innity

pages

Wednesday, July 19, 2017

DEBAT TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI AL-MAKKI (TGSN) vs DR ROZAIMI RAMLE (DrRORA) - PRA DEBAT - 1

DEBAT TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI AL-MAKKI (TGSN) vs DR ROZAIMI RAMLE (DrRORA) - PRA DEBAT - 1
Assalaamu'alaikum wa rahmatulLaah.
(1) Tujuan posting ini daripada Al-Faqiir Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali adalah untuk memaklumkan bahawa Al-Faqiir telah menerima amanah untuk mewakili guru Al-Faqiir, Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki hafizhohulLaah wa qawwah di dalam isu perdebatan yang sehari dua ini sibuk diperbincangkan terutamanya di dalam media sosial antara beliau hafizhohulLaah wa ra'aah dan Dr Rozaimi Ramle hadaahulLaah wa 'afaa' anhu.
(2) Oleh itu, apa-apa perkembangan, cadangan dan keputusan rasmi daripada pihak Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki hafizhohulLaah berkaitan isu debat ini adalah melalui Al-Faqiir yang InsyaaAllah Al-Faqiir akan update dari masa ke semasa apabila perlu dan sesuai.
(3) Buat masa ini, Al-Faqiir pada hari Selasa 18-07-2017 jam 10:43 malam telah menerima mesej Whatsapp seperti berikut:
Salam alaikum Ustaz Engku
Saya Abu Hafiz, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ Malaysia) mewakili Dr Rozaimi Ramle.
Maaf menggangu, bolehkah saya bertanya? Adakah ustaz merupakan wakil kepada Syeikh Nuruddin al-Banjari seperti yang sy dimaklumkan oleh saudara Hanif untuk wacana bersama Dr Rozaimi?>>
(4) Saya baru berkesempatan jawab jam 3:14 ptg tadi 

Sebenarnya saya ada ikuti juga isu terbaru antara Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki hafizhohulLaah wa ra'aah dan Dr Rozaimi Ramle hadaahulLaah wa 'afaa' anhu melalui Facebook dan Whatsapp.
Beberapa perkara perlu dijelaskan terlebih dahulu.
(1) Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari tiada akaun Facebook dan tidak mengikuti sangat perkembangan di Facebook kecuali setakat yang dikongsikan kepada beliau oleh orang-orang/murid2 di sekeliling beliau. Jadi saya tidak pasti adakah pandangan beliau terhadap isu ini dilatarbelakangi oleh maklumat2 yang sama dengan maklumat2 yang melatarbelakangi pandangan Dr Rozaimi.
(2) Saya dihubungi oleh Ustaz Hanif, driver dan pembantu Tuan Guru Syeikh Nuruddin, dalam petang semalam (Selasa 18-07-2017). mengatakan saudara Abu Hafiz, Setiausaha Agung Pertubuhan Al-Qayyim Malaysia, sebagai wakil Dr Rozaimi Ramle ada menghubungi beliau untuk berbincang tentang cadangan debat antara Tuan Guru Syeikh Nuruddin dengan Dr Rozaimi. Beliau tiada pengalaman menguruskan perkara2 sebegini dan meminta pertolongan saya mewakili Tuan Guru Syeikh Nuruddin kerana mengenangkan saya ada pengalaman berkaitan program2 sebegini.
(3) Atas dasar menyumbangkan khidmat kepada Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari yang merupakan guru yang banyak membimbing dan mencurahkan ilmu kepada saya secara khusus dan kepada ummat Islam yang lain secara umum dan atas dasar membantu ummat Islam khasnya di Malaysia keluar dari kemelut kekeliruan akibat pertikaian antara tokoh2 agama, saya bersetuju untuk membantu.
(4) Oleh itu, permintaan / perbincangan dll berkaitan debat yang dicadangkan ini boleh disalurkan melalui saya dan saya akan bantu untuk sampaikan kepada Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari melalui pembantu2 rapat beliau dan begitu lah sebaliknya sebarang maklumat / permintaan / cadangan / persetujuan dsb daripada Tuan Guru Syeikh Nuruddin saya akan maklumkan kepada Abu Hafiz.
(5) Saya tidak menjangkakan komunikasi yang terlampau cepat kerana perlu ada relay messages melalui pembantu2 rapat Tuan Guru Syeikh Nuruddin dan kemungkinan perbincangan sebelum apa2 keputusan dibuat.
(6) Saya nampak tidak perlu juga kita terlampau rush kerana tujuan debat iniadalah untuk mencari dan menjelaskan kebenaran, jadi tidak perlu terlampau terburu-buru. InsyaaAllah kita usahakan yang terbaik agar debat yang dicadangkan dijayakan, sekiranya jadi nanti, dengan cara dan juga memenuhi syarat2 yang dipersetujui bersama demi kebaikan dan kefahaman ummat Islam secara umum, BUKAN sekadar untuk nampak menang, atau popular atau menggembirakan penyokong dan pengikut atau seumpamanya. Jadi ianya perlu dibincangkan dan diatur dengan cermat dengan meletakkan kepentingan kebenaran dan kebaikan ummat mengatasi kepentingan2 lain.
(7) InsyaaAllah untuk urusan debat ini, pihak saudara boleh hubungi saya sebagai wakil rasmi Tuan Guru Syeikh Nuruddin dan InsyaaAllah saya akan usahakan yang dirasakan terbaik untuk agama dan ummat.
(8) Cuma pada masa ini, ada sesuatu yang saya tertanya2 iaitu berkaitan satu posting Dr Rozaimi yang diviralkan di mana Dr Rozaimi memberitahu bahawa ada Jabatan Agama Islam Negeri yang ingin menganjurkan acara debat ini, tetapi kenapa pihak Pertubuhan Qayyim Malaysia pula yang ditugaskan untuk menghubungi pihak Tuan Guru Syeikh Nuruddin? Siapakah sebenarnya yang ingin menganjurkan program ini, Jabatan Agama Islam Negeri berkenaan atau Pertubuhan Qayyim Malaysia? Sekiranya Jabatan Agama Islam Negeri itu adalah JAIN Perlis, rasanya lebih baik mereka yang uruskan dan ini juga dapat memudahkan hasrat untuk merealisasikan debat ini di Negeri Perlis sebagaimana yang disebutkan oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin. Maaf, saya sekadar meminta kepastian kerana apabila Dr Rozaimi sebut Jabatan Agama Islam, saya percaya ramai seperti saya memahaminya sebagai Jabatan Agama Islam Negeri Perlis. Mohon penjelasan.
Syukran.>>
(5) Saya memohon kepada ummat Islam kesemuanya, baik yang cenderung kepada pendirian TGSN mahupun yang cenderung kepada pendirian DrRORA, agar mendoakan kebaikan daripada Allah SWT untuk ummat Islam kesemuanya, baik dari segi ilmu, kefahaman, keikhlasan dan perpaduan hasil daripada debat ini nanti insyaaAllah.
نسأل الله العفو والعافية والإخلاص والاستقامة والتوفيق والهداية

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com