innity

pages

Sunday, June 11, 2017

[VIDEO] Samseng KAWAL Bazar Ramadan


Saat-saat cemas di Bazar Ramadan Kluang petang tadi apabila rombongan Pakatan Harapan pimpinan Sdr Liew Chin Tong yang hanya mengedar kurma dikasari sekumpulan samseng dipercayai juak UMNO. Chin Tong dikasari sehingga terpelanting cermin matanya. Bukankah Ramadan bulan mendidik kesabaran dan membersihkan jiwa? Lihat sendiri video ini dan nilaikan sikap mereka.



Saya berasa amat kecewa dan sedih dengan insiden Ahli Parlimen Kluang, YB Liew Chin Tong, yang dimarahi dan dihalau oleh beberapa orang individu ketika beliau dan pasukannya sedang mengedarkan buah kurma kepada umat Islam yang mengunjungi bazar Ramadhan di Kluang, Johor semalam. 

Walaupun bukan seorang yang beragama Islam, beliau sepatutnya tidak dihalang daripada berbuat demikian apatah lagi dimarahi dengan kata-kata kesat. Lebih-lebih lagi beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang mana menjadi tanggungjawab beliau untuk mendekati masyarakat di kawasannya tanpa mengira kaum dan agama.

Malah, setiap orang yang beragama Islam sepatutnya menampilkan akhlak Islam yang sebenar. Islam tidak mengajar umatnya untuk bertindak kasar kepada sesiapapun. Malah, Islam menuntut umatnya supaya bersikap rahmah atau mengasihi sesiapa sahaja. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
الراحمون يرحمهم الرحمن ارحموا من فى الارض يرحمكم من فى السماء
Yang bermaksud:
Allah menyayangi orang-orang yang penyayang. Sayangi olehmu sesiapa sahaja yang ada di bumi, maka engkau akan disayangi oleh Dia di langit.

Dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, penting untuk kita memupuk semangat perpaduan dan saling hormat menghormati antara sesama insan walaupun berbeza kaum, agama dan fahaman politik. Menghormati sesama manusia adalah tuntutan Islam yang utama dan sebagai umat Islam sewajarnyalah kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Saya berdoa mudah-mudahan kita beroleh rahmah dan maghfirah Allah di bulan Ramadan yang mulia ini.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden

Parti Pribumi Bersatu Malaysia
11 Jun 2017

11 comments:

  1. Kalau umno beri aku ambil, pas beri aku ambil inikan pula kalau DAP beri kurma percuma.

    Sama juga prinsip PRU akan datang,

    Umno beri aku ambil, pas beri aku ambil, tiba hari mengundi, aku pangkah pakatan HARAPAN dimana Tun dan TSMY mengetuai parti pembangkang.

    Cukup2lah nama umno, bn dan pas, dah luput tarikh, hidup mereka kaya raya, rakyat diabaikan, ditindas dan dizalimi, sudah tiba masanya rakyat memberi mandat dan menghirup nafas baru, segar, nyaman kepada gabungan pakatan harapan ini.

    Pastikan kita undi parti pakatan harapan sahaja.

    ReplyDelete
  2. Mati lebur lahar neraka najib balaci umno bn...mati..kau najib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bangang...tngk la video tu...ko x nmpk ke org rejek pakatan tu...

      Delete
    2. Itu Pahlawan Umno oleh sebab dapat upah dulu mereka lawan....

      Delete
  3. Mengaku imam tapi perangai dan akhlak tak macam imam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, perangai Macam Iblis, sapala nak jadi makmum kalau imamnya macam ni.

      Delete
  4. SIFIR MUDÀH DI PRU 14 NANTI
    PILIH CALON BUKAN PARTI
    MCA GERAKAN PAN PKR MIC
    TOLAK SAJA CALON INI
    PASTIKAN ISLAM MAJORITY
    CAP BUNGA BLOM PRU DAH BUBAR PARTI


    KIKIKIKIKI.....

    ReplyDelete
  5. Amalan tidak selaras dengan ajaran agama.

    ReplyDelete
  6. Si kurus kering berkopiah dgn si botak tua ni puasa ke tidak?? apasal gangster sangat?? ni takde lain la,,, ni hasil acuan UMNO la jadi camni...... Jamal yunus, geng baju merah, mat over semua same je..... Macai UMNO

    ReplyDelete


  7. Mana ada China yang mau jadi barua Melayu.... Hanya Melayu yang sanggup jadi narua China.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mca melayu. Gerakan melayu. PPP melayu.
      Mic melayu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com