innity

pages

Thursday, July 27, 2017

Pas seperti KALAH sebelum bertanding

GAMBAR HIASAN: Mereka ini PAS atau BN? ini adalah Mesyuarat  Perwakilan UMNO Bahagian beberapa hari lalu

Pas kini dilihat sebagai parti yang seakan-akan kalah sebelum bertanding PRU14 apabila mengambil pendekatan bergerak sendiri tanpa bersama BN atau Pakatan Harapan.


Penganalisis Politik Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata, apa yang berlaku kepada Pas adalah kesan daripada kesalahan strategi parti itu.

Menurutnya, Pas gagal menguruskan perbezaan pandangan pimpinan parti tertinggi mereka.

"Disebabkan itulah, sebahagian kepimpinan tertinggi mereka keluar parti dan menubuhkan parti baharu.

“Pas dilihat seolah-olah bersikap seperti ahli politik. Mereka tidak boleh begitu, bahkan tidak boleh bersikap seperti NGO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana sinar Harian siri ke-48 bertajuk Pakatan Harapan vs Barisan Nasional: Mari Kita Nilai, semalam.

Wan Saiful berkata, kesilapan itu membantu BN untuk mengatur kemenangan dalam PRU14.

“Sikap Pas memberikan faedah kepada BN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas daripada awal mengatakan mereka adalah gerakan Islam.

“Politik hanya wadah untuk menyebarkan Islam. Pas bukan semata-mata nak menang pilihan raya.

“Agenda mereka adalah membawa mesej Islam mengikut cara yang mereka tafsirkan,” katanya.

Wan Saiful berkata, usaha untuk membawa Pas progresif tidak akan berhasil kerana kebanyakan mereka lebih suka duduk sebagai konservatif sahaja.

“Pas kini kembali kepada sifat asal Pas yang hanya menjadi parti ketiga antara BN,” katanya. - SH

3 comments:

  1. Wan Saiful ni beri pandangan tapi masih dalam kotak pemikiran politik sekular.
    Sedangkan politik secara Islam adalah amat unik dan berbeza sekali. Politik Islam menjauhi kepolitikan memecahkan umat Islam dan membawa fitnah kpd agama Islam kerana berebut kuasa. Mmg kuasa politik sebhgian dr Islam ttpi pendekatan mesti tidak sekular, tidak liberal serta tidak kuku besi.
    Ramai sgt org jahil nak cuba bercakap dan komen ttg PAS itu masalahnya.
    PAS terpaksa bertanding sendirian kerana parti2 yg ada tiada agenda bangunkan Islam sebagai agenda utama. Bg BN dan PH, Islam hanya satu perkara drpd 1000 perkara shj dlm agenda pembangunan masyrakat.

    Semoga PAS istiqamah dan penyokongnya kekal berjuang demi agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perangi rasuah, benteras kemiskinan, kebersihan, salah guna kuasa, tu semua x termasuk dalam perkara yang dituntut islam ke? Mungkin curi balak tu benda dituntut kot, atau menyokong pemimpin zalim, atau memfitnah, membarua, mengkafirkan org, membabikan org...Itu yang menjadi ciri utama perjuangan islam PAS kot????

      Delete
  2. Ada lagi ke PAS ?? kat kawasan parlimen aku abis semua masuk amanah dah. Setakat tinggal dua tiga kerat je baik jgn bertanding. Bagi deposit kat SPR je nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com