innity

pages

Monday, July 17, 2017

Jamal berhasrat TANDING KETUA PEMUDA UMNO


SABAK BERNAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos meluahkan hasrat untuk bertanding Ketua Pemuda Umno bagi menggantikan Khairy Jamaluddin jika jawatan itu kosong selepas PRU14.

Jamal berkata, jika tiada tempat di Umno Sungai Besar, beliau sendiri menawarkan diri untuk merebut jawatan utama sayap itu pada pemilihan parti akan datang.

"Kalau YB (Yang Berhormat) Budiman (Mohd Zohdi) bertanding di Parlimen Sungai Besar, Datuk Imran (Tamrin) di Dun Sungai Panjang dan cikgu Samad (Wahab) Dun Sekinchan, jadi di mana Ketua Umno Bahagian Sungai Besar nak bertanding?.

"Kalau dah tak ada tempat di Sungai Besar, ketua bahagian nak bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar di Dewan Umno Sungai Besar, tengah hari tadi.

Jamal kemudiannya bertanya kepada perwakilan yang hadir, adakah mereka bersedia untuk menyokongnya jika beliau menawarkan diri untuk jawatan tersebut.

"Adakah semua boleh sokong saya? Jauh lagi...kita kena tunggu lepas pilihan raya ini," katanya.

Mengulas lanjut mengenai hasratnya itu pada sidang media selepas perasmian mesyuarat pemuda bahagian itu, Jamal bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Ditanya adakah beliau cukup syarat kelayakan untuk bertanding mengetuai sayap pemuda, Jamal yakin dengan hasrat berkenaan.

"Tiada komen, lebih kurang begitulah," katanya.

13 comments:

  1. Bagus bagus Jamal teruskan niat Murni anda, biar rakyat Malaysia tahu UMNO lah tempat membiaknya budaya samseng....

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak nyatakan hasrat bertandingpun awak dah kata begitu. belum tentu jadi, apatah lagi menang ketua pemuda. awak kata 'budaya samseng' tapi awak lupa 'budaya busuk hati' yang melekat di hati awak. lagi pula, bukan awakpun yang nak memberi undi pada dia. awak bukan perwakilan dan bukan ahli parti umno pun....

      Delete
    2. sakitnya tuh disini..
      didalam seluarku...

      sakitnya tuh disini..
      kena jentik selalu..

      Delete
    3. kalo 2x baca macam ugutan nak bertanding di sungei besor lak..bagi can le same dia,selama ni dah banyak kerosakan dia buat.kalo tambah lagi tak de beza nye

      Delete
  2. steady la jamal..

    hehehe spesis berjuang untuk jawatan

    nanti bila da dapat boleh jadi
    kaya kaya kaya...

    ReplyDelete
  3. Pemuda Umno bakal di ketua oleh insan yg begitu berani dan daring dengan bertuala sahaja di khalayak ramai dengan berus gigi terselit ditelinga. Hee hee.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ..kalau jamal jadi ketua pemuda ..makin panjanglah umur umno. Pemimpin yg berani dan berpandangan jauh amat diperlukan dalam umno. Ahli umno tak boleh melepas pemimpin yg berbakat besar macam jamal ni. Silalah undi jamal kalau dia bertanding nanti. Umno pasti akan selamat bila jamal jadi ketua pemuda umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lps pru umno x memerinth lgi... jamal pn x teringin nk jdi ketua pemuda... kn abg jamal kn..

      Delete
  5. Umur pun dah nak setengah abad ,Tak payah lah Jamal ikan wei!Bagi lah kat orang yg lebih muda

    ReplyDelete
  6. jamal hang memang layak sebaris dgn noh udang

    ReplyDelete
  7. Suka hati ko lah jamal ooiii

    ReplyDelete
  8. Jamal memang sudah terlebih syarat untuk bertanding. Najib memang perlukan orang seperti jamal untuk menjadi menteri kabinetnya.. jamal nanti boleh la sebaris dengan mat maslan, salleh, nazri.. baru la rakyat kagum

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com