innity

pages

Wednesday, July 19, 2017

Mahathir: Allah tahu Apandi bohong

 
Ya, AG (Peguam Negara) tidak perlu takut kepada saya. Dia perlu takut kepada Allah SWT. Tetapi yang jelas dia tidak takut kepada Allah.

Jika benar tidak ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, apa sebabnya laporan-laporan oleh Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan laporan Ketua Audit Negara disembunyi daripada orang ramai.
Menyembunyi laporan dari orang ramai tentulah kerana kenyataan yang dibuat oleh Apandi tidak benar. Ini bermakna Apandi membohong dan Allah SWT tahu Apandi bohong.
Tuhan tahu Apandi cuba lindungi Najib daripada dihadapkan ke mahkamah setelah melakukan jenayah. Ini adalah suatu penipuan dan pemecahan amanah oleh seorang Peguam Negara. Perbuatan pecah amanah berdosa.

Tetapi Apandi tidak takut buat dosa; iaitu tidak takut Allah SWT. Pengakuan bahawa dia hanya takut kepada Allah Ta’ala tidak benar. Ini juga berdosa.
Junjung al-Quran
Apandi membuat banyak dosa dalam kes ini; dosa kerana membohong, dosa kerana melindungi perlakuan jenayah oleh Najib, dosa kerana menyatakan hanya takut kepada Allah sedangkan perbuatan, kenyataan dan pembohongannya menunjuk yang ia tidak takut buat dosa, tidak takut Allah.
Tetapi Apandi boleh bersihkan dirinya dengan mengambil wuduk, menjunjung Al-Quran dan bersumpah dalam masjid bahawa tidak ada apa-apa dalam laporan-laporan yang diterima olehnya dari Bank Negara, SPRM dan laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan Najib bersalah berkenaan wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun banknya datang dari 1MDB dan penyerahan balik RM2.3 billion kepada seorang Arab Saudi adalah tidak benar.
Semasa bersumpah Apandi perlu disertai dengan beberapa imam masjid dan saksi lain supaya sumpahnya dan pengakuan niatnya tidak berbeza antara mulut yang menyebut dan hatinya.
Dan dianya mengaku bahawa akan berdosalah dia jika sumpah yang dilafaz itu adalah pembohongan kepada makhluk dan dia akan terima balasan di akhirat dalam api neraka.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ialah pengerusi Parti Pribumi Bumiputera Bersatu (BERSATU) dan perdana menteri keempat Malaysia.

9 comments:

  1. dah kena penampar maut..rakyat tunggu ada jawapan ke?

    ReplyDelete
  2. apanfi muka dangdut

    ReplyDelete
  3. "Apandi boleh bersihkan dirinya dengan mengambil wuduk, menjunjung Al-Quran dan bersumpah dalam masjid"
    Mengapa anwar hangpa tak suruh bersumpah dalam majid pula untuk membersihkan dirinya? Tu sebabnya aku tetap sokong bn/umno kan3

    ReplyDelete
    Replies
    1. DSA kat penjara.. ko nak apa lagi

      Delete
  4. Nan
    Nak suruh apandi main sumpah2 tapi tak suruh anwar main sumpah2 pula, mana adil kan3

    ReplyDelete
  5. kami juga anwar sumpah, dan kami menyebelahi saiful dalam kes liwat anwar, puas??
    tapi Apandai jelas menipu dan melindungi najib yang jelas2 berbohong kepada rakyat. Mula2 kata tak logik nak melanun dgn masuk ke akaun sendiri, lepas tu ngaku tp kata utk parti, pastu kata derma pulak, pastu kata derma dah dipulangkan, penuh dgn pembohongannnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  6. YANG BENAR TETAP BENAR YANG SALAH TETAP SALAH
    ADAKAH TAK BOLEH KATA JANGAN SOKONG PENIPU PELANUN KLEPTORAT NEGARA HANYA KERANA TAK KATA YANG SAMA PADA PENCURI LAIN
    MANA YANG DEPAN MATA ITU KITA SEBAGAO MUSLUM KENA CEGAH ATAU SEKURANG2NYA TIDAK SEKONGKOL DENGAN PEMIMPIN PENJAHAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe..mu toksey la tulih paka capital letter..takdo adab deh..belaja dulu beradab baru bri komen.

      Delete

  7. Mahathir cuba nak menjadi juara sebagai wakil Nabi ke?

    Dulu dah keluar berbagai fatwa yg itu haram yg ini halal...yg mabrur yang tak tak mbrur...tapi jangan buat u turn sudah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com