innity

pages

Wednesday, July 26, 2017

[VIDEO] Forum bincang kesesuaian Tun M dalam PH jadi panas


KUALA LUMPUR: Sebuah forum membincangkan sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad sesuai memimpin gabungan pembangkang menjadi hangat dengan pelbagai pandangan dilontarkan, termasuk penyokong pembangkang yang membidas pimpinan Pakatan Harapan (PH) kerana mempertahankan bekas perdana menteri itu.
Presiden Amanah Mohamad Sabu, antara yang pernah menjadi tahanan politik di zaman bekas perdana menteri itu bagaimanapun berkata Dr Mahathir yang dianggap diktator dulu kini mengalami perubahan sikap apabila menyertai PH.
Malah Mat Sabu berkata pemimpin PKR, DAP dan Amanah yang menjadi “diktator” kepada pengerusi PPBM itu dalam menentukan sebarang keputusan ketika bermesyuarat.
“Saya yakin bahawa Tun Mahathir seorang, kami (pemimpin Amanah, PKR dan DAP) yang mengepung beliau dalam mesyuarat Pakatan Harapan, beliau tidak boleh menjadi diktator lagi, sudah 6 kali mesyuarat Pakatan Harapan dia tidak diktator,” katanya pada forum bertajuk “Mahathir Agen Perubahan atau Agen Pemusnah” anjuran Kelab Bangsar Utama, khusus bagi membincangkan perdana menteri paling lama memerintah itu.
Turut menjadi ahli panel dalam forum dihadiri lebih 100 orang itu ialah Ahli Parlimen Sungai Siput dari PSM, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, serta aktivis Hishamuddin Rais dan Haris Ibrahim.
Mat Sabu percaya Dr Mahathir berubah, memberikan contoh persetujuan beliau dengan beberapa tuntutan PH.
“Kami yang menjadi diktator kepada Tun Mahathir. Di antaranya, beliau setuju selepas Pakatan Harapan ambil alih pemerintahan, langkah pertama membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha mendapatkan pengampunan diraja, kemudian untuk hapuskan GST,” kata Mohamad yang terkenal dengan panggilan Mat Sabu.
“Ini bukan senang beliau nak setuju, sama ada beliau berlakon atau tidak, yang penting beliau setuju dengan keputusan kita.”
Mat Sabu berkata pemimpin, Amanah, PKR dan DAP menerima Dr Mahathir dan sanggup melupakan permusuhan lampau demi menyelamatkan Malaysia daripada pemerintahan semasa Barisan Nasional (BN).
Pada forum itu, beberapa soalan peserta mendesak parti pembangkang yang kini bersatu dalam Pakatan Harapan tidak terlalu menjadi “pak turut” kepada Dr Mahathir.
Mat Sabu berkata isu utama ialah mejatuhkan Najib dan kerajaan BN, bukan mengungkit kembali kisah silam yang menurutnya tidak membantu menyelamatkan negara.
“Perubahan seseorang itu perlu dilihat pada fizikalnya, bukan pada hati. Sebab dalam hati kita tidak tahu.”
Mat Sabu berkata Dr Mahathir seorang yang sudah pencen dan tanpa kuasa, berlainan dengan Datuk Seri Najib Razak.
“Kita maki Mahathir 24 jam pun dia tidak boleh tangkap kita. Kalau maki Najib dan pemerintah sekarang, dia ada kuasa dan boleh ambil tindakan kepada kita. Sebab itu kalau nak uji iman kita, kita kena lawan pemerintah, sama juga dengan kami bila kami (PH) jadi pemerintah, kalau kami tidak betul, lawan kami,” katanya.
‘Bangang’ bercakar soal calon PM
Sementara itu, menyentuh calon perdana menteri pembangkang, Hishamuddin berkata ia tidak timbul kerana yakin PH tidak akan memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Saya tidak percaya bahawa Pakatan Harapan akan menang dalam pilihan raya nanti. Najib akan menang, jadi jangan bangkitkan persoalan bangang siapa yang jadi perdana menteri dari Pakatan Harapan.
“Dalam negara dunia ketiga, tidak akan berlaku peralihan kuasa melalui pilihan raya,” katanya.
Hishamuddin sebaliknya berkata jalan terbaik menjatuhkan Najib dan kerajaan BN ialah melalui revolusi secara besar-besaran dengan menggabungkan seluruh pimpinan parti pembangkang.
Menurutnya, penyertaan bekas pemimpin kerajaan adalah perlu bagi melahirkan “gerakan massa untuk menjatuhkan Najib”.
Pada forum itu, ramai penyokong pembangkang yang hadir dilihat tidak setuju dengan pandangan yang mempertahankan Dr Mahathir.
Mereka rata-rata merujuk kembali peranan Dr Mahathir dalam melawan gerakan reformasi pada lewat 1990-an.
“Mahathir dulu diktator sampai sekarang. Pakatan Harapan tidak memerlukan diktator seperti Mahathir mengetuainya. Kami generasi Y kami tidak mahu Mahathir,” kata seorang peserta.
Menurutnya, selama ini pembangkang “menghasut” orang ramai membenci Dr Mahathir.
“Tapi sekarang kita disuruh percaya kepada Mahathir. Ini semua mengarut. Kami dah penat nak dengar ceramah badut-badut ini.” - FMT

