innity

pages

Wednesday, July 5, 2017

DOJ DAN SAYA - Tun M



DOJ DAN SAYA
5 Jul 2017
1. Saya bangga kerana ada orang yang menyatakan saya boleh arah Department of Justice Amerika Syarikat membuat sesuatu. Jika saya dapat arah sebuah agensi Kerajaan Amerika Syarikat, lama sudah sipolan-sipolan ditangkap dan dituduh mencuri berbilion dolar Amerika. Dah lama sudah hukuman yang setimpal dikenakan kepada sipolan itu.

2. Malangnya saya sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia yang tidak ada gigi tidak mempunyai apa-apa pengaruh, jauh sekali berkuasa mengarah mana-mana agensi Kerajaan Amerika Syarikat, bahkan agensi Kerajaan Malaysia pun.

3. Apa yang dilakukan oleh Department of Justice Amerika Syarikat ialah bertindak ke atas mereka yang terlibat dengan pembersihan wang haram di Negara Amerika, bukan di Malaysia. Undang-undang berkenaan jenayah “money-laundering” di Amerika Syarikat amat ketat, tidak seperti di Malaysia, di mana Kerajaan berpuas hati jika 2.6 billion Ringgit yang ada dalam akaun pribadi Perdana Menteri dikatakan derma orang Arab. Pengakuan pihak yang disoal bahawa ia tidak melakukan apa-apa kesalahan memadai untuk menghalalkan pemilikan wang yang begitu banyak.

4. Tuduhan yang dibuat oleh DoJ tepat dan terperinci termasuk berlian berwarna merah jambu yang diberi oleh Jho Low kepada isteri Malaysian Official 1 (Perdana Menteri mengikut pengakuan Pengarah Komunikasi Strategik BN, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan), iaitu Rosmah Mansor.

5. Jho Low dan Riza Aziz sepatutnya pergi ke Amerika Syarikat untuk melawan tuduhan mencuri duit 1MDB. Tetapi mereka tidak berani. Pepatah Melayu berkata, “berani kerana benar, takut kerana salah.” Mereka bersembunyi di China dan Malaysia. Sekaligus ia menjadi pengakuan bahawa segala tuduhan DoJ adalah benar.

6. Seorang wanita cantik Australia, (Miranda Kerr) dan pelakon Leonardo DiCaprio sudah kembalikan hadiah yang diberi kepada mereka oleh Jho Low. Bila lagi Rosmah dan penerima-penerima rasuah di Malaysia akan kembalikan duit haram yang dicuri dari 1MDB, kepada rakyat Malaysia. Tetapi mereka muka tebal, tak tahu malu. Bila dituduh mencuri, mereka semua, Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO, hanya senyum.

7. Oleh itu tuduhlah saya, seorang yang tidak berkuasa, telah arah kuasa besar Amerika Syarikat membuat laporan palsu terhadap Najib, sahabat Obama dan rakan golfnya, Trump.

8. Hanya yang bangang sahaja yang akan percaya. Berkesan sungguh dedak yang di masuk ke dalam telinga, mata dan mulut oleh Najib, raja wang tunai.

1 comment:

  1. Jibon perlu digugurkan. Kegagalan 1MDB melaksanakan agenda pelaburannya adalah bukti jibon tidak cekap dan sangat lemah. La ni jibon hanya akan bergantung pada duit utk pastikan negara ini stabil. Sapa yg xdak duit dia akan beli. Sapa yang ada banyak duit dia akan juai segala apa yg ada. Itulah saja cara dia nak jaga ekonomi kita. Inilah jalan kepada pembentukan jurang yang sangat besar antara dua golongan yg miskin dan yang kaya. Serupa macam india, brazil, afrika dan sebahagian negara Eropah. Golongan miskin akan diperintah macam komunis supaya bergantung kepada macam2 jenis BR1M yg akan diujudkan. Manakala golongan kaya akan duk atas habiskan segala harta negara yg ada. Jenayah akan meningkat, masalah sosial dan kekeluargaan juga menjadi lebih kronik. Semoga tuhan melindungi kita semua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com