innity

pages

Saturday, July 29, 2017

BILA ULAMAK BERGADUH...ustaz wahabi vs ustaz Ahli Sunnah Wal Jamaah?



Tulisan: Syahril A. Kadir

BILA ULAMAK BERGADUH...

SEJAK akhir-akhir ini aku tengok berlaku perbalahan serius di antara beberapa orang ulamak terkenal tanah air. Paling merisaukan, perbalahan itu berterusan di kalangan pengikut mereka masing-masing.

Ledakan media sosial menjadikan perbalahan itu semakin merebak dan sampai satu ketika semacam dah tak dapat dikawal!

Paling menyedihkan, dah berlaku tuduh-menuduh secara terbuka.


Ustaz ini dikatakan Wahabi, ustaz itu dilabelkan sesat, ustaz ini dikaitkan dengan hadis palsu, ustaz itu dipanggil penipu dan macam-macam lagilah. Paling tragis ada yang sampai ke peringkat kafir-mengkafir!


Semuanya gara-gara perbezaan pendapat.


Mangsanya ialah masyarakat.


Kita yang dahagakan ilmu agama ini akhirnya menjadi semakin keliru kerana ulama yang kita harapkan dapat membimbing kita, rupa-rupanya orang yang sama dok berbalah sakan dengan ulama yang lain, iskh!


Kita faham ada benda yang kita tak boleh tolak ansur seperti bab akidah, tetapi kalau melibatkan hal berkaitan syariah, hukum-hakam yang masih ada ruang khilaf, apasalahnya pada pendakwah dan ulama kita bertoleransi sedikit selagi semuanya berlandaskan dalil. Jangalah cepat sangat nak keluar hukum orang itu berdosa, orang itu sesat etc.

Pengikut pula janganlah taksub sangat pada ustaz-ustaz mereka seolah-olah kebenaran mutlak hanya ada pada mereka, sampai orang lain langsung takde peluang beri pandangan atau pendapat.

Serius, aku makin risau dengan perbalahan yang makin ketara ini kerana akhirnya yang menang, adalah 'musuh-musuh' kita di luar sana yang memang tak sabar nak tengok kita berpecah-belah...lebih depa suka bila benda yang remeh temeh pun kita sampai nak bertumbuk!

Di situ saja musuh-musuh kita dah tahu, separuh kemenangan dah pasti dalam genggaman!

1 comment:

  1. Fathul bari tu penasihat agama najib. Tu pasai najib tu berani buat macam2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com