innity

pages

Monday, June 26, 2017

Curi Duit 1MDB : PENCURI disanjung, Pejuang Kebenaran Disanggah


Kenyataan Media

*RUGI BANK NEGARA TUBUH SURUHANJAYA DI RAJA,CURI DUIT 1MDB SENYAP-SENYAP DI BIARKAN  BERMAHARAJALELA*.

1.Keputusan 'kabinet dapur' PM Najib menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (Forex) oleh bank Negara Malaysia satu langkah yang sangat dialu-alukan.Cuma apa yang dipersoalkan, kenapa semasa Tun Mahathir masih berkuasa Najib Razak diam membisu seolah-olah pekak dan buta. *Untuk apa setelah hampir 30 tahun baru kini Najib Razak nak tunjuk hero*?..Kenapa perlu  tunggu *selepas 14 tahun Tun Mahathir bersara baru nak tubuh Suruhanjaya Diraja*.

2. Jawapannya tidak lain hanya kerana Tun Mahathir banyak membangkitkan salah laku penyelewengan PM Najib Razak menyebabkan PM Najib Razak bertindak balas bagi mengalih tumpuan rakyat terhadap isu 1MDB dan DOJ. Serangan balas PM Najib Razak terhadap Tun Mahathir sebelum ini dengan hujah *Tun Mahathir juga ada buat salah* tapi kami diam serta tetap memberi wala' kesetiaan pada beliau.. *Kenapa sekarang Tun Mahathir tidak boleh bersikap seperti kami (walaun) yang mendiamkan diri ketika Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri*.Kenyataan PM Najib Razak itu tidak pun membersihkan dirinya dari dakwaan Tun Mahsthir tetapi sebaliknya menuding jari terhadap Tun M bahawa Tun M juga buat salah semasa berkuasa.Kini Najib tidak lagi menuding jari dengan percakapan tetapi sebaliknya dengan penubuhan badan siasatan ke atas perkara yang berlaku di era Tun M.

 *ANTARA RUGI DAN CURI*

3. Menyiasat kerugian urusniaga mata wang asing (Forex) dengan menubuh RCI tiada siapa yang menghalang atau bantah.Cuma apa yang dikesali ialah kerajaan memandang sepi terhadap *skandal mega 1MDB*.Dua perkara yang sangat berbeza antara masalah Bank Negara dan 1MDB. *Bank Negara mengalami kerugian sedangkan 1MDB mengalami kecurian dan penggubahan wang haram*.Antara rugi dan curi kabinet dapur PM Najib Razak UmnoBN adalah beri  *keutamaan pada kerugian 30 tahun yang lalu* manakala kes  *kecurian 1MDB* adalah kes semasa dan mengakibatkan kesan kepada kehidupan rakyat hari ini serta mencalarkan integriti negara.

4. Bukankah satu jurang perbezaan yang besar antara *kes rugi Bank Negara dengan kes curi 1MDB*.Apakah *kerugian lebih besar kesalahan jenayahnya dari mencuri*.Kabinet dapur PM Najib Razak tidak dapat membezakan kerugian Bank Negara dengan jenayah mencuri 1MDB.Pada saya tidak salah tubuh RCI atas kerugian Bank Negara tetapi kerugian telah pun berlaku.Tetapi apa yang sedang berlaku ialah kecurian 1MDB. *Seluruh dunia sedang melihat dan mengenali 'kawaq' (pencuri) 1MDB sedang rakus mencuri*.Peguam Negara kabinet dapur PM Najib Razak tanpa rasa malu berkata tidak berlaku kes curi pada hal dalam masa yang sama 'kawaq' (pencuri) 1MDB sedang rakus mencuri.Adalah amat penting untuk rakyat membuat penyelesaiannya kerana  *rakyat mempunyai kuasa untuk tangkap 'kawaq' (pencuri) yang bernama MO1*.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.. *"Jangan biarkan 'kawaq' (pencuri) 1MDB mencuri duit raya anak cucu kita”*.

