innity

pages

Thursday, July 20, 2017

MRT Memang Bagus Tapi Tak Payah Lah Banding Zaman Tun M, Tiada Boleh Lawan



Korang tau tak? Masa yang pengguna jalan raya Kuala Lumpur habiskan masa sekitar 270 hingga 500 juta jam pada tahun 2014.
Banyak gila? Kalau korang cakap macam ni, bermakna sel-sel otak korang masih berfungsi dengan baik.
Tu belum lagi kira berapa jumlah masa dan minyak terbuang bagi setiap orang dalam bandaraya Kuala Lumpur. Kajian anggarkan sekurang-kurangnya RM3,100 setahun.
Sebab tu, kita ada servis pengangkutan awam yang efisyen untuk atasi masalah ni.
Dan buat korang yang bercadang nak beli hartanah sepanjang jajaran MRT, baca dulu perkongsian yang Tok baca dekat The Malay Mail Online ni sebelum buat sebarang keputusan.

#1 : Siapa yang untung dengan MRT Fasa 2 ini?




Sumber gambar – BERNAMA

Keseluruhan 31 stesen Sungai Buloh – Kajang (SBK) dijangka akan memudahkan 1.2 juta penduduk di kawasan Klang Valley, dengan sambungan landasan sepanjang 51KM.
Daripada 31 stesen yang ada, 12 stesen yang dilancarkan pada fasa pertama telah pun beroperasi. Dan 19 lagi stesen tambahan – termasuk stesen bawah tanah dengan reka bentuk yang unik – telah pun beroperasi bermula 2 hari yang lepas.
Penduduk Klang Valley akan menikmati pengangkutan awam ini, menggunakan tren yang mampu mengangkut 1,200 orang (sekali trip)dengan kapasiti harian yang dijangkan mencecah hingga 400,000 penumpang.

#2 : Berapa lama perjalanan untuk sampai ke destinasi?




Sumber gambar – The Malay Mail Online

Antara kelebihan servis seperti ni adalah, korang akan dapat mengelak traffic jam dan stres daripada memandu dalam keadaan trafik yang _____ (sila lengkapkan tempat kosong ikut kreativiti korang).
Memang best. Korang hanya perlu bayar, cari tempat duduk, dan tunggu sehingga korang sampai ke destinasi yang dituju.
Dan kalau bercakap tentang bab masa, korang boleh bergerak daripada satu stesen ke stesen lain dalam masa hanya 4 minit je (bergantung kepada jarak destinasi).
Menurut MRT Corp, penumpang hanya perlu menunggu sekitar 4 minit untuk tunggu tren sampai pada waktu kemuncak (7 hingga 9 pagi, dan 5 hingga 7 petang) pada hari biasa, dan 15 minit waktu menunggu pada hari minggu dan cuti umum.
Macam mana pulak dengan masa perjalanan?
Sebagai contoh, kalau nak berjalan dari Sungai Buloh ke Semantan, trip korang dijangka akan memakan masa 30 minit.
Manakala kalau nak travel dari Muzium Negara ke Kajang pulak, dijangka akan memakan masa selama 50 minit perjalanan.
Kalau secara keseluruhan (tempoh masa travel untuk keseluruhan landasan SBK), dijangka akan memakan masa selama 84 minit, atau lebih kurang 1 jam 30 minit.
Tren ini beroperasi seawal 6 pagi hingga 12 tengah malam.

#3 : Berapa banyak kos yang bakal ditelan?




