innity

pages

Wednesday, July 19, 2017

KJ tak layak jadi pemimpin UMNO: Isma


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak layak menjadi pemimpin parti pejuang hak Melayu, UMNO, tempelak Naib Presiden Isma, Abdul Rahman Mt Dali.
Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ mencabar untuk menghapuskan terlebih dahulu sekolah yang didominasi anak Melayu iaitu Sekolah Berintergrasi Penuh (SBP) jika ingin sekolah vernakular dihapuskan.

Membidas kenyataan itu, Abdul Rahman berkata, Khairy berhujah secara dangkal kerana menggunakan logik sebegitu.
“Dia tak faham sejarah Tanah Melayu dan tak mengerti apa maksud kontrak sosial.
“Dia tak layak jadi pemimpin UMNO. Suruh tutup vernakular dibayar dengan tutup sekolah orang Melayu. Dia juga mempamerkan kedayusan kuasa politik parti yang diwakilinya bila takut berdepan dengan pihak sekolah vernakular,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Khairy sebelum ini juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sekolah vernakular tidak boleh diubah oleh sesiapa.
Semalam, Khairy dalam sesi dialog TN50x mempersoalkan jika ada sesiapa yang berani menghapuskan sekolah vernakular walaupun ia baik untuk menggalakkan perpaduan dalam negara ini.
Persoalan itu timbul selepas salah seorang daripada kira-kira 250 kakitangan Petronas yang hadir pada sesi itu menyatakan keinginannya terhadap sebuah negara yang bersatu padu dan antara cara paling berkesan mencapainya ialah menghapuskan sistem persekolahan vernakular.

2 comments:

  1. Bodoh kj ni..ckp je pandai..hasil xda..nk undi org melayu tp benci kpd melayu

    ReplyDelete
  2. Memang dia tak layak pun. Cuba tanya dia beranak kat mana. Dia bukan jati malaysia. Budaya adap dan tertib org melayu rasanya dia tak paham sangat kot. Maklumlah graduate oxford.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com