innity

pages

Thursday, June 22, 2017

[SEDIH atau GEMBIRA?] HARI RAYA TERAKHIR buat Umno-BN


Hari raya terakhir buat Umno-BN

Besar harapan rakyat Malaysia untuk melihat negara tercinta ini dapat dibina semula dalam segenap aspek yang telah dan sedang dinodai Umno-BN. Perubahan besar ini jelasnya perlu dirasai dan dilakukan bersama segenap rakyat dan kepimpinan Pakatan Harapan.

Pilihan raya ke-14 yang bakal tiba dalam masa terdekat dan mungkin sahaja selepas hari raya akan menjadi peluang sekali lagi kepada rakyat untuk menolak parti rasuah Umno-BN kali ini.

Kehendak rakyat untuk melihat negara ini bersih daripada rasuah perlu diutamakan.

Pertembungan kali ini jelas adalah untuk rakyat Malaysia menolak kerajaan yang dipimpin oleh parti rantai berlian merah jambu dan dipimpin oleh orang yang kononnya 'menerima derma' dari sheikh Arab.

Penguasaan Umno-BN yang terlalu lama dalam pentadbiran Malaysia telah menyebabkan mereka terus bersuka-ria mencuri wang rakyat (kleptokrasi).

Pelbagai penyelewengan dan manipulasi institusi penting rakyat berlaku sehingga 'jerung' terus selamat.

Sikap peguam negara yang terus berdiam diri dengan pelbagai bukti jelas Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat terhadap penyonglapan kewangan yang berpunca daripada wang 1MDB, yakni wang rakyat Malaysia.

Hidup Melayu! Kita mahu Melayu selaku kaum terbesar di Malaysia pada hari ini punyai jati diri yang kuat dengan mengangkat nilai integriti dan seterusnya menolak rasuah serta perasuah yang memimpin negara ini.

Hidup Islam! Kita mahu Islam terus dipertahankan supaya akidah tidak terpisah dengan akhlak dan tadbir urus.

Juga amat mustahak sekali gus Islam terserlah sebagai rahmatan lil a'lamin. Islam memberi kasih sayang dan keamanan kepada semua makhluk ciptaan-Nya.

Pembawaan politik kaum dan anutan agama yang sempit perlu dibanteras agar Malaysia dapat membangun dengan nilai bangsa dan agama yang lebih inklusif dan rahmat kepada semua rakyat Malaysia.

Juga lebih utama pada hari ini ialah bagaimana untuk kita jadikan negara ini bersih dari rasuah?

Bagaimana duit poket rakyat setiap hari dapat ditingkatkan?

Bagaimana kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan? 

Bagaimana masalah pengangguran anak muda dapat diatasi?

Bagaimana untuk memastikan rakyat dapat berteduh di teduhan yang selesa dan tidak membebankan?

Justeru, usaha untuk menjadikan negara ini maju dan bertamadun hendaklah digerakkan bersama-sama seluruh rakyat, NGO dan parti politik dalam mendepani kerajaan perasuah yang telah mencuri berpuluh bilion wang rakyat.

MOHAMAD SABU
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)

11 comments:

  1. who is mat sabu?

    ReplyDelete
  2. Macamlah dia tu bagus sangat. Dalam PAS dia ni ulamak pun tidak Umarak pun tidak lebih layak sebagai Pak Lawak Sarkas.

    ReplyDelete
  3. mimpi basah tengah hari bulan puasa

    ReplyDelete
  4. Kesian bang màt..màti dlm berangàn

    ReplyDelete
  5. Amin ya aklah makbulkan doa kami pakatan harapan..aminnya robbalalamin..

    ReplyDelete
  6. Tak akan tercapai impian kita sbb kaedah altetnatif masih di takuk lama. Selagi pemimpin yg berhajat nak tumbangkan BN guna cara Anwar ibrahim kita tak akan berjaya.

    Tun M pun tak yakin nak guna cara yg luar dari kotak lama.

    Cara patriotik dan berjiwa pajlawan melayu lebih diterima orang melayu dan akan membina kekuatan baru yg luar biasa.

    BERSATU + PAS+ PkR. Tanpa parti cina dan india.

    Kekuatan ketiga tiga parti ini akan dihormati DAP dan parti bukan melayu yg lain kerana bersatu padu bangsa melayu melawan penyelewengan dan mahu bina kuasa melayu baru.
    Kawan dan lawan akan hormati bila imej penyatuan melayu dan perjuangan suci.
    Kalau parti bukan melayu mahu sertai atau sokong gabungan melayu ini akan wujud rasa hormat dan patuh kpd perlembagaan negara. Bukan dgn cara sekarang yg akan mengakibatkan kita menang pun jadi abu.
    Cina dan india akan buat permintaan menggila bila kita menang, mrk akan tuntut pelbagai dan kita pila terpaksa gadai pelbagai hatta agama dan bangsa jd taruhan.

    ReplyDelete
  7. Bila pulak Amerika bg bukti?

    ReplyDelete
  8. AMAT GEMBIRA...sebab PAKATAN HARAPAN akan tinggal harapan.. UMNO dan BN tetap akan menang.. Tunggu dan lihat.. Kalau tak arif politik dan perkembangan semasa..jangan jadi pakar atau ahli nujum..Kaji dan selidik setiap aspek dulu..terutama kesan jika PH berkuasa..[Kaji Perlembagaan DAP]..kalau UMNO & BN tu rasuah, jom ubah dalaman tu samada perlahan atau agresif..bukan ubah PARTI yang belum tentu berjaya , malah takkan beri hak apa-apa lagi nak bersuara..

    ReplyDelete
  9. Semua parti sama je nk kebas duit negara...tkda parti yg jujur pun.ckp besar bila di blkg, bila dah berkuasa lupa segalanya

    ReplyDelete
  10. Who is hadi awe
    Ore tua riak dan takbur bermulut cabul
    Orang mcm ni nak jaga malaysia
    Hancuss..

    ReplyDelete
  11. Siasat forex nak takut kan tun mm..
    Najib rosmah yang takut dan hacur...terburai skandal kewangan negara...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com