu ialah SAR474 (RM530 juta), manakala jumlah perbelanjaan adalah SAR563 (RM630 juta).

Perbezaan antara dokumen bocor itu dan jawapan parlimen, katanya, berada dalam julat yang munasabah memandangkan perbelanjaan untuk bulan Jun dan Julai tidak diperincikan dalam laporan itu.

Walau bagaimanapun, jawapan parlimen juga menyatakan bahawa Prasarana telah membuat tuntutan sebanyak RM115 juta yang telah diluluskan tetapi belum diterima.

Malaysiakini telah menghubungi Prasarana untuk mendapatkan maklum balas mereka. - MK

6 comments:

  1. Satu lagi pembaziran dilakukan pentadbiran najib, rakyat perlu menanggung kerugian ini; rakyat bayar harga tinggi semata mata memilih, mengundi najib pada PRU yg lalu.

    Ya Allah, 142 juta bukan jumlah yg sedikit.

    ReplyDelete
  2. untuk penyokong siraja klepet ni amount begitu hanyalah ibarat kacang putih je...
    dah dapat habuan mestilah buat2 tak heran punya.

    ReplyDelete
  3. Satu lagi kegagalan pentadbiran penyamun!

    Petronas membatalkan eksplorasi gas di kanada, berikut adalah kenyataan akhbar petronas...

    "Petronas said in a statement that the decision was made following a thorough review of the project as market conditions fluctuate."

    Hakikatnya,

    Jika pentadbiran najib tidak berhutang sehingga mencecah hampir 1 TRILLION ringgit, pembatalan projek ini tidak akan terjadi.

    Perkara yg sama terjadi di pengerang johor apabila aramco dikatakan turut sama membiayai projek ini pada hakikatnya tiada sebarang wang dilaburkan oleh arab saudi.

    ReplyDelete
  4. Pun demikian masih ada lagi saki-baki yang taksub dan menyayangi MO1.......!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro,mana tak sayang bro,tempat cari makan tu,kalau dia takde alamat kebulur la yang kat bawah tu.

      Delete
  5. bayar balik rugi tu dgn diamond 117 juta! bahlol, klu kepala hotak tak tau meniaga jgn pandai2 berurus niaga dgn skala besar. jgn tunjuk terror, baik ko bukak kedai runcit jerr

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com