innity

pages

Friday, July 21, 2017

[BABI] Tak kan menteri nak jadi ORANG TERAKHIR masuk Syurga?


PEDANG hairan kadang-kadang pemimpin berpangkat menteri hanya pandai cakap, pandai beri arahan saja. Ya la! Memang mereka layak beri arahan, tapi biarlah arahan dan bercakap jangan separuh sahaja.
Maksud Pedang, bagi arahan mulut sahaja, tapi tidak memastikan tindakan selanjutnya. Kalau setakat minta penguatkuasa kita supaya lebih tegas bertindak terhadap sebarang kesalahan, Pedang rasa memang sesetengah mereka tegas sekarang, terutama jika membabitkan isu berkaitan Islam.
Malaysia negara Islam bukan liberal seperti dakwaan sesetengah pihak. Bukan negara sekular seperti yang dikehendaki sesetengah pihak. Tetapi negara Islam.
Dengan itu, apa sahaja yang dibawa masuk ke Malaysia jika untuk kegunaan umat Islam, terutama makanan mestilah halal. Dapat Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pedang rujuk kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang meminta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) melakukan penguatkuasaan lebih tegas dan cekap terhadap kemasukan makanan import bagi mengelak sebarang masalah.
Beliau berkata, penguakuasaan yang tidak tegas dan cekap boleh menjurus kepada penganiayaan terhadap pengguna, terutama umat Islam jika barangan tidak sepatutnya terlepas ke pasaran.
“Kita tahu akan ada yang akan ambil kesempatan, kali ini MAQIS dapat buat rampasan tetapi yang akan datang mungkin akan bolos kalau tidak ada pengawalan yang kemas dan rapi. MAQIS perlu memikirkan sistem supaya tidak ada lagi kontena yang terlepas,” katanya.
Pedang hanya ingin bertanya. Adakah siasatan sudah dijalankan terhadap syarikat pengimport? Sudah berapa lama syarikat itu mengimport daging kambing dan babi dari Sepanyol? Apa tindakan terhadap syarikat itu?
Adakah syarikat dari Sepanyol itu mempunyai Sijil Halal untuk memproses daging kambing yang dieksport ke Malaysia? Atau hanya syarikat Malaysia yang membawa masuk daging kambing itu sahaja yang ada Sijil Halal.
Memang lah bukan kerja menteri untuk pergi siasat. Tapi, menteri bertanggungjawab bukan saja sehingga peringkat bawah, tapi nanti kena soal banyak di akhirat. Tak kan menteri nak jadi orang terakhir masuk Syurga?
Kadang-kadang Pedang kesian juga kepada pegawai penguat kuasa kita, syarikat-syarikat Bumiputera kita. Mereka dah jalankan tanggungjawab setakat yang termampu, tapi ada menteri yang hanya pandai cakap terus hentam. Kalau menteri kena hentam memang layaklah.
Kita tak tahu dah berapa lama kejadian daging kambing dan daging babi dicampur sekali dalam kontena, sehinggalah pemeriksaan oleh MAQIS di Pelabuhan Tanjung Pelapas, baru-baru ini.
Nampaknya umat Islam di Malaysia kena lebih hati-hati juga mahu membeli daging kambing yang diimport. Jangan hanya bila lihat ada tanda halal terus beli. Mana tahu tanda halal itu dilekatkan oleh syarikat pengimport di Malaysia, tapi yang memproses, termasuk menyembelihnya tak ada Sijil Halal.
Kata Pedang: Lebih baik makan daging kambing tempatan. Ramai orang Melayu dan Islam yang memelihara dan menjual kambing. Mahal sedikit tak apa asalkan sudah pasti HALAL! Lagipun, wajib kita beli daripada peniaga Islam daripada orang kafir.
- ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com