innity

pages

Thursday, June 22, 2017

Husni Hanadzlah jumpa Zambry


IPOH, 21 Jun 2017 - Kehadiran Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ke Pejabat Menteri Besar Perak, hari ini menarik perhatian media yang berada di situ yang sedang menantikan sidang media Mesyuarat Exco.

Ahmad Husni yang tiba kira-kira jam 11.50 pagi itu dilihat bersama-sama dua individu sempat menyapa wartawan yang berada di ruang luar Pejabat Menteri Besar sebelum dijemput masuk ke dalam bilik Setiausaha Sulit Menteri Besar.

Pada jam 12.05 tengah hari, Ahmad Husni bersama dua individu tersebut kemudiannya keluar dari bilik berkenaan selepas dipercayai bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Ketika ditemui media selepas itu, Ahmad Husni hanya bertanyakan khabar rakan-rakan media dan tidak menjelaskan pertemuan dengan Zambry itu.

Malah, beliau turut berswafoto bersama-sama wartawan sebelum meninggalkan Pejabat Menteri Besar.

Sementara itu, Zambry dalam sidang medianya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco menjelaskan pertemuan dengan Ahmad Husni merupakan perkara biasa bagi menyelesaikan isu rakyat.

"Tak ada apa, saya sebagai MB apabila Ahli Parlimen atau wakil rakyat ingin berjumpa dengan saya, maka saya akan memberi ruang kepada mereka berjumpa dan menyampaikan sesuatu atau memohon bantuan daripada kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah-masalah tertentu.

"Jadi saya tiada masalah dengan sesiapa pun termasuk pembangkang. Cuma pembangkang sahaja yang ada masalah dengan saya. Tapi itu pun bukan semua, ada sorang dua sahaja yang ada masalah. Malah yang tak baik pun dah baik dengan saya. I'm ok to everybody (saya ok dengan semua orang)," katanya. - SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com