innity

pages

Monday, July 24, 2017

[KJ MANO?] Jamal, Bakal Ketua Pemuda UMNO ANAK JANTAN berang, beri amaran akan ikat pintu Kedutaan Indonesia


 

Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memimpin lebih 50 nelayan menunjuk perasaan dan menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Indonesia, selepas 12 nelayan Sekinchan ditahan dan 2 bot ditunda dari perairan negara.
 
Dalam kejadian tersebut yang berlaku 18 Julai lalu, media melaporkan pihak berkuasa Indonesia mengejar 3 buah bot nelayan dan menembak salah satu bot berkenaan. Nelayan yang sempat melepaskan diri berkata pihak berkuasa Indonesia cuba menahan mereka dalam perairan negara.

Jamal sambil memegang seutas tali tambat bot memberi amaran akan mengikat pintu kedutaan sekiranya Jakarta enggan membantu menyelesaikan insiden itu.

“Kami bukan mencari pasal, tetap kami sudah ‘dipasali’ mereka. Ini bukan kes yang pertama. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan perkara ini berlaku,” kata Jamal kepada pemberita di luar kedutaan.

Beliau berhimpun dalam keadaan cuaca hujan bersama Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Budiman Mohd Zohdi, yang menggesa Jakarta menghargai hubungan antara kedua negara.

 Kita harap hubungan yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia sebelum ini tidak dikotori dengan insiden sedemikian rupa, kami mohon isu ini diselesaikan dengan baik,” katanya.

Jumaat lalu, Barisan Nasional dan DAP Selangor sebulat suara mendesak Wisma Putra dan kerajaan kedua-dua negara menyelesaikan insiden itu dengan kadar segera. Mereka mendakwa tindakan pihak berkuasa Indonesia mencabuli perjanjian persefahaman yang dimeterai Kuala Lumpur dan Jakarta sebelum ini.

Menurut Jamal, data yang diperoleh dari sistem navigasi menunjukkan nelayan Malaysia yang diganggu itu tidak menceroboh perairan Indonesia. Mereka dikatakan kini ditahan di Aceh.

“Ia seringkali berlaku menyebabkan nelayan kita takut untuk menangkap ikan di negara sendiri,” katanya, dan menempelak pihak berkuasa Malaysia yang gagal melindungi nelayan tempatan di perairan negara.

 Kami sungguh tidak berpuas hati. Di mana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ketika bot kita dirampas? Adakah pihak berkuasa kita yang bertanggungjawab menjaga perairan kita tidur?” soalnya.
 
Jamal berkata mereka juga akan menyerahkan memorandum kepada kementerian berwajib. Turut hadir di tunjuk perasaan hari ini ialah pemimpin MCA Sungai Besar Kek Seng Hooi dan penasihat undang-undang Gabungan NGO Malaysia Datuk Imran Tamrin.

4 comments:

  1. Maritim mlysia bg pula bot pd wak jamal tu..suruh dia pula ronda. Dia ingat laut tu luasnya mcm sungai selangor ke? Akai ada ka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan baik awak ingatkan maritim psl benda ni bukan hentam jamal yang mohon maritim buat keje..peejuang benda betul pun nak tgk dr sudut salah..klu bapak awak yg kena tahan indonesia dlm peraiaran kita awak nak ckp apa? Xkisah politik apapun tp klu buat benda betul sokong je lah,

      Delete
  2. Inilah kualiti yg ada kepada pesaing berebut jawatan ketua pemuda umno najib...

    ReplyDelete
  3. Banyak kerja gila yg dilakukan jamal Tapi yg ni aku sokong dia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com