innity

pages

Thursday, June 22, 2017

Kenyataan PM S'pura 'tamparan hebat' buat Najib, dakwa Zam


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa video terbaru Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong itu adalah satu tamparan besar buat rakan sejawatnya di Malaysia.
Katanya, Lee sanggup memohon maaf kepada rakyat Singapura berhubung perbalahan dengan adik beradiknya mengenai isu tanah rumah kediaman bapanya, Lee Kuan Yew yang telah mencemarkan integriti keluarganya, rakyat, negara dan dan parti PAP.
“Beliau menjanjikan kepada rakyat Singapura untuk mengadakan full public hearing dalam Parlimen Singapura bulan depan bagi membolehkan anggota pembangkang dan juga anggota partinya sendiri untuk menyiasatnya secara bebas dan beliau bersedia untuk menjawabnya.
“Sesiapapun yang melihat video ini, pasti akan bertanya dalam hati kenapa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi pelbagai tuduhan kotor tidak sanggup untuk melakukan apa yang mahu dilakukan oleh Perdana Menteri Singapura itu,” katanya dalam satu blog.
Bekas menteri itu yang lebih mesra dikenali sebagai Zam, berkata walaupun jaminan Lee itu belum dilaksanakan, tetapi kenyataannya sekali gus memulihkan penghormatan dan keyakinan rakyat terhadapnya.
Menurutnya, ini menunjukkan bahawa Lee memahami penilaian rakyat terhadap kepimpinan Singapura dan kerana sebab itu, beliau bersedia berdepan dengan mereka rakyat untuk melenyapkan sebarang prasangka buruk dan memperkuatkan lagi kedudukannya.
“Video ini adalah satu tamparan yang sangat hebat kepada Najib dan barisan pertahanannya yang dilihat lebih mengutamakan sandiwara politik untuk mengekalkan kuasa dan takut untuk menampilkan kejujuran politik bagi mengekalkan kuasa,” katanya.

Isnin lalu, Lee memohon maaf kepada warga Singapura kerana berasa malu atas perbalahan antara beliau dan adik-beradiknya yang tertumpu kebanyakan kepada rumah mendiang bapa mereka, yang terletak di No 38, Oxley Road.
Beliau berkata, rakyat Singapura telah terganggu dan keliru dengan berita mengenai perbalahan peribadi antara adik-beradiknya dan berjanji akan melakukan segala yang mungkin untuk mengelakkan situasi itu. - MK

3 comments:

  1. apa zam fikir najib nak kena mohon maaf kepada rakyat malaysiakah? mohon maaf sebab apa, sebab dilontarkan dengan pelbagai tuduhan kotor? buktikan dahulu tuduhan itu, lepas tu proses seterusnya adalah mencari keadilan di mahkamah. mungkin selepas itu barulah boleh harapkan najib minta maaf kepada rakyat malaysia jika didapati bersalah. soalnya sekarang, tuduhan tu dah ada pembuktian ke belum? malah kebanyakan tuduhan hanyalah soalan2 yang minta pihak tertuduh tunjuk bukti dan mencari bukti sedangkan sepatutnya yang menuduhlah yang menunjukkan bukti! jadi, angan2 zam tinggal sahaja sebagai angan2 orang tua yang sentiasa mengharap tapi tidak kesampaian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah bodohnya...lapuran audit tu tak payah osa ada berani ke..bukti berlambak dah tunjuk ag pun dah tunjuk..dasar dedak

      Delete
  2. PM singapore dan adik beradik dia sebenarnya bahlol, rumah kecik tu pun jd isu besar,nmpk mcm bagus sgt cina2 ni walhal tk cerdik jugak diaorg ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com