innity

pages

Thursday, July 6, 2017

Muslim TAK JILAT Anjing BUKAN bermakna Islam Benci Anjing, Anjing!


BELA ANJING

Rasanya dalam isu anjing ni, dah terang lagi bersuluh kedudukannya dalam Islam. Kalau bela anjing untuk keselamatan - boleh. Kalau untuk memburu - boleh. Kalau untuk dijadikan 'guide' atau pandu arah- boleh. Untuk mengawal kawasan rumah - boleh.

Yang jadi masalah bila saja-saja nak bela anjing untuk bermanja-manja gitu. Memang ada beza pendapat dalam mazhab tetapi kita di Malaysia ni berpegang pada mazhab Syafie. Dalam mazhab Syafie anjing dikira najis besar (mughallazah), jadi follow jelah. Malah mazhab lain pun kata anjing ni dikira najis kecuali Maliki. Itupun Imam Malik hanya kata anjing bukan najis, tetapi dalam bab nak pelihara sebagai binatang kesayangan, beliau dan ulama lain tetap kata hukumnya haram!

Rasulullah SAW sendiri dah kata, malaikat tak masuk rumah yang ada anjing. Ini pun dah kira 'indication' besar dalam hal ini.

Yang pasti, Islam TIDAK membenci anjing, anjing juga adalah makhluk Tuhan sama seperti babi. Namun hukum-hakam agama kenalah ikut, mana boleh main redah ikut akal dan logik saja, mentang-mentang guna prinsip semua haiwan makhluk Allah, maka mudah-mudah saja kita nak pegang, nak sentuh secara sengaja, nak manja...adeh deh deh!

Kena ingat, bukan semua orang selesa kalau kita bela anjing. Tetamu nak datang rumah pun fikir dua tiga kali. Itu belum campur salakannya yang pasti menganggu jiran sebelah-menyebelah. Penyakit sebab gigitan anjing jangan ceritalah.

Lainlah yang bela itu orang bukan Islam. Itu terserah pada dia dan kepercayaan dialah.

Apapun tepuk dada tanya iman. Wallahualam.

5 comments:

  1. Islam tidak benci binatang bernama anjing dan babi...SETUJU!

    Boleh tak jakim setuju jika diadakan khutbah SETIAP hari jumaat berkenaan

    1.pemimpin yg menyeleweng
    2.pemimpin yg makan rasuah dan duit rakyat.
    3.pemimpin yg menzalimi dan menganaiya rakyat
    4.mereka yg bersekongkol dan bersyubha
    4.para alim ulama yg tidak mengkaji dan mendalami perbuatan kemungkaran ini?

    Juga dalam khutbah jumaat perlu disebut kesan dan akibatnya iaitu;

    1.agama islam dihina.
    2.tiada penentangan, penyiasatan bermakna bersekongkol dan bersyubha.
    3.negara boleh runtuh hanya kerana rasuah.
    4.jangan menuding jari ke pihak lain jika kita boleh perbetulkan.
    5.kesan di negara timur tengah menjadi rujukan dan pengajaran.

    Boleh tak JAKIM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam x bnci anjing.. tpi islam amat membnci anjing2 yng dok jilat dedak..

      Delete
    2. Islam x bnci anjing.. tpi islam amat membnci anjing2 yng dok jilat dedak..

      Delete
    3. Bro..cadangan tu mmg bagus..tp selagi malaysia masih ikut sustem politik skrg mmg tak boleh buat laa..teks khutbah jabatan agama islam negeri masing2 yg sediakan..jakim takda kuasa nak campur dlm hal elwal agama islam negeri..

      Kena ikut sistem Khalifah blk mcm zaman turki uthmaniyah..baru islam dpt gemilang semula..

      Delete
  2. Terlupa plak,

    Nak tanya jakim, isu sentuh anjing dan pemimpin songlap duit rakyat, mana lebih berat?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com