innity

pages

Sunday, June 18, 2017

[BERANI KE] Kerajaan perlu saman DOJ


Kerajaan Malaysia dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) jika dakwaan itu berunsur fitnah.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu sangat penting untuk membersihkan nama Malaysia dan mengembalikan keyakinan dunia serta memulihkan ekonomi negara.

Apa pun respon yang berlaku, Malaysia hanya sekadar menyatakan ini adalah ‘campur tangan Amerika’ seperti kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

“Manakala Peguam Negara dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan tiada bukti yang mensabitkan perdana menteri.

“Kenyataan balas sebegini tidak berupaya membersihkan nama Malaysia dan Datuk Seri Najib Razak yang telah menjadi bahan ketawa antarabangsa serta dihina,” katanya dalam kenyataan media, semalam. Khamis lalu, DOJ memberitahu siasatannya mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) telah berlaku dalam syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Ini pemfailan kali ketiga oleh DOJ, iaitu pemfailan kali pertama dibuat 21 Julai 2016, manakala pemfailan kedua minggu lalu.

Mahfuz berkata, sebagai langkah awal, kerajaan perlu menghantar wakil dari Jabatan Peguam Negara menyemak dokumen pendedahan DOJ serta prosiding perundangan di Amerika Syarikat untuk tindakan undang-undang terhadap fitnah DOJ ke atas Malaysia.

“Kerajaan Malaysia juga boleh menggunakan tindakan diplomatik dengan menghantar nota bantahan terhadap kerajaan Amerika Syarikat yang didakwa oleh Malaysia sebagai campur tangan asing di Malaysia dan buktikan tiada transaksi wang tersebut seperti dakwaan DOJ,” katanya. -SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com