innity

pages

Sunday, July 30, 2017

Mydin rugi besar laksana KR1M – Ameer


Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin) mendakwa syarikat itu mengalami kerugian besar dalam melaksanakan projek tanggungjawab sosial korporat melalui Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
Bagaimanapun, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Mydin berkata, projek itu diteruskan juga demi rakyat Malaysia.
Beliau turut mengakui kegagalan operasi KR1M itu telah banyak kali diperkatakan.
“Saya tidak akan mengulas mengenai apa-apa tuduhan yang dibuat oleh kerajaan kerana ia tidak akan membawa kita ke mana-mana.
“Hanya mereka yang mengenali saya akan yang tahu apa yang menyebabkan Mydin terpaksa bertahan dalam menjalankan projek CSR ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menamatkan segera kontrak syarikat mengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang menjual produk jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.
Ahmad Zahid berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan memberikan peruntukan kepada syarikat berkenaan untuk memastikan produk yang dijual lebih murah. – MalaysiaGazette

6 comments:

  1. org yg berniaga tahulah masalahnya. yg bercakap tu hanya cakap je..modal air liur je..

    ReplyDelete
  2. Mana ada org meniaga yg nak rugi. Terutama jenis spesis dia ni. Bertahun dah kaut untung. Tak puas hati kalu ..bagilah kat org lain. Cukup2lah tu nak perasan berkorban utk rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau komen setakat dengar hearsay org lain itu dah sama mcm fitnah..nnti kat akhirat merangkak la kau mencari dia nak mintak maaf..kan islam ajar lebih bagus berdiam kalau kita tak tak pasti atau tak tahu?

      hanya org yg mendirikan "solat" sahaja yg tidak akan berperangai sebegini dan akan terhindar dari perkara2 fahsya' dan mungkar..solat yg dimaksudkan adalah seperti yg Allah kehendaki..so muhasabah lah diri sendiri dari ckp buruk org laen..

      Delete
    2. Insyaallah tak kot. Kau jaga jelah ibadah kau. Kerja Allah bukan level kau. Biar Allah tentukan. Aku cakap pun pasai aku tau.

      Delete
  3. Walaupun dapat dana bilion dari kerajaan pun rugi jugak ? Samada auta atau ada jembalang yang bertenggek sedang menghisap darah. Hanya tuan punya badan yang tahu.

    ReplyDelete
  4. TPM kata, Kerajaan ada bagi subsidi.
    Menteri KPDNKK kata, Kerajaan tak ada bagi subsidi.

    Kerajaan yang sama, kenyataan yang berbeza. TERIBAGO.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com