innity

pages

Monday, June 26, 2017

Marah Minta Penumpang Berdoa: Abaikan Sijahil Seperti Zaid


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak perlu menjadi samseng agama apabila membidas tindakan juruterbang AirAsia yang meminta penumpang penerbangan Perth-Kuala Lumpur berdoa ketika pesawat mengalami masalah teknikal.

Ahli Majlis Syura Isma, Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, tindakan Zaid itu seperti menafikan hak orang lain untuk hidup beragama.

“Jika Zaid mahu sekadar mati beragama -minta dikebumikan mengikut aturan agama, maka dia jangan membidas kemahuan orang lain untuk hidup beragama,” katanya.

Beliau berkata demikian respon kepada tindakan Zaid yang mendakwa syarikat penerbangan tambang murah itu tidak seharusnya merestui tindakan juruterbangnya.

“Juruterbang AirAsia gesa penumpang berdoa ketika penerbangan Perth menghadapi masalah. Saya lebih suka juruterbang tidak beritahu saya bahawa kematian semakin hampir.

“Juruterbang seharusnya memberi harapan, dan meninggalkan yang lain kepada Tuhan dan para penumpang.Sekiranya AirAsia mahu ceburi bidang agama; lantik imam dan paderi yang betul,” tulis Zaid di Twitternya.

Pesawat AirAsia milik Malaysia dilaporkan terpaksa berpatah balik ke Australia berikutan masalah teknikal. Pesawat Airbus A330 dari Perth itu mula dikesan mengalami masalah berkenaan kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

9 comments:

  1. dia ni jahil agama, bodoh sombong, rujuklah dulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

    ReplyDelete
  2. HEBAT2. ADA JUGA ORANG ISLAM MACAM NI KAT MALAYSIA....TU PUN TERINGIN NAK JADI PEMIMPIN

    ReplyDelete
  3. Ak x paham dgn die ni.....apa masalahnya kalau nk berdoa,bukannya kalau nk berdoa je,mula ingat kematian nk dekat,...... Apa le bawah tempurung punye pemikiran...... Berdoa bole dilakukan bila bila masa.... X kira masa sihat, sakit, nk memulakan perjalanan dsb.......KESIAN....

    ReplyDelete
  4. Kenapa perlu berfikiran negatif? Pengumuman juruterbang itu turut menyatakan bahawa dia pun turut sama berdoa, secara logiknya dia memberi bayangan bahawa dia akan berusaha sebaik mungkin untuk keselamatan dengan diiringi doa yang mengharap kepada pertolongan Ilahi. Disamping itu, ia juga dapat menghilangkan atau sekurang-kurangnya mengurangkan rasa cemas dan panik dikalangan penumpang.

    ReplyDelete
  5. Apa ingat penumpang semua bodoh kaaa .... dah terang2 nampak engin bergegar sebelah sayap tu ....

    ReplyDelete
  6. Berdoalah semasa nak memulakan perjalanan.

    ReplyDelete
  7. Sebagai makhluk yg kerdil, kita memerlukkanNYA ketika senang dan susah. Yang seorang ni mungkin berbeza sikit.

    ReplyDelete
  8. Bagi orang ultrà secular macam Zaid tu "prayer is a dirty word"! Padahal kata2 pilot itu ialah "if u want to say your prayer it would help".Jelas takde paksa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com