innity

pages

Saturday, June 10, 2017

Mengekalkan BN YANG PADU lebih bahaya daripada MEMILIH PH YANG TIDAK BERSATU


Kata mereka yang ragu, Pakatan Harapan tidak boleh dipilih sebagai kerajaan kerana tiada parti yang dominan dan tidak tahu siapa ketua dalam gabungan itu.

Juga kata yang ragu, Pakatan Harapan tidak boleh jadi kerajaan yang baik kerana mereka selalu berbalah dan sukar mencapai kata sepakat, waima dalam perkara yang mudah.

Lagi kata yang ragu, Pakatan Harapan adalah gabungan yang tidak kukuh dan tidak mungkin mampu memberi khidmat yang baik kepada rakyat.

Lagi-lagi kata yang ragu, lebih baiklah kita kekalkan UMNO dan BN daripada memilih Pakatan Harapan yang selalu celaru serta tidak keruan hala tuju.

Benarkah begitu?

Pemilihan kerajaan adalah berkaitan kehidupan masa depan. Baik kerajaan yang dipilih, maka terang dan terbukalah laluan untuk membina kehidupan.

Jika masih ada yang sukar dan ragu dalam membuat pilihan dalam pilihanraya akan datang, pertimbangkan dulu fakta-fakta ini:-

- siapa yang hilangkan duit rakyat dalam kes 1MDB dan rakyat menanggung bebannya?

- siapa yang mencekik poket rakyat dengan cukai GST sambil menabur janji "harga barang akan turun kerana GST"?

- siapa yang mengurangkan bajet pendidikan dan kesihatan?

- siapa yang menyebabkan ekonomi merudum dan angka-angka yang selalu ditunjukkan hanya bagai jenaka, sedangkan rakyat tidak merasa apa-apa?

- siapa yang menghapuskan subsidi atas nama rasionalisasi?

- siapa yang menyerah banyak kontrak, menjual tanah, pelabuhan dan segala macam yang lain kepada China?

- siapa yang menyebabkan kehidupan dan poket rakyat terus terjejas, tetapi yang diberi bukan penyelesaian, sebaliknya cuma dekoder untuk melekakan?

- siapa yang menyebabkan hutang negara mencecah hampir 1 trilion sehingga setiap bayi yang lahir, bukan cahaya kehidupan, tetapi hutang yang lebih dulu menunggu?

Adakah Pakatan Harapan yang celaru dan tidak bersatu melakukan semua perkara di atas itu?

Apa guna memilih BN yang lebih bersatu dan padu, tetapi mereka juga "bersatu dan padu" dalam merompak kekayaan negara dan meninggalkan sengsara buat rakyat jelata?

Bayangkan pula akan berlaku seterusnya jika BN yang "bersatu dan padu"  itu dikekalkan lagi kuasanya?

Pakatan Harapan, ambil saja contoh di Selangor dan Pulau Pinang, sebelum menang pada piliharaya 2008 dulu, memang mereka tidak menamakan siapa jadi bakal jadi ketua dan bagaimana bentuk kerajaan yang akan dibina.

Tetapi, lihat bagaimana hasilnya hari ini?

Adakah rakyat Selangor dan Pulau Pinang lebih derita?

Bandingkan pula dengan Kedah, Negeri Sembilan atau Melaka misalnya, adakah ketiga-tiga negeri itu terlalu berbeza dengan Selangor dengan Pulau Pinang?

Berapa rezab yang ada di negeri-negeri berkenaan dan berapa bonus yang mampu mereka bayar untuk kakitangan awamnya?

Hakikatnya, memang Pakatan Harapan ada masalah tertentu dan tidak sebaik BN dari segi bersatunya mereka, tetapi apabila kuasa diperolehi, mereka tahu bagaimana menguruskannya dan keutamaan terhadap rakyat tetap agenda nombor satu.

Lebih-lebih lagi Pakatan Harapan juga mempunyai ramai barisan pemimpin yang berpengalaman yang jauh lebih dipercayai berbanding Najib Razak dan Zahid Hamidi dalam menguruskan negara ini.