 *Selamatkan Malaysia!*

#SiasatPuncaRugi
#TangkapPencuri
#JanganMencuri
#HukumPencuri
#JanganBiarPencuriLari

*Dato' Hj Mahfuz Hj Omar*
Ahli Parlimen Pokok Sena
4:00pm Taman Alwalid Alor Setar
24 Jun 2017/29 Ramadhan 1438H

23 comments:

  1. Alahai masa forex dulu yg bising Tokong sekarang nape tokong diam.? Alahai lemahnyer hujan mahpos nih no wonger SRP graduate. ... alahai.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tokong dah kata...setuju rci tetapi yg lebih afdal diselesaikan sekarang ialah isu semasa iaitu 1mdb. Yang 30tahun dulu punya isu boleh kemudiankan

      Kalau pasal priority pun pemakan dedak haram umno macam kau tak reti nak bezakan..sila pegi mampos..kahkahkah

      Delete
    2. 6.21am.
      1mdb tu berniaga apa?

      Delete
    3. Ko sokong pencuri ke macai?

      Delete
    4. Releks negara ni bebas bsuara.. tak terkesan pun dgn tin kosong

      Delete
    5. LK Siang sendiri yg mahukan RCI ditubuhkan. Master Pus juga salah seorang yg Gila sakan mahukan Mahafiraun disabitkan dengan scandal itu.

      Delete
    6. Hang tu lagilah bingai, KERUGIAN akibat urusniaga forex itu sehingga sekarang tiada sebarang bukti mahupun pengakuan yang menyatakan terdapat sebahagian wang itu telah dilencongkan ke dalam akaun peribadi Tun M. Sedangkan KECURIAN wang dari 1MDB telahpun terbukti malah diakui oleh Najib telah masuk ke akaun peribadinya, cuma dia setelah dipandu oleh Apandi Ali kelentong mengatakan ada orang arab bagi derma. Ada beza antara KERUGIAN dengan KECURIAN, hang tak sedaq ka? Awat hang ni bingai sangat, benda mudah macam itupun hang tak mampu nak pikiaq?

      Delete


  2. Ko boleh tulong Mahfuz... Mengapa anak2 Paklah, Hussain On, tak pernah merasai naik jet peribadi...menakala anak cucu Mahathir melancung kesana sini dg jet peribadi....

    Manusia lebih percaya apa yg mereka lihat dp apa orang cakap.

    ReplyDelete
  3. ni pun satu mangkok dulu dah rugi cukuplah ,sekarang kena jagalah jgn sampai negara hancur.
    6.21am banyak makan dedak campur tahi ayam kut.
    bodoh dan bangang tak jadi satu kesalahan.

    ReplyDelete
  4. Mahfuz Bean ni bangang jgn dilayan..ada bukti ke duit 1mdb kena curi...muka dia ni muka penipu..hello Sarul...hello hello..bodoh piang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello knp buta Hati dan telinga?

      Delete
  5. Nk tanya.... dia ni dh tau ke beza antara "lunch" dgn "Launch"??

    ReplyDelete
  6. Hitam tetap hitam.
    Rugi dan untung adat berniaga.
    Yang salah ialah curi.

    ReplyDelete
  7. Tak baik la salahkan mahpos camtuuuuu..korg pun tau dia belajar setakat SRP jer kaaaann...dia kalau becakap apa pun mmg xleh pakai...hujah dan cakap politik dia tu pun bukan dia yg karang...anak dia yg katang tu agaknya...lau senyap sgt kang nampak sangat dia langsung x berfungsi..biar jer la dia nak bodohkan diri dia tuuu..kita kan dah taauuuuu...

    ReplyDelete
  8. Bodohnya 621. Tak ada siapa yg bantah nak tubuh rci untuk siasat tun. Malah tun m sendiri tak bantah. Tapi yang sedang mencuri ni kenapa tak tangkap.Macam kebal pulak.

