innity

pages

Wednesday, July 5, 2017

[JILAKE] Hua Chong, Dong Jiao Zong pula akan desak iktiraf UEC, kata Ridhuan Tee


Hua Chong dan Dong Jiao Zong akan mendesak kerajaan mengiktiraf UEC dan standard Bahasa Melayu mereka atas dasar, pelajar sekolah Cina tidak diwajarkan ‘disusahkan’, jika syarat lulus Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelantikan ke jawatan doktor dilonggarkan.
Pada masa yang sama, pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yakin kebanyakan mereka yang terbabit untuk mendapat kelonggaran itu terdiri daripada kalangan bukan Melayu, yang tidak menganggap bahasa Melayu sebagai perkara penting.
“Selepas ini Hua Chong dan Dong Jiao Zong akan mendesak kerajaan mengiktiraf UEC dan standard BM mereka atas dasar, pelajar sekolah Cina tidak diwajarkan ‘disusahkan’ dengan BM, sebab mereka terpaksa menguasai bahasa ibunda. Jika mereka mengaku anak Malaysia, mahu tinggal di Malaysia, perlulah bersusah sedikit.
“Ini masalah negara. Jika tidak mahu bersusah, carilah tempat lain yang lebih menyenangkan, tetapi bukan di sini. Saya amat yakin, kebanyakan mereka yang terlibat adalah dalam kalangan bukan Melayu, yang tidak menganggap perkara ini penting,” katanya hari ini.
Apa istimewanya pegawai perubatan yang bergelar doktor sehingga dengan mudah diberikan kelonggaran hanya lulus bahasa Melayu peringkat SPM untuk mendapat tempat dalam sektor awam berbanding dengan profesion yang lain?
Apakah negara kita berada dalam keadaan kritikal sehingga sanggup matlamat menghalalkan cara? Apakah benar rugi dakwaan kita akan hilang kepakaran setiap tahun sedangkan mereka hanya pegawai perubatan sahaja, bukan pakar?
Klik logo di bawah untuk membaca pendapat beliau dalam isu kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu dalam SPM bagi pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada Kementerian Kesihatan. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com