innity

pages

Thursday, July 13, 2017

Ketua Pemuda MIC Tebrau letak jawatan


JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda MIC Tebrau, Datuk Mohd Daniel Abdullah melepaskan kesemua jawatan dalam parti politik itu bermula semalam.

Peletakan jawatan beliau itu turut diiringi lima pimpinan tertinggi Pemuda MIC Tebrau menerusi satu sidang yang diadakan semalam.

Menurut Mohd Daniel, isu perkauman dan hal agama menjadi punca utama peletakan jawatan mereka selain hilang keyakinan terhadap jawatankuasa MIC Tebrau.

“Saya kecewa dengan pimpinan MIC bahagian kerana sanggup mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman yang mana dibuat selepas saya memohon untuk menjawat jawatan ketua masyarakat India di sini (Tebrau).

“Mereka juga sanggup memberi alasan bahawa saya tidak boleh memegang jawatan tersebut kerana beragama Islam malah meminta saya menukar agama sekiranya mahu menjawat jawatan itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Mohd Daniel berkata, peminggiran beberapa ahli pemuda di peringkat parti dan jawatan kerajaan juga menjadi punca beliau meletak jawatan.

“Saya kesal kerana agama menjadi punca ahli Pemuda yang lain tidak layak mendapat atau memegang jawatan tidak kira dari peringkat parti atau kerajaan. Perlukah mereka ini turut menerima tempias dengan status saya sebagai India beragama Islam?  

“Sepatutnya ia bukan menjadi masalah kerana saya buat kerja dan sentiasa menjalankan kebajikan terhadap masyarakat,” katanya.

Beliau juga turut menzahirkan kerisauan yang mana isu sensitif seperti itu boleh mengancam keharmonian dalam BN, sekali gus menjejaskan pandangan masyarakat terhadap pimpinannya.

“Kita duduk dalam satu rumpun, cuma agama sahaja berbeza dan saya masih belum lupa dengan tanggungjawab saya kepada orang-orang saya. Memang saya kecewa dan saya ambil keputusan untuk undur diri,” katanya yang sudah memeluk Islam sejak 2007 lalu.

Bagaimanapun, beliau berkata, pendiriannya masih tetap bersama MIC dan BN namun merasa kecewa dengan masalah yang berlaku di dalam pimpinan sayap bahagian. - 
SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com