innity

pages

Monday, June 12, 2017

[SERANG BALAS] Nazri ucap terima kasih pada Sarawak kerana KELUAR


Datuk Seri Nazri Aziz menganggap keputusan mengejut Sarawak menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia hari ini tidak ada kaitan dengan pertikaian antara beliau dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Sebaliknya, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, beliau bersetuju dengan keputusan Sarawak itu memandangkan semua pejabat Lembaga Pelancongan Malaysia di seluruh negara ditutup sejak Januari lalusebagai langkah mengurangkan kos kerajaan.
Selain itu, katanya, ia bagi mengelak pertindihan kerja dengan agensi-agensi negeri dalam mempromosi pusat pelancongan di negara ini.
"Saya berterima kasih kerana kerajaan Sarawak memahami apa yang saya lakukan dengan menarik balik wakilnya.
"Apa yang mereka lakukan (hari ini) selaras dengan apa yang saya lakukan,” katanya kepada Malaysiakini.
Sarawak mengumumkan menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri berpendapat penyertaan dalam lembaga itu mempunyai pertindihan tugas serta peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.
Keputusan berkenaan diumum sehari selepas Nazri menggelar Abdul Karim sebagai menteri "setahun jagung".
Kenyataan Nazri itu dibuat sebagai reaksi beliau kepada gesaan Abdul Karim agar kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos depan.
Sementara itu, Anggota Parlimen Padang Rengas itu turut berjanji bahawa kementeriannya untuk terus menggalakkan pelancongan Sarawak kerana negeri itu masih sebahagian daripada Malaysia.
"Saya akan mengisi kekosongan ditinggalkan dengan Ketua Pengarah Imigresen kerana Jabatan Imigresen merupakan sektor yang sangat penting dalam pelancongan," katanya.

1 comment:

  1. Bkn isu keluar dr tourism board skrg ni tp isunya kenapa nazri punya kata2 terlalu biadap pd wakil bn sarawak..dia blh saja panggil menteri sarawak tersebut berbincang bkn ckp dkt media dgn cara kurang ajar tersebut..apa erti lama dalam politik lama sbg menteri klu adab kosong..beginikah cara menteei kononnya senior layan rakan bn yg lain..klu tak kerana undi bn sarawak si sombong ni pun xkan jd menteri..ini bodoh sombong namanya..dapat menantu artis bkn syarat blh belagak...kesimpulannya padang rengas senior dr segi menjadi menteri tp terlalu rendah adab sebagai menteri..semoga kalah pru 14 buat org bongkak sebegini..samseng la sgt..ingat org swak xleh jd samseng ke..pundek lu nazri..tak layak jd menteri xlayak panggil datuk dan sebagainya..samseng xguna..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com