Sumber gambar – Choo Choy, The Malay Mail Online

Kalau korang sempat, mesti korang dah rasa naik servis ni secara percuma sewaktu hari pelancaran MRT Fasa 2 untuk perjalanan dari Muzium Negara ke Kajang (pada pukul 4 hingga 11.30 malam).
Tapi buat korang yang tak sempat, bermakna korang dah mula kena bayar untuk gunakan servis ni.
Kalau korang gunakan wang tunai untuk beli token MRT, korang kena bayar RM6.40 untuk melalui keseluruhan landasan Sungai Buloh – Kajang.
Nak lebih jimat? Gunakan kad Touch N’ Go, dan korang hanya perlu bayar RM5.50 je. Dan kos dari satu ke stesen ke stesen yang lain bermula serendah RM1.10 kedua-dua mod bayaran (melalui token dan tanpa wang tunai (cashless)).
Mudahkan perjalanan korang ke stesen dengan MRT feeder bus dengan kos perjalanan hanya RM1, dan RM0.50 untuk warga OKU yang berdaftar serta pelajar.

#4 : Ada tak tempat letak kereta dekat stesen MRT?

Ini mungkin masalah yang ramai orang hadapi untuk gunakan servis MRT. Stesen yang ada mungkin terletak sedikit jauh daripada tempat tinggal masing-masing (bukan dalam jarak berjalan kaki).
Dan bagi mereka yang ada masalah ini, pasti akan bergantung kepada tempat letak kereta yang disediakan dalam kawasan stesen MRT.
MRT Corp mengambil inisiatif dengan menyediakan 7,677 tempat letak kereta dibawah konsep Park n’ Ride di 13 daripada 31 stesen yang ada, dengan 1,013 tempat letak motosikal di 8 tempat Park n’ Ride.
“BERAPA KOS UNTUK PARKING DEKAT STESEN MRT?”



Sumber gambar – The Malay Mail Online

Korang akan dicaj sebanyak RM4.30 sekali masuk dan RM1.10 untuk parking kereta dan motor kalau korang gunakan servis MRT. Tapi untuk yang tak gunakan servis MRT, korang akan dicaj mengikut jam.
Selain tu, korang jugak boleh gunakan bas feeder MRT dengan kadar hanya RM1 untuk setiap trip, Ada 300 feeder bus yang disediakan, dengan frekuensi perjalanan setiap 10 hingga 15 minit (bergantung kepada keadaan trafik).
Masa servis feeder bus ni bermula daripada 5.30 pagi hingga 11.30 malam.

#5 : Betul ke senang nak ke mana-mana dengan MRT?




Sumber gambar – The Malay Mail Online

Untuk korang yang menetap kat dalam kawasan Klang Valley dan kaki shopoping, mungkin korang nak baca apa yang Tok kongsikan kat sini.
Ada 16 stesen MRT yang lengkap dengan akses mudah ke pusat membeli-belah, termasuk stesen Bukit Bintang dan Cochrane.
Mengikut Datuk Najmuddin Abdullah (Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Berkepentingan MRT Corp), ada 40 institusi pendidikan terdiri daripada sekolah menengah hingga ke universiti kat sepanjang landasan MRT SBK.
Manakala ada 11 hospital dan fasiliti kesihatan yang mudah diakses daripada 8 stesen yang ada.

“Apa lagi yang best tentang MRT jajaran SBK ni?”

Selain daripada kelebihan yang dijelaskan kat atas tadi, MRT akan mengurangkan kesesakan trafik dengan mengalih sebanyak 160,000 kereta atas jalanraya di Klang Valley.
Ini dah tentu satu berita baik buat mereka yang menetap di Klang Valley.
Mengikut kajian lokal, kat kawasan Klang Valley je dah ada 3.2 juta kereta pada tahun 2011, dan nombor ini dijangka meningkat menjadi 7 juta menjelang tahun 2020 nanti kalau takde sebarang inisiatif dibuat melalui servis pengangkutan awam.
Buat korang yang tengah plan nak beli rumah pelaburan di sepanjang jajaran MRT ni, jelas sekali sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk korang bertindak.
Takut kalau lambat nanti, korang tak sempat rasa ‘kemanisan’ pulangan pelaburan yang awesome. Benda baik tak pernah tunggu orang, tak kira siapa pun korang.
Cuma, jangan main serkap jarang je. Buat dulu segala due dilligence yang perlu. Semoga berjaya, Tok doakan.
- http://gilahartanah.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com