innity

pages

Friday, July 28, 2017

[PPBM MESTI PIMPIN PH] Hak sama rata boleh kurangkan undi Melayu


Idea untuk semua empat parti dalam Pakatan Harapan diberi hak kesamarataan boleh menjadi punca kekalahan mereka untuk mendapatkan undi Melayu, demikian menurut penganalisis politik Ideas, Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata, realiti yang berlaku dalam negara ini adalah orang Melayu suka parti mereka menjadi dominan.

“Bagaimana Pakatan Harapan mahu menyeimbangkan antara idealisme dan realiti.

“Jika difikirkan, mengapa BN menang, mengapa ahli Umno berpuluh tahun sanggup mengundi MCA. Ini adalah kerana Umno itu dominan dalam BN,” katanya.

Jelasnya, perkara itu tidak akan berlaku dalam Pakatan Harapan jika mereka terus ingin membentuk satu ketetapan baharu iaitu semua parti adalah sama.

“Bagaimana Pakatan Harapan nak bercakap dengan orang Melayu yang sudah hidup berpuluh tahun yang percaya Melayu itu dominan?

“Isu ini sudah pasti akan digunakan Umno bagi kempen politik mereka bagi mempengaruhi undi Melayu.

“Mereka boleh timbulkan persoalan bahawa DAP itu sama rata dengan parti Bersatu yang memperjuangkan hak bumiputera,” katanya.

Jelasnya, isu ini menjadi cabaran besar buat Pakatan Harapan untuk mendapatkan sokongan Melayu. SH

1 comment:

  1. Pendedak najib memang sapu jubok najib

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com