innity

pages

Tuesday, June 20, 2017

Menteri yang Bentang di Parlimen, KASTAM pula DISALAHKAN


GST KE ATAS 60 BARANG MAKANAN DIBENTANGKAN KEMENTERIAN KEWANGAN, KINI MENTERI CUCI TANGAN

Saya terkejut membaca satu berita yang dilaporkan BERNAMA (dilaporkan kembali Malaysiakini di capaianhttp://www.malaysiakini.com/news/386158) yang memetik kenyataan Dato’ Seri Johari Ghani yang memberi gambaran keputusan menguatkuasakan kutipan GST ke atas 60 barang makanan adalah tindakan tergopoh gapah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja yang tidak dirujuk kepada Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

Saya bersimpati dengan Ketua Pengarah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja serta seluruh kakitangan jabatan yang dengan terang-terang dikambing hitamkan atas keputusan yang tidak popular itu.

Sedangkan usul untuk meluluskan cadangan mengenakan GST ke atas 60 barang makanan itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan sendiri di sessi Dewan Rakyat yang lalu. Saya ingat kerana saya berada di dalam Dewan Rakyat ketika Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Othman Aziz bangun membentangkan usul tersebut.

Untuk makluman orang ramai, proses untuk mewartakan senarai barang baru yang dikenakan GST adalah seperti berikut:

i. Akta Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 melalui subseksyen 17(5), subseksyen 18(3), subseksyen 56(2), subseksyen 160(2), subseksyen 163(2) dan subseksyen lain memberi kuasa kepada Menteri Kewangan menukar kadar standard GST (dari 6% ke kadar-kadar lain) serta mewartakan senarai barang baru yang dikenakan GST setiap tahun

ii. Menteri Kewangan akan membawa usul ke Dewan Rakyat untuk meluluskan agar cadangan senarai baru yang hendak dikenakan GST itu diluluskan menjadi Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan; yang setelah diluluskan Dewan Rakyat menjadi kertas statut

iii. Setelah menjadi kertas statut, maka menjadi tanggungjawab Jabatan Kastam dan Eksais menguatkuasakan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan itu melalui pewartaan dan melaksanakan kutipannya

Sebab itu, adalah tidak bertanggungjawab bagi Dato’ Seri Johari Ghani menyalahkan Jabatan Kastam dan Eksais sedangkan Kementerian Kewangan yang pandai-pandai membentangkan dan mendapat kelulusan untuk mencukai 60 barang makanan ini.

Perkara ini dapat disahkan melalui dokumen-dokumen rasmi Dewan Rakyat seperti berikut:

1. Usul oleh Menteri Kewangan untuk meluluskan cadangan mengenakan GST ke atas 60 barang makanan ini dimasukkan di dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat bertarikh 4 April 2017 yang saya sertakan bersama.

2. Usul tersebut disenaraikan sebagai usul 6 yang berbunyi (rujuk Aturan Mesyuarat):

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 17(5), subseksyen 18(3) dan subseksyen 56(2), subseksyen 160(2), subseksyen 163(2), Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 supaya Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai Kertas statut, bilangan ST.17/2017, ST.18/2017, ST.19/2017, ST.20/2017 dan ST.21/2017 disahkan.”

3. Usul ini dibentangkan oleh Dato’ Wira Othman Aziz, Timbalan Menteri Kewangan seperti yang terkandung di dalam Hansard Dewan bertarikh 4 April 2017 yang disertakan bersama (rujuk mukasurat 209 Hansard Dewan yang mengesahkan Timbalan Menteri Kewangan membentangkan usul ini)

4. Timbalan Menteri Kewangan secara khusus menghuraikan mengenai barang-barang makanan yang akan dicukai seperti laksa kering, kue tiaw kering dan mi kuning kering seperti laporan Hansard Dewan di mukasurat 212 yang saya lampirkan bersama

Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan dan Dato’ Seri Johari Ghani sebagai Menteri Kewangan II perlu bertanggungjawab ke atas keputusan mengenakan GST kepada 60 barang makanan, walaupun ditarikh balik di saat akhir.

Adalah sangat tidak bertanggungjawab dengan mencuci tangan dan menyalahkan Jabatan Kastam dan Eksais setiap kali keputusan kerajaan mengutip GST dibantah rakyat, kerana keputusan mengutip GST itu datangnya dari Menteri Kewangan dan hanya dilaksanakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais.

Saya mengesyorkan Dato’ Seri Johari Ghani meminta maaf kepada seluruh kakitangan Jabatan Kastam dan Eksais di seluruh negara.

Dokumen sokongan dan rujukan boleh didapatkan di blog saya: http://rafiziramli.com/


RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

13 comments:

  1. Nk buat mcmne.. mnteri2 smua bodo.. CM pelajarn taraf SRP jer..

    ReplyDelete
  2. Nk buat mcmne.. mnteri2 smua bodo.. CM pelajarn taraf SRP jer..

    ReplyDelete

  3. Pemandu bas ada membawa penumpang dan tokey bas bersama dlm satu perjalanan.... Sampai pada satu kawasan banjir kilat, pemandu nak redah juga banjir takut lewat sampai tetapi tokey bas minta tangguh dulu sementara banjir surut....

    Dalam halal ini tidak sesiapa pun bersalah pemandu Dan tokey kedua2nya betul. Dan tokey bas tidak sama sekali mempersalah kan pemandynya. Itu saja ceritanya.

    ReplyDelete



  4. Hairan sungguh, Rafizi nampaknya menyokong GST di kena ke atas barang makanan.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni terencat akal ke apa???

      Kau ni reti baca tak???

      Kau sekolah mana dulu???

      Delete
    2. nampak sangat bendul kau ni.... ahli umno tak pun pentaksub jadi ni..

      Delete
  5. Rakyat Malaysia termasuklah pemakan dedak haram yg sokong bijan..

    Ingatlah..ini merupakan warning sign kepada kita semua. Ini bukti bahawa jika mereka menang lagi selepas ini..kemungkinan besar ia akan dilaksanakan. Tidak mustahil juga gst akan dinaikkan.

    Jika anda suka dicukai..silakan undi mereka lagi. Sekian

    ReplyDelete
  6. Sudah sudahlh cai2 pakatan haprak woii. ayat lapiji lamli si sotong jugk yg korg pakai. korg dh xde hero lain ke dlm PH ni. kata hebat sgt. check mate.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu..dlm BN sape heronya...cuba bagi tahu..boleh standby nak Gelak....

      Delete
    2. Jamal jamban kot? Kah kah kah...hero kebanggaan pencacai umno aka pembela jo lo...wakakaka

      Delete
    3. rafizi tu budak cerdik... cakap dia berfakta bukan mcm komen kau yg bagang tu.
      vkp org sotong jgn2 kau yg bapok tadah bontot kasi bangla tutuh...

      Delete
    4. Banyak wooo hero umno ..mat maslan ..rahman dalang ..salleh biawak ..nazri pondan ..banyak woo ..

      Delete
  7. Bekas timbalan menteri dan ahli parlimen jerlun ni memang bebal. Tak sedar diri dulu menang pun org tolong. Kalau fah bodoh ..buat macan mana pun jadi lebih bodoh. Warga kastam akan jadi lagi bodoh kalau masih sokong kerajaan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com