7 comments:

  1. Bangang2 mereka ni semua. Kalau Tun M tak membangkitkan pasal 1MBD ni, takkan ada orang yang peduli pun. Sebelun tu dah lama Rafizi dan Tian Chua membawa isu 1MDB..tapi takder orang amik port pun. Hanya setelah Tun masuk campur, barulah isu 1MDB ni meletup. So, janganlar berlagak kunun Tun tak relevan....takyah lar nak bergantung mostalgia masa lalu badut2 reformasi....

    ReplyDelete
  2. Most of them are just losers and purely anti establishment. Diorang nie la agen2 yg mencetuskan anarki dikalangan orang ramai yg mahukan perubahan segera tanpa memikirkan natijah2 perbuatan menghapuskan sistem2 yg selama ini membataskan aktiviti2 melampau. Why not just put our trust for this one last battle for justice to live? Tun M boleh saja pejam mata mcm Dollah Badawi yg langsung tak ambil tau pasal negara tetapi beliau memilih utk berjuang menrealisasikan idealisme PH yg ternyata selama ini ketiadaan org2 yg cukup berkesan utk menang meskipun segenap sumber dan tenaga diperah selama ini. Be thankful to this grand old fighter who is willing to be on your side laa...mau hentam semata2 nostalgia lama sudah tak relevan lagi.

    ReplyDelete
  3. mavam ni ke pemikiran otai?yang aku nampak macam mat kotai adalah.

    ReplyDelete
  4. Hishamudin rais dan mat sabu sahaja yg memandang ke hadapan manakala haris ibrahim masih lagi di bawah tempurung takutkan tun mahathir berkuasa semula.

    Lawak la lu haris, dia dah umur 92 tahun, apa yg tun masih boleh lakukan?

    Kroni dan pentadbiran zalim semasa zaman tun? Perhatikan sekeliling kamu semasa zaman tun? Adakah rakyat menderita? rakyat Tidak makan? Tiada suara bangkangan?

    Kami rakyat amat hairan?

    Hari ini kenapa pula mat sabu, anwar ibrahim dan lim kit siang boleh terima tun sebagai salah seorang barisan pemimpin mereka?

    Pandang di hadapan apabila PRU14 kamu mempunyai peluang untuk memerintah pula dengan bantuan Tun, kali ini tiada lagi umno najib sebagai penguasa mutlak, sebaliknya keputusan bersama kesemua komponen parti menyumbang demi kepentingan dan kebaikan rakyat.

    Diharap parti PAS turut sama menyertainya.

    ReplyDelete
  5. Haris ibrahim, let's make a deal...

    Both anwar ibrahim and tun dr mahathir should not be our future PM once harapan win PRU14.

    Agree ka keling paria?

    ReplyDelete
  6. Si bodoh je kata mahathir agen pemusnah..!!

    ReplyDelete
  7. Otai ni mungkin dah termakan dedak bn sebab utu macam banggang jer. Kalau tun tak bergabung dengan ph jgn mimpi lah isu2 yang dibawa sebelum ini rakyat nak dengar sangat aku yakin pru 14 pakatan rakyat tetap jadi pembangkang tetapi setelah tun masuk bergabung dgn pakatan harapan dan menggerakan dan mendedah akan segala kerosakan yang berlaku dalam negara maka bermulalah sokongan rakyat beralih kepada harapan. Insyallah pru 14 akan mejadi milik harapan. Kepada otai refomasi buanglah tahap taksub tahap banggang itu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com