innity

pages

Friday, July 21, 2017

[GITU PULAK!] KIMMA bantah beri status Bumiputera kepada semua India Muslim


Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) membantah permohonan yang dikemukakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India Muslim kepada kerajaan supaya memberi status Bumiputera kepada komuniti itu.
Presiden Kimma, Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata, beliau sebelum ini telah menekankan bahawa status Bumiputera hanya boleh diiktiraf jika individu (India Muslim) berkenaan adalah generasi kelima atau keenam yang menetap di Malaysia.
“Sebagai contoh, saya dilahirkan di sini sebelum merdeka dan tidak lagi mempraktikkan tradisi India. Kami bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan tradisi Melayu.
“Kita juga tidak mempunyai saudara mara yang tinggal di India,” katanya.
Katanya, tidak adil sekiranya kelulusan itu digunapakai untuk semua India Muslim tanpa mengambil kira latar belakang keluarga.
“Tidak wajar untuk memberikan status Bumiputera kepada mereka yang baru masuk Islam,” katanya.
Jelasnya, menuntut status Bumiputera tidak bermakna mereka mahu dianggap sebagai orang Melayu.
“Kita mahu kekal sebagai orang orang Islam India, bukan Melayu. Apa yang dimahukan adalah keistimewaan Bumiputera,” katanya.
Syed Ibrahim berkata, cadangan itu sepatutnya mengikut Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan bahawa orang Melayu berhak mendapat hak istimewa sebagai Bumiputera.
Sebelum ini, Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) mengemukakan permohonan kepada kerajaan supaya memberi status Bumiputera kepada masyarakat India Muslim yang lahir di Malaysia.
Tuntutan sama turut dibuat oleh Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) Dhajudeen Shahul Hameed yang mahu surat pekeliling dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengiktirafan status Bumiputera kepada komuniti itu.
Bagaimanapun Najib dilaporkan berkata, kerajaan sedang mengkaji secara mendalam tuntutan berkenaan, sama ada melalui pentadbiran atau pewartaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com