    ReplyDelete
  9. Wakil rakyat penipu ni.... tahap SRP punya otak

    ReplyDelete
  10. Hina tahap pendidikan no hal. Tapi pengalaman tak perlu belajar di sekolah. Tokong bunyi dlm parlimen, lks bunyi dlm parlimen, ahli parlimen pas tak bunyi sebab tak pandai tanya dalam isu berkaitan. Kerajaan jawab, anwar mof masa tu jawab. Speaker beri ruang utk soal jawab. Baleh rujuk hansard parlimen. 1mdb, tak boleh tanya, jawapan palsu, maklumat tak betul, disembunyikan fakta, diosakan laporan audit, diambil tindakan kpd yg bocor, laporan separa betul. Itu tak boleh tahan.

    ReplyDelete
  11. Tokong dah bising masa tu la kt parlimen...dah bentang...dah siasat dan tindakan dah pun diambil. Nengok hansard la sebelum nak hina org. Tokong bising lepas tu pun cuma bising politik. Kau ni mcm tak sekolah la

    ReplyDelete
  12. Kecurian itu pitong tanganya..najiblatu

    ReplyDelete
  13. mahphos kepala taik kering.

    ReplyDelete

  14. Edit Anonymous said...
    TGHH memberi nasihat yg betul supaya kita tak ulang kesilapan pemimpin empayar islam dahulu yg buat taik dan kemudiannya ada pemimpin lain yg ghairah nak tumbangkan pemimpin korup ni mula bersekongkol dgn kuasa musyrik. Kuasa musyrik dah mmg membenci Islam dan umatnya. Diberi pula peluang besar. Kita sendiri pun dah terkena bila Johor bersekongkol dgn Belanda utk kalahkan Portugis. Apa hasilnya? Melaka menjadi pula milik Belanda, jumlah perajurit Islam melayu gugur bukan sikit kerana menyangka Melaka akan dimiliki semula.

    Jd kita jauhi kuasa asing Amerika dan Israel.

    Begitu juga kuasa China mesti pihak pemerintah jauhi sbb mrk juga kuasa musyrik yg rakus meluaskan jajahan melalui cara halus dan licik iaitu cara labur dan pinjamkan duit yg byk sehingga kita tak mampu nak bayar. Akhirnya perangai Along akn muncul dgn taring mahu meragut kuasa umat Islam di tanahair ini. Ingat China bg duit free tu takda niat tersirat? Bodoh benarlah China. Mrk suka sgt negara kecil yg tersepit tambah2 lg negara Malaysia jni terletak dlm MIDDLE KINGDOM impian China.

    Allah larang sekeras kerasnya kita berbaik dlm hal masa depan umat islam.

    Berkawan sekadar kerjasama biasa dan kedamaian shj yg dibenarkan. Kalau meminjam pun mesti pd jumlah kecil je yg boleh diurus pd mudah bila2 masa tp bukan spt hari ni dgn China yg amat merbahaya. Sbb interestnya sj boleh gadai sebhgian tanah yg strategik.

    Kalau Najib dah tak tau mcmna nak tadbir keewangn elok benar turun dr jwtan sensitif PM tu. Cukup2lah dah nikmati glamour dgn jwtn politik tertinggi tu. Boleh lah serah pd org seterusnya. Apa guna susahkan negara dan haru birukan ekonomi rakyat. Anggap je pasukan PM dah tak sesuai run the country.

    ReplyDelete
  15. Alahai anon 6.21 diatas...perasan cerdek la sangat!!...konon2 Mahfuz hanya graduate SRP!!...aku nak tanya pula apa kelulusa kamu??...jangan2 SRP pun tak lepas....sekurang2nya Mahfuz malau pun ramai dok jaja hanya kelulusan SRP ,tetapi beliau dapat menjadi wakil rakyat dan salah seorang wakil rakyat yang amat tangkas dan hebat berbahas diPerliment!!....tetapi kamu wahai sianon bangang apa yang ada ,selain dok mengutuk orang memanjang!!....tandanya tak ada kerja ler tuu.....kesian,kesian....cuba2la menelek muka kamu tu dicermin....dan muhasabahlah diri tu agar kamu tak bertambah sesat!!....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com