innity

pages

Thursday, June 1, 2017

[PAS BUKAN AGAMA] Dulu PAS Kafirkan UMNO kerana Tak Benarkan Politik di Masjid, "Politik Suku Agama Suku"


Kata Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, semua pihak terutama Ahli Parlimen bukan Islam tidak seharusnya menyalahgunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik.

"Kalau dia pergi sebagai seorang wakil rakyat bagi saya itu tak jadi masalah...(tapi) tak sepatutnyalah kalau guna untuk (tujuan) politik,” katanya.

Aikkk...tak boleh pulak?
Bukankah sejak berpuluh tahun lamanya sebelum ini Pas sudah menggunakan masjid sebagai pentas untuk ceramah politik, termasuk khutbah Jumaat di negeri-negeri tertentu juga dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan politik dan menyerang kerajaan?

Untuk menghalalkan tindakan itu, Pas sebaliknya selalu berkata bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.

Kenapa pula sekarang Pas kata masjid tidak boleh digunakan untuk ceramah politik?

Sudah tukar ke? 

Bagaimana pula dengan masjid dan surau yang masih dikuasai Pas di negeri-negeri tertentu sekarang ini, adakah mereka sudah benar-benar berhenti menggunakannya sebagai pentas politik?

Atau cakap lain, tapi buat lain? (ShahbudinHusin 01/06/2017).

3 comments:

  1. semua sama sahaja, itulah politik, vise versa.

    ReplyDelete
  2. Dulu pas menggunakan maajid dan surau untuk kepentingan mereka termasuk khutbah jumaat....seolah-olah pas adalah agama....jika tolak pas sama saja tolak islam...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com