innity

pages

Thursday, July 20, 2017

‘Ceteknya pemikiran KJ bila cakap soal sekolah SBP, vernakular’


Memberi syarat untuk menutup sekolah vernakular dengan dihapuskan terlebih dahulu sekolah berasrama penuh (SBP) menunjukkan ceteknya pemikiran Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ.
Ketua Biro Latihan Kepimpinan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, Menteri Belia dan Sukan itu bercakap tidak menggunakan logik dan fakta.
Lukman
“Logik kurang cerdik yang digunakan juga sebenarnya sekadar alasan murahan yang kerap digunakan oleh ahli politik UMNO dan Barisan Nasional kononnya untuk menjamin keharmonian negara, namun sebaliknya bertujuan menutup kelemahan mereka memperjuangkan agenda perpaduan negara dengan lebih agresif dan konsisten.
“Beliau kelihatan seperti mahu mencabar kontrak sosial, menggubal Perlembagaan Negara dan merombak identiti negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan mengiktiraf kedudukan istimewa bangsa Melayu. Adakah Khairy ingin negara kita jadi liberal sepenuhnya?,” soalnya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan KJ, yang mencabar untuk menghapuskan terlebih dahulu sekolah yang didominasi anak Melayu iaitu SBP jika mahu sekolah vernakular dihapuskan.
Ia susulan salah seorang daripada kira-kira 250 kakitangan Petronas yang hadir pada sesi dialog TN50x baru-baru ini menyatakan keinginannya terhadap sebuah negara yang bersatu padu dan antara cara paling berkesan mencapainya ialah menghapuskan sistem persekolahan vernakular.
Mengulas lanjut Lukman berpandangan, sistem sekolah satu aliran amat realistik dan praktikal untuk dilaksanakan.
Cuma katanya, kerajaan yang memerintah takut melaksanakannya demi menjaga hati dan kepentingan pihak-pihak tertentu.
“Bahkan, antara faktor terbesar kegagalan integrasi kaum di Malaysia adalah disebabkan kewujudan sistem sekolah vernakular,” katanya. - ismaweb

2 comments:

  1. Inilah produk hasil keluaran umno najib berjenama khairi jamban setaraf dengan jamal jamban si ikan tongkol.

    Amat mengharukan apabila dua2 ekor ni berebut jawatan ketua
    pemuda umno.

    Kedua dua ini adalah hasil produk najib umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Statement ko tak ubah macam lendir dari celah ketiak

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com