BN memang dilihat bersatu, tetapi mereka juga bahaya kepada masa depan rakyat. Pakatan Harapan mungkin kurang berpadu dan ada masalah tertentu, namun tidak bersatu dan kurang berpadunya mereka itu menyebabkan mereka tiada masa untuk merompak harta dan kekayaan negara. (ShahbudinHusin 10/06/2017).

7 comments:

  1. Memang sekali fikir mcmtulah logik akal dan emosi. BN penuh skandal dan makin mereput. Ma nvm akala PH nampak bersih dan suci. Tp ingat! BN 40 tahun lampau juga nampak suci bersih dan perjuangan mertabatkan melayu, mertabatkan agama, dipenuhi guru agama dan guru akademik. Tpbila negara dilimpahi minyak dan sumber bumi peminpin kemudiannya bertukar dan yg menggantikan semuanya tamak dan kosong jiwa perjuangan melayu dan islamnya.

    Nah! Sekarang PH. Cuba fikir PH siapa dan.parti apa? Tiada langsungbjiwa melayu dan agama. Mereka dipenuhi parti2 yg mendoking liberal dan anti Islam. Malah ada yg anti hak melayu. Bayangkan 40 tahun akan datang. Bagaiamana rupa mereka ini pula akan berubah? Wadah parti tonggaknya selarti PKR dan DAP yg bukan jadikan melayu agenda dan agama perjuangan. Kemudian akan Diganti pula oleh generasi pemimpin yg mcmna agaknya? Mana perjuangan melayu? Mana perjuangan Islamnya? Bagaimana rupa haloba dan kerakusan mrk agaknya?

    Jalan selamat ialah dengan berjuang buat perubahan pd parti UMNO atau dlm PAS. Sbb mrk masih ada sikit2 nilai perjuangan melayu dan Islamnya. Bukan dlm PH yg bercelaru.

    Yang paling membimbangkan Musuh bangsa melayu membiak dlm DAP dan PKR. Musuh melayu dan Islam menggunakan wadah parti2 ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5.24pm
      Dah terlambat bro.
      Pru 14 kita ubah.
      Yang kelepet tu bukan dap bukan pkr.
      Siapa?

      Delete
    2. YOLO TU ,KAWE SERO LAGU TU JUGOK.

      Delete
    3. Hidup lah dgn sifat perkauman hang yg menebal tu...
      Yg dok pelingkop negara skrg ni siapa....melayu mcm hang dgn aku la...

      Delete
    4. KORANG YAKIN BILA PH MEMERINTAH,DIORANG X KELEPET DUIT NEGARA?SEKARANG BOLEH LAH TABUR JANJI.JANJI SEMUA MANIS BRO.BILA DH BERKUASA, JANJI MANIS JADI KELAT SEBAB X DIKOTA..SEKARANG NI PUN DIORANG DAH TUNJUKKAN BELANG KAT KITA.. KITA DOK SANJUNG BANGSA LAIN NI DENGAN ALASAN 'DEPA WALAUPUN BUKAN MELAYU, TAPI X KELEPET DUT RAKYAT'.ORANG TU X BERKUASA LAGI MEMANG LA X KELEPET.CUBA BILA DAH BERKUASA NANTI,SILAP2 10 KALI LAGI RAKUS DARI YANG DOK ADA SEKARANG NI.JANGAN LEPAS DARI MULUT RIMAU, MASUK KE MULUT BUAYA.KORANG NAK TEST DUDUK DI BAWAH PEMERINTAHAN PH?BERINGAT SIKIT, LIMA TAHUN NAK TUNGGU KALAU NAK UNDI BN SEMULA..DALAM MASA LIMA TAHUN TU MACAM2 BOLE JADI.SILAP2 HANG MELINGKUP KAT MANA PUN X TAU.TAPI JANGAN SALAH FAHAM, WALAUPUN AKU SOKONG BN TAPI AKU X SOKONG YANG DOK TERAJU BN LA NI.HARAP2 KALAH LA DIA DI TEMPAT DIA SUPAYA ORANG LAIN DAPAT JADI PM,AMIN.

      Delete
  2. SIAPA NAK JADI PM PAKATAN HARAPAN PUN JENUH DOK BEREBUT, NAK SOKONG LAGI KA???

    INGAT TUKAR KERAJAAN ,MACAM TUKAR BAJU KA??

    ReplyDelete
  3. sokonglah PH, Pelingkup Hidup kita..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com