innity

pages

Sunday, July 23, 2017

‘Kita tak benarkan DAP guna logo Bersatu tanding PRU14’: Tun M


Meskipun berpayung di bawah satu gabungan, Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membenarkan DAP menggunakan logo mereka untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Ini kerana jelas bekas perdana menteri itu, Bersatu perlu kekal sebagai parti Melayu untuk raih sokongan pengundi Melayu.
“Terdapat dua parti lain (dalam Harapan), yang berbilang kaum. Mereka (DAP) boleh bertanding di bawah kedua-dua parti itu.
“Saya yakin, PKR dan PAN akan memberi tempat kepada mereka, tapi kita tak boleh, kerana kita adalah parti Melayu,” katanya mengulas berhubung isu pendaftaran DAP yang berkemungkinan akan terbatal, dipetik portal liberal. 
Baru-baru ini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula pemegang jawatan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP.
Ketua Pengarah JPPM Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata CEC DAP tidak akan diiktiraf dan jawatankuasa itu tidak boleh berfungsi secara sah sekiranya DAP gagal mengikut arahan itu. - ismaweb

2 comments:

  1. Kerajaan tak pyh lg benarkan DAP wujud sbb perlembagaan parti DAP pun bertentangan dgn perlembagaan negara. Perjuangannya Langgar kontrak sosial, anti Islam dan anti hak melayu.

    BERSATU ka PKR ka depa jgn bagi DAP guna logo. PAN aku tak taulah sebab depa ni parti org kecewa jd apa2 boleh berlaku dan.buang prinaip dan.cari alasan syark nak halalkan perbuatan. PAN pro parti chauvinist ni mgkin sbb duit byk dibantu DAP maka depa malu laa nak tolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu sapa anon diatas???dh mkn dedak ke belum